≡ Menu

Punca Kemunduran Umat

Punca Kemunduran Umat
 
Realiti yang dapat dilihat dinegara ini, orang  Cina yang beragama Buddha akan bangun awal  pagi apatah lagi kalau mereka golongan peniaga  atau petani. Mereka bangun sebelum orang Islam bangun untuk solat Subuh.  Lihatlah, kalau mereka membuka kedai, perkara pertama mereka yang dilakukan ialah sembahyang  dengan menyalakan colok di hadapan gerai atau kedai mereka.

Keadaan yang sama berlaku bagi orang India  yang beragama Hindu. Mereka bangun awal pagi sebelum matahari terbit. Apabila matahari  terbit, mereka akan menyembah Tuhan mereka  dengan menghadap matahari. Istiqamah mereka dalam hal ini menjadikan mereka berjaya dalam mencari rezeki.

Jelas di sini mereka yang hendak berjaya perlu  mendisiplinkan diri bangun awal sebelum Subuh. Tetapi, persoalannya berapa ramai umat Islam  tuntut berdisiplin seperti di atas? Walaupun  banyak hadis Rasulullah yang mengajar kita ke arah itu, sudah banyak panduan dan disiplin yang disediakan untuk kita ikut, tetapi bagaimana dengan kehidupan umat Islam kini?  Bolehkah mereka bangun awal pagi untuk solat  Subuh dan keluar bekerja awal pagi?

Ya, kalau kita ke masjid waktu subuh,  jemaahnya hanya satu saf berbanding waktu  Maghrib dan Isyak. Ertinya masih ramai yang  bangun lambat lalu melakukan solat Subuh di  rumah bersendirian. Malah ada juga yang tidak  melakukan solat Subuh, lalu terus keluar ke  tempat kerja. Demikian sikap mereka yang  bekerja. Lain halnya bagi si penganggur,  mereka akan terus sambung tidur sampai  matahari naik segalah.

Kalau begitulah keadaan orang Islam pada zaman  ini, apakah mereka mampu mencipta kejayaan seperti yang dimiliki oleh kaum Cina dan India di atas? Inilah realiti orang Islam pada hari ini, malah inilah jawapan kenapa umat Islam mundur dalam segala Iapangan. Kalau adapun yang berjaya, keberkatannya tiada.

Rasulullah ketika melewati anaknya; Fatimah r.ha., didapati beliau sedang berbaring pada waktu pagi, maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau tergolong dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Riwayat al-Baihaqi)

Inilah panduan yang Rasulullah berikan agar bangun awal dan tidak boleh tidur pada waktu pagi dan terus bekerja mencari rezeki. Di dunia ini, kita tidak boleh rasa senang hati tidur dan mengharapkan rezeki datang melayang.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 20 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 19 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 19 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment