≡ Menu

Perlaksanaan Syariat Cermin Negara Islam

Perlaksanaan Syariat Cermin Negara Islam

Islam adalah agama yang syumul, merangkumi segala aspek kehidupan, daripada kehidupan seharian sehinggalah urusan mentadbir alam. Islam sebagai syariat Allah yang kekal abadi, mencangkupi seluruh ke hidupan dari sudut aqidah, ibadah, kemasyarakatan, ekonomi, politik dan ke hakiman. Maka dari ke fahaman yang Islam syumul inilah, syariat yang melibatkan agama dan negara dapat membentuk tasawur Negara Islam yang sempurna. Seperti yang dimaklumi, Negara Islam bukan sekadar pada zahiriah sahaja, bahkan ianya adalah sebuah negara yang memahamituntutan Islam yang sebenar.

Saidina Umar Al-Farouk pernah berkata:

لا اسلام الا بااجماعة، ولا جماعة الا بالامارة، ولا امارة الا بالطاعة، ولا طاعة الا بالبيعة

Maksudnya:” Tidak ada Islam kecuali dengan jemaah tidak ada jemaah kecuali dengan adanya kepimpinan tidak ada kepimpinan kecuali dengan adanya ketaatan dan tidak ada ketaatan kecuali dengan adanya bai’ah.

Umum mengetahuit betapa pentingnya Islam dan jemaah. Tidak akan sempurna sesebuah jemaah atau pun kerajaan tanpa adanya kepimpinan dan rakyat yang dipimpin. Justeru, hubungan yang baik malahan lebih tepat lagi hubungan rapat diantara ahli dan kepimpinan adalah amat penting. Mutakhir ini, kebejatan globalisasi terkadang membataskan hubungan di antara Islam dan pentadbiran. Terdapat sebahagian dari mereka yang ingin memisahkan terus diantara Islam dan pentadbiran. Islam seringkali diperlekeh kerana ke jumudan dan kemunduran di era dunia tanpa sempadan ini.

Menyelusuri sirah para Anbia’, para sahabat dan salafussoleh, kita dapati bahawa pegangan Islam yang jitu dan mampan terhadap ajaran Ilahi me rupakan asas utama kejayaan dalam dakwah. Sejarah pernah membuktikan, Islam pernah menakhluk dunia suatu ketika dahulu. Bermula sejak zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W, Islam dijadikan sebagai satu perundangan dalam pentadbiran baginda. Negara yang dahulunya dihiasi dengan tradisi jahiliah, digantikan dengan dengan warna lslam. lalu bermulalah sejarah yang membentuk peribadi dan rohani masyarakat seterusnya membentuk sebuah Daulah lslamiyah sehinggalah ke zaman kegemilangan Khilafah Uthmaniah. Detik kegemilangan ini mula hancur yang akhirnya lerai dan roboh dek tangan-tangan kuffar durja laknatullah.

Bertitik tolak dari peristiwa dan sejarah silam, Negara Islam perlu dibentuk kembali. Justeru, adakah sebuah Negara lslam itu boleh dibentuk begitu sahaja ataupun cukup sekadar pemimpin dan penduduknya beragama Islam? Jawapannya tentu sekali tidak, ibarat kata, membina sebuah rumah tidak cukup dengan hanya lantainya sahaja atau hanya dengan atap dan dindingnya. Seharusnya ia memerlu kan segala-galanya untuk menyempurnakan pembinaan sesebuah rumah. Begitu juga dengan pembentukan Daulah atau sesebuah Negara, perlu mencukupi rukun dan syaratnya agar segala matlamat dan objektif yang ingin dicapai selari dengan impian juga sejajar dengan perintah dan suruhannya.

Ternyata disini,ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W, mampu membina ketamadunan yang gilang gemilang dan maju, malahan berjaya mentadbir dunia. Ini membuktikan Islam hanya mampu ditegakkan dengan berpegang teguh kepada sumber-sumber soheh dari pada Allah S.W.T.

Seperti kalam Saidina Umar Al Khatab R.A:

نحن قوم أعزنا الله بالاسلام فمهما نبتغى ما أعزناا لله أذلنا الله

Maksudnya: “Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah S.W.T dengan Islam, sekiranya kita mencari selain daripada Islam (untuk keizzahan dan kemuliaan), maka kita akan dihinakan oleh Allah S.W.T”

Melihat kepada pembentukan sesebuah Negara di zaman serba canggih ini, Islam di lihat hanya dari segi luaran sahaja. Bahkan cukup sekadar pertubuhan dan badan-badan yang berlabelkan Islam untuk menggambarkan ia adalah sebuah Negara Islam. Justeru cuba bersama kita selongkari khazanah silam yang sesuai untuk diceritakan apakah yang dikatakan dengan tasawur Negara Islam yang sebenarnya.

Dalam konteks sesebuah Negara perlunya kepada asas-asas sebagai tiang yang utuh untuk menegakkan sebuah daulah. Lantaran ciri-ciri sebagai asas sebuah Negara Islam adalah seperti berikut:

1. Syariat Islam yang mesti dipatuhi kepadanya

2. Umat yang men dokongnya

3. Pemerintah Islam yang menaunginya

Maka jelaslah, tiga perkara yang disebut ini adalah menjadi sumber kekuatan sesebuah Negara Islam. Ianya amat berkait rapat antara satu sama lain, gugur salah satu dari ciri-ciri tersebut, maka terhalanglah apa yang dikatakan dengan Negara Islam.

Syariat Islam yang mesti dipatuhi padanya.

Telah menjadi satu kewajiban kepada setiap individu jugs wajib menjadi agidah sesebuah Negara dan kerajaan untuk tunduk dan patuh kepada hukum-hukum yang telah disyariat kan oleh Allah SWT. Syariat Islam tidak hanya terpundak kepada pimpinan atasan sahaja bahkan kepada semua makhluk ciptaan Allah S.W.T yang bergelar manusia. Syariat Islam juga menyamaratakan hak-hak diantara semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan rupa paras, juga tidak membezakan kedudukan darjat dan pangkat dunia. Semuanya bermula dari satu unsurdisamping menjadikan manusia sekaliannya sebagai hamba kepada Al Khaliq yang menciptakannya.

قال تعالى : وما خلقت الجن والانسن الا ليعبدون

Maksudnya: ”Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”.
(Surah az-Zaariyat: 56)

Semestinya syariat menjadi perkara utama sebelum perkara asas-asas yang lain, dalam menjalankan segala aktiviti pembangunan Negara. Seterusnya rakyat Islam akan dididik ke arah menghayati Islam yang syumul disamping melahirkan penerapan nilai-nilai murni dalam pembangunan masyarakat dan negara. Syariat juga membezakan diantara manusia dan makhluk-makhluk ciptaan yang lain. ltulah perkara terpenting menjadi dasar kepada tertegaknya sesebuah Negara Islam.

Negara Islam mestilah negara yang mendaulatkan hukum-hukum Allah. Syariat lslamiyah seharus nya diletakkan ditempat yang paling tinggi dengan tidak mendahulukan hukum-hukum ciptaan manusia. Undang-undang perlaksanaan dilakukan mengikut penetapan yang diajarkan tanpa mengikut hawa nafsu semata.

Umat yang mendokong

Sesungguhnya pembentu kan sebuah daulah memerlukan rakyat yang setia dan golongan yang beriman utnuk direalisasikan keberkesanannya. Kebiasaannya golongan-golongan ini akan sentisa diuji dengan pelbagai ujian untuk menguji tahap keimanan mereka agar teguh bersatu di bawah panji-panji Islam seterusnya mendapat naungan rahmat dan nusrah Allah S.W.T.

قال تعالى : كنتم خير امة اخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Sekira-kira maksudnya: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang di utuskan untuk mengerjakan segala yang baik dan mencegah segala kemungkaran dan percayalah dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Berdasarkan kepada dasar utama pemerintahan Islam, maka sebagai umat yang meniadi pendokong di dalam sebuah kerajaan, ia memerlukan beberapa ciri-ciri elemen penting untuk mengukuhkan lagi sesebuah pentadbiran Islam) diantaranya ciri-ciri:

1. Amar ma’ruf nahi munkar

2. Beriman kepada Allah S.W.T

3. Menerima konsep Wehdah penyatuan semua bangsa

Dapatlah disimpulkan di sini umat yang benar-benar beriman adalah satu kekuatan dalam Negara Islam.Maka uamat atau rakyat di sini dituntut memberikan taat setia terhadap pimpinan selagi mana tidak bercanggah dengan kehendak syara’. Namun di sana jika pihak pucuk pimpinan gagal memikul amanah yang dipertanggungjawabkan, rakyat berhak untuk menarik balik ketaatan mereka. Prinsip menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran perlu dihidupkan dalam bi’ah masyarakat, ini kerana ia adalah satu tanggungjawab terhadap semua individu diri. Sesungguhnya Negara Islam adalah negara yang mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Justeru, jelaslah diantara kepimpinan dan ahli adalah ibarat aur dengan tebing yang tidak dapat dipisahkan.

Pemerintah Islam yang menaunginya

Di dalam sebuah Negara Islam sewajibnya pemerintah yang menjadi tampuk kepimpinan adalah beragama Islam. Begitu juga sewajibnya pemerintahan Islam ditegakkan di atas asas-asas yang telah digariskan.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

AIA Hong Kong
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Description. Company Name. AIA BHD Position Title. Branch Executive Department. Functional Area. Johor Bahru DU Customer Centre Reports to. Branch Head Current Job Grade Level CCB0...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

PostgreSQL Database Programmer and Administrator (DBA). Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced PostgreSQL Database Programmer. Administrator. You will p...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment