≡ Menu

Peringkat Makki Akhir

Peringkat Makki Akhir

Peringkat Makki akhir bermula dengan tahun yang sangat menyedihkan kepada Rasulullah s.a.w kerana kematian bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya Khadijah. Dengan kematian kedua-dua pendukung perjuangan Rasulullah s.a.w ini pada tahun ke 10 selepas nubuwwah, maka kaum musyrikin Quraisy merasakan bahawa mereka dapat bertindak sesuka hati terhadap Rasulullah s.a.w. Ini kerana selama mana Abu Talib masih hidup, selama itulah Banu Hasyim akan sentiasa melindungi RasuluLlah s.a.w. Dalam peringkat ini, penolakan Quraisy terhadap Islam makin mcnonjol. Pada masa ini juga tergambar jelas bahawa mereka telah menutup sama sekali hati mereka kepada risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Apabila hati penduduk Makkah tertutup terhadap risalah Islam, Rasulullah s.a.w mencari saluran lain agar risalahnya dapat terus berkembang. Sesuai dengan dasar yang telah ditekankan di peringkat Makki pertengahan, Rasulullah s.a.w tidak berputus asa mencari orang-orang lain untuk mendukung risalah tauhid yang dibawanya. Pada peringkat Makki akhir ini Rasulullah s.a.w berdakwah kepada penduduk-penduduk di luar Makkah, seperti Ta’if dan orang-orang dari Yathrib serta qabilah-qabilah ‘Arab lain yang datang ke Makkah untuk mengerjakan haji. Peringkat Makkah akhir ini berakhir dengan hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Yathrib pada tahun ke 13 selepas nubuwwah.

Isi kandungan risalah Rasulullah s.a.w pada peringkat al-Makki akhir berdasarkan kepada surah-surah al-Qur’an menekankan permasalahan-permasalahan berikut:

1. Memperincikan konsep wahdaniyyah Allah, dan sekali gus menghapuskan kepercayaan karut dan tahayyul di kalangan orang-orang ‘Arab dan membersihkan pemikiran mereka daripada sebarang unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik’.

2. Membetulkan ‘aqidah mukmin terhadap perkara-perkara ghaib dengan cara menceritakan kisah-kisah yang dapat difahami dan dikaitkan dengan masalah ‘aqidah’.

3. Memandang kecil dan rendah terhadap nilai-nilai kebendaan dan menerangkan bahawa dunia ini tidak kekal dan akan binasa dalam masa yang singkat’.

4. Menegaskan bahawa dengan kekuasaan segala perkara boleh dilakukan. Tetapi kekuasaan yang sebenar ialah kekuasan yang tunduk serta mengajak seluruh manusia tunduk kepada Allah. Kekuasaan bukan daripada kekuatan manusia, tetapi kekuasaan adalah daripada Allah. Kemuliaan manusia yang sebenar ialah apabila mereka dianugerahkan dengan kekuasaan yang
berasaskan kepada keimanan dan taqwa’.

5. Merumuskan konsep ketunggalan risalah para rasul yang merangkumi segenap generasi manusia’.

Peringkat Makki akhir disudahi dengan surah Ibrahim. Di dalam surah ini, Nabi Ibrahim ditonjolkan sebagai seorang peribadi yang tinggi akhlaknya, luhur budinya, terbuka jiwanya untuk sentiasa berharap dan berdo’a kepada Allah dan peka hatinya terhadap bahaya syirik penyembahan berhala daripada menjangkiti anak cucunya yang akan datang. Di dalam surah ini juga, Allah menggambarkan bagaimana Nabi Ibrahim menutup do’anya dengan meminta kepada ALlah agar mencucurkan kema’afan kepadanya, kedua ibu bapanya dan kepada seluruh umat Islam pada hari hisab kelak.

Firman Allah:

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadin ya hisab (hari kiamat). ”
(Ibrahim: 41)

Penutup doa Nabi Ibrahim itu sendiri menegaskan kepada kaum musyrikin Quraisy, bahawa Nabi Ibrahim yang mereka agung-agungkan itu sebenarnya berada di pihak kaum muslimin yang sedang mereka tindas. Ini bertambah jelas lagi, kerana sebelum Nabi Ibrahim menutup do’anya lagi, beliau terlebih dahulu telah melepaskan tanggungjawabnya daripada golongan musyrikin.

Firman Allah:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhn ya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pen yayang.
(Ibrahim: 36)

Peringkat Makki akhir juga menyediakan kaum muslimin untuk menghadapi medan dan sasaran baru di dalam da’wah. Surah-surah yang diturunkan di peringkat ini terdiri daripada surah-surah yang panjang. Seruan yang terkandung di dalam surah-surah tersebut ditujukan kepada seluruh manusia, tidak lagi kepada penduduk Makkah sahaja. Kisah-kisah berkenaan Nabi Musa yang tidak diketahui oleh orang-orang Yahudi sendiri diterangkan secara teratur dan tepat. Ini adalah satu persediaan untuk kaum muslimin terhadap sasaran baru dalam da’wah mereka, iaitu kaum Yahudi di Madinah.

Di samping itu intipati penekanan ayat-ayat di peringkat ini ialah menyeru manusia agar taat kepada Allah dan ta’at kepada RasulNya. Di samping itu digambarkan juga kekuasaan Zulkarnain yang memerintah satu kawasan dunia yang sangat luas di atas dasar ‘aqidah. Penekanan-penekanan dalam bentuk-bentuk ini dilakukan untuk menyediakan fikiran dan jiwa kaum muslimin terhadap sebuah negara yang akan mereka ladbirkan sikit masa lagi.

Peringkat Makki akhir adalah peringkat peralihan di antara peruangan yang akan berlaku di Madinah dengan perjuangan tahap akhir kaum muslimin di Makkah. Ayat-ayat yang menegaskan identiti kaum muslimin sebagai umat yang unik, perisytiharan kesinambungan perjuangan seluruh para anbiya’ berakhir kepada mereka, perintah ta’at kepada Allah dan RasulNya yang tidak putus-putus, adalah persediaan mental bagi kaum muslimin terhadap satu zaman perundangan yang sedang menanti di hadapan mereka.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment