≡ Menu

Pesanan Buat Suami

Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

Jangan permintaan setubuh sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4. Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh basuh hadas kecil anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan habiskan semua sampai isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

Kalau nak ajak teman datang ke rumah, beritahu isteri dahulu, kalau boleh sehari-dua terlebih dahulu. Jadi bolehlah dia memasak dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi sahaja.

6. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi.

Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8. Jangan buat kotor dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, sudah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila sudah guna ubat gigi letak balik penutupnya, sudah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak.

Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh bertolak ansur, jadi mengapa isteri awak kena bertolak ansur kalau awak buat?

11. Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking sahaja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan sifat ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa-apa yang isteri tidak sukainya. Percayalah, kalau suami membuat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15. Jangan membuat tidak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan ini sensitif. Kalau kami rasa suami tidak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ini ambil mudah sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Uber
  |  George Town, Penang
 - 25 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 25 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Senior Back End Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Back End Developer. You will write robust, high quality, and production ready c...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 25 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

hukum kentut di depan suAmi,hukum istri kentut depan suami,hukum kentut depan suami,hukum kentut d depan suami,apa hukum kentutin bini,hukum islam kentut depan suami,hukum islam istri kentut di depan suami,hukum buang angin didepan suami,dosakah kentut di depan suami,isteri kentut di depan suami
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment