≡ Menu

Peringkat Makki Pertengahan

Peringkat Makki Pertengahan

Peringkat Makki pertengahan adalah tahap pertembungan di antara haq dan batil mengambil pelbagai bentuk. Di antara perkara-perkara yang berlaku dalam peringkat ini ialah penyeksaan terhadap kaum muslimin yang berkedudukan tinggi dilakukan oleh kaum kerabat mereka sendiri yang masih musyrik, Rasulullah s.a.w. disakiti dengan kata-kata yang pedih, Rasulullah s.a.w mempergiatkan dakwahnya kepada pemimpin-pemimpin Quraisy, tawar menawar yang dilakukan oleh Quraisy agar Rasulullah s.a.w mengendorkan prinsip-prinsipnya, bibit kekuatan kaum muslimin dengan kemasukan Hamzah ibn ‘Abdul Muttalib dan ‘Umar ibn al-Khattab ke dalam Islam yang mencemaskan kaum musyrikin, serta sokongan Abu Talib dan seluruh Banu Hashim kecuali Abu Lahab. Peringkat ini akhirnya menyaksikan kebuntuan golongan musyrikin yang terpaksa mengambil tindakan memulaukan seluruh Bani Hashim. Pemulauan ini bermula daripada tahun ketujuh nubuwwah dan berakhir pada tahun kesepuluh nubuwwah.

Peringkat al-Makki pertengahan berjalan di atas dasar penerusan asas-asas risalah yang telah dikemukakan lima tahun terdahulunya, ataupun dua tahun selepas bermulanya dakwah terbuka. Kandungan risalah dalam peringkat ini adalah penegasan asas-asas Islam serta prinsip-prinsip hidup kaum muslimin serta perjuangan mereka.

Pada peringkat al-Makki pertengahan juga semua hakikat mengenai tujuan kejadian ‘alam, kehidupan dan manusia yang telah dibicarakan dalam peringkat pertama juga dibicarakan sekali lagi dengan lebih meluas dan mendalam. Segala bahagiannya diperkatakan dengan lebih terperinci. Segala butirnya dijelaskan dengan lebih terang dan nyata. Di antara penekanan yang. digambarkan di dalam surah-surah‘ yang diturunkan di peringkat ini ialah:

1. Menghujani kaum musyrikin dengan amaran dan ancaman tentang ‘azab yang akan menimpa mereka di Akhirat kelak.

2. Membentangkan secara bertubi-tubi kepada kaum musyrikin gambaran bagaimana Allah membinasakan setiap umat yang zalim.

3. Menerangkan secara terperinci dalil-dalil yang menunjukkan keEsaan Allah, kebenaran wahyu, kepastian berlakunya Yaumul Qiyamah, kepastian berlakunya hari kebangkitan, kepastian berlakunya hari perhimpunan dan kepastian balasan baik serta balasan buruk.

4. Menggambarkan syurga dan neraka dengan pelbagai gambaran. Menggambarkan pemandangan syurga yang menggembirakan dan menggambarkan pemandangan neraka yang menakutkan.

5. Mengingatkan tentang nikmat-nikmat Allah yang tidak terhingga di bumi dan di langit, di dalam diri manusia dan di setiap pelusuk ‘alam.

6. Menggalakkan manusia melakukan ‘amal saleh.

7. Menekankan bahawa semua ajaran rasul-rasul itu adalah sama dalam masalah asas keimanan.

8. Menerangkan bagaimana kejadian pertama ‘alam ini dan bagaimana Adam dan Iblis dijadikan. Menjelaskan segala rahsia keimanan dan kekufuran agar pendengarnya dapat memusatkan perhatian terhadap perihal pentingnya membina ‘aqidah yang kukuh.

Ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan pada masa ini mengukuhkan asas-‘asas keimanan kaum muslimin yang selama ini telah sedia terbukti tahan diuji. Iman yang sedia kukuh ini dikuatkan lagi dengan mengaitkan perjuangan kaum muslimin dengan perjuangan Nabi Ibrahim. ALlah menenangkan hati kaum muslimin dengan menceritakan bagaimana Allah menggembirakan hati Nabi Ibrahim yang telah lanjut usianya dengan kelahiran Nabi Ishaq. Nabi Ishaq sendiri dijanjikan oleh ALlah bersama-sama dengan Nabi Isma’il akan meneruskan perjuangan tauhid. ALlah juga memberi ketenangan kepada kaum muslimin ketika itu yang sedang dilanda penyeksaan dan tekanan yang pedih, agar sentiasa berharap kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa akan kejayaan dan kemenangan daripada Allah.

Dalam surah al-Hijr, Allah berfirman dalam menggambarkan keimanan Nabi Ibrahim:

“Mereka berkata: ‘Janganlah kamu merasa takut, sesungguhn ya kami memberi khabar gembira kepadamu dengan (kelahiran) anak laki-laki yang akan menjadi orang yang ‘alim. ’ Berkata (Ibrahim): ‘Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku sudah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu khabarkan itu?. ’ Mereka menjawab: ‘Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa. (Ibrahim) menjawab: ‘Tidak ada orang yang berputus asa akan rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat.

(Al-Hijr: 53-56)

Semua persediaan ini dilaksanakan agar kaum muslimin dapat menangkis tekanan yang lebih hebat pada masa-masa akan datang.

Peringkat al-Makki pertengahan diakhiri dengan surah al-Hijr, iaitu surah yang paling panjang diturunkan sehingga peringkat ini. Ia dimulakan dengan huruf fawatih’ dan disudahi dengan perintah agar Rasulullah s.a.w terus berjuang menegakkan risalah Islam sehingga datang ajalnya kelak.

Firman Allah di akhir surah ini:

“Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).

(Al-Hijr: 99)

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

E-Commerce Industry
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. JOB DESCRIPTION HR Manager Business Partner, Philippines (Based in Manila) HR Manager Business Partner, Vietnam (Based in Ho Chi Minh) HR Manager Business Partner, Mal...

One of the World’s Largest 3rd Party Logistics Company
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. JOB DESCRIPTION You will be accountable for customer solutions and implementation of new customers and process changes for existing customers. Working closely with sen...

OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

Responsible for managing a portfolio of corporate real estate clients including evaluating their loan applications, conducting credit reviews, marketing and cross selling the Bank'...

Hong Leong Bank Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

JOB SUMMARY. HLB is embarking on a comprehensive multi year regional BIG DATA and Analytics transformational. journey encompassing products, channels and services across the differ...

HSBC Bank (M) Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

Some careers grow faster than others. If you're looking for a career that will give you plenty of opportunities to develop, join HSBC and your future will be rich with potential. H...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment