≡ Menu

Pergaulan dan Kesucian Masyarakat

Ikhtilat dan Kesucian Masyarakat

Salah satu perkara yang paling asas di sistem sosial Islam adalah hubungan di antara lelaki dan wanita. Hubungan yang sahih dan sihat dapat membawa kebahagiaan dan kejayaan kepada masyarakat. Manakala hubungan bebas dan di luar batasan hanya akan membawa masyarakat ke lembah kehancuran. Oleh kerana itu, Islam tidak memandang ringan terhadap ikhtilat antara lelaki dan wanita. Islam menganggap hubungan bebas adalah virus merbahaya yang mengancam tamadun manusia dan membawa kepada keruntuhan dan kemusnahan. Islam mahu membersihkan anggota masyarakatnya dari hubungan sedemikian dengan mengharamkannya dan meletakkan dasar serta hukumannya.

Hukum-hukum hijab Islam, pengharaman bercampurgaul di antara lelaki dan wanita, larangan siaran nyanyian yang melekakan, tari-tarian, gambar-gambar lucah dan perbuatan yang tidak senonoh adalahbertujuan untuk menghalang berlakunya hubungan bebas di dalam masyarakat.

Tujuan dan maksud utama Islam mengendalikan hubungan lelaki dan wanita menurut peraturan tertentu adalah untuk memperkuatkan hubungan rumahtangga. Ini kerana institusi keluarga adalah aset terpenting dalam membangunkan masyarakat.

Perkahwinan bukan sahaja memenuhi tuntutan fitrah manusla, malah padanya ada amal kebajikan, amal soleh dan ibadah kepada  Allah S.W.T. Membujang seumur hidup ditegah lslam kerana bumbang seseorang itu akan terdedah kepada perbuatan makslat. Islam mencela adat dan upacara yang menjadikan perkahwinan itu perkara yang susah sehingga membanyakkan zina dalam masyarakat.

Islam mendasarkan akidah dan keimanan sebagai prinsipnya membangunkan masyarakat dan negara. Di atas dasar ini, segala peraturan dan undang-undang dijalankan walau meliputi kegiatan politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Prinsip Islam dalam Menjaga Kesucian Masyarakat

Salah satu tujuan syariat Islam adalah untuk mengekalkan masyarakatnya di atas landasan yang bersih dan sebarang kegiatan syahwat. Oleh sebab itu, Islam melarang pergaulan bebas di antara lelaki danwanita tanpa sebarang keperluan yang diizinkan oleh syara’ Bagi mengukuhkan kekuatan sistem sosial ini, Islam menetapkan ciri-ciri asasnya terutamanya yang melibatkan hubungan antara lelaki dan wanita:

1. Matlamat utama sistem ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersih dari sebarang rangsangan dan gangguan syahwat yang merosakkan. Keadaan ini membolehkan pembentukan masyarakat dan tamadun dalam suasana suci dan tenteram.

2. Huaungan syahwat hendaklah hanya disalurkan melalui perkahwinan dan melalui jalan-jalan yang dihalalkan. Segala pintu-pintu yang boleh menjerumus ke lembah maksiat hendaklah ditutup.

3. Bidang kegiatan wanita hendaklah  diasingkan dari bidang kegiatan kaum lelaki. Wanita hendaklah diamanahkan dengan tugasan yang bersesuaian dengan fitrah dan keupayaan fizikai serta mentalnya. Hubungan kemasyarakatan yang dijalinkan mestilah berlandaskan syariat Islam.

Bagi mengukuhkan asas-asas di atas, Islam menetapkan tiga jenis perlindungan yang terdiri daripada:

1. MemeIihara kesucian diri

Kesucian diri bererti kemahuan seseorang untuk mejalankan kehidupannya di atas syariat Islam tanpa sebarang paksaan. Setiap yang beriman hanya mahu mencari  keredhaan Allah kerana mereka menjaga kesucian diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Bagi merealisasikannya Islam menetapkan asas-asas pendidikan akhlak. Melaluinya manusia akan mewarnai diri dengan sifat-sifat mahmudah. Di antara akhlak yang utama ialah haya’ (malu). Perasaan malu akan menjadi benteng membina kesucian diri dan menghalang dan melakukan maksiat. Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa:

(إن لكل دين خلقا وخلق الإسلام الحياء)

Maksudnya: Seseungguhnya setiap agama dan akhlaknya, dan akhlak Islam adalah malu.

Islam mendidik masyarakat untuk memiliki dan menghayati sifat haya’. Lelaki dan wanita yang beriman akan berusaha menjaga kesucian dan kehormatan diri. Maka perkara-perkara diambil berat adalah:

a. Suci dari syahwat yang tersenyembunyi.

b. Suci dari pandangan-pandangan berahi.

c. Suci dari sebarang tabarruj jahiliyyah.

d. Suci daripada pendedahan aurat.

2. Tindakan-tindakan pencegahan

Mencegah itu lebih baik dari mengubat. Demikianlah kaedah yang Islam gunakan dengan menggariskan tindakan-tindakan yang bertujuan membaiki kelemahan dalam masyarakat agar ia tidak menjadi penyakit padanya. Tindakan-tindakan ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana yang dapat menghalang perkembangan maksiat. Maka untuk mencapai tujuan tersebut, Islam menetapkan beberapa perkara:

a. Menetapkan batas-batas aurat.

b. Menetapkan cara-cara berpakaian.

c. Menetapkan adab-adab pergaulan.

3. Hukuman-hukuman di atas pelanggarannya

Islam telah menggariskan sejelas-jelasnya hubungan yang halal dan haram di antara lelaki dan wanita. lslam juga telah menetapkan dasar pendidikan akhlak yang menjadi benteng pada hubungan tersebut. Namun, seandainya terdapat perlanggaran, maka Islam dengan tegasnya menggarlskan hukumannya. lslam menetapkan hukum yang berat dalam permasalah hubungan lelaki dan wanita. Tujuannya adalah untuk melindungi masyarakat dari sebarang gejala kemaksiatan yang mencemarkan kesuciannya. Pelaksanaan hukum hudud dan ta’zir bagi perbuatan zina dan muqaddimahnya adalah sebaik-balk hukuman dalam mendidik manusia menjauhi perkara maksiat.

Zina adalah satu perbuatan terkutuk yang menyalahi sifat kemanusiaan dan mencabar asas masyarakat bermaruah. Islam menganggap zina sebagai satu jenayah berat dan termasuk dalam dosa-dosa besar yang wajib dikenakan hukuman ke atas pelakunya. Demi memastikan kehormatan masyarakat, hudud Allah bukan sahaja menimpa orang yang melakukan zina bujang atau berkahwin,malahan mereka yang menuduh seseorang berzina tanpa mendatangkan saksi juga turut dihukum. Demikianjuga mereka yang melakukan muqaddimah zina seperti berdua-duaan, bercumbu-cumbuan dan sebagainya juga dikenakan ta’zir. Hukuman-hukuman yang berat ini dapat menyelamatkan masyarakat dari terus hidup dalam kancah maksiat yang hanya mengundang kemurkaan Allah.

Fenomena Realiti

Veneral Disease (VD) adalah sejenis kuman yang bersarang di dalam kemaluan wanita yang mudah berjangkit melalui hubungan seks. VD berpunca dari sexual intercourse (hubungan seks) dengan pelacur-pelacur, Siapa yang membawa punca, lelaki atau wanita? Jawapannya dari penzinaan. Demikianlah hikmah utama Islam melarang zina. lni kerana ia merupakan tanggapertama kepada pelacuran. Betapa besarnya dosa mereka yang telah menyebarkan penyakit tersebut.

Apa kata anda kepada seorang lelaki yang melakukan zina dengan pelacur, iaitu kembali ke rumah dan bersetubuh dengan isterinya yang tidak berdosa sehingga si isteri pula terjangkit penyakit VD itu?
Atau apa kata anda kepada seorang wanita yang melacur diri, kembali ke rumah dan bersetubuh dengan suaminya yang tidak berdosa hingga terjangkit penyakit VD?

Apakah yang dapat dikatakan kepada satu masyarakat yang mengamalkan free contact, free choice dan free sex? Relakah setiap tahun anak dilahirkan tanpa bapa dan mengidap pelbagai jenis penyakit berjangkit?

Maka jelaslah sebab Islam meletakkan garis panduan hukuman bagi zina dan muqaddimahnya. Tidak lain adalah untuk membersihkan masyarakat dari segala jenis penyakit yang membinasakan atau dihinggapi penyakit rohani dan moral yang bakal menkucar-kacirkan keharmonian rumahtangga dan institusi keluarga.

Baiklah, jika yang di atas perkara besar, mari kita lihat skop yang kecil dalam permasalahan ikhtilat lelaki dan wanita. Remaja hard ini sukakan couple, malah ia mejadi satu trend termasuk masyarakat azhariyyun ini. Merninati atau menyukai seseorang dengan niat hendak berkahwin dibolehkan. Apa yang menjadi masalahnya, ke hulu ke hilir hanya ditemani oleh kekasih. Bercinta bagai nak rak, akhirnya itu bukan jodoh anda. Apa nak dikata? Tiada jodoh. Apa salahnya halalkan hubungan itu dari awal melalui landasan-landasan syariat. Jika tidak diusung ke sana ke sini couple itu, ada juga yang hanya bergayut di telefon berjam-jam. chatting dan sebagainya. Ketahui dan ingatiah itu adalah muqaddimah kepada zina!

Allah S.W.T menegah dengan firmannya

(ولا تقربوا الزنى إنه كان فا حشة وساء وسبيلا)(الإسراء:٢٣)

Maksudnya; “Janganlah kamu hampiri zina”.

Maka menyajikan telinga dengan sesuatu yang mengghairahkan juga dikatakan zina. Secara kesimpulannya, muqaddimah zina itu berlaku pada.”

a. Telinga yang mendengar perkara yang mengghairahkan nafsu syahwat.

b. Mata yang memandang perkara yang memberahikan.

c. Mulut yang bercakap perkara yang mengiurkan.

Bersedialah azhariyyun dan azhariyat untuk menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada masyarakat Malaysia dalam mengendalikan ikhtilat lelaki dan wanita. Mungkin ruangan kecil ini hanya membicarakan isu-isu utama dan secara ringkas, namun kita punya akal dan ilmu untuk merenung lebih jauh. Koreksi diri perbaiki diri.

PENUTUP

Islam berhasrat untuk rnernbina sebuah masyarakat yang suci dan bersih dari sebarang kejahatan yang boleh membawa kehancuran masyarakat. Oleh itu, Islam mencegah sesuatu kesalahan dari permulaannya lagi: iaitu menutup sebarang pintu maksiat yang berlaku sekiranya lelaki dan wanita bergaul bebas. Pergaulan bebas menjadi punca keruntuhan akhlak di dalam masyarakat.

Kesan kepada permasalah ini kita dapat lihat suasana masyarakat hari ini. Di sana sini maksiat berlaku. Ketandusan akhlak boleh dilihat pada pakaian yang mendedahkan aurat, tersebarnya majalah lucah dan filem lucah serta banyak lagi. Masyarakat Barat menganggap itu semua bagaikan menghilangkan dahaga dengan seteguk air. Alangkah sedihnya peristiwa akhir zaman ini.

Masyarakat umat Islam hari ini juga banyak yang terjebak dan diheret. Ini berlaku kerana undang-undang Islam yang sepenuhnya tidak dilaksanakan. Sebaliknya undang-undang jahiliyyah dijadikan asas pembinaan masyarakat. Apabila kita menganggap sepi terhadap peraturan sosial yang telah ditetapkan oleh Islam, lantas tidak memahami hikmah sistem hijab celak menanti.

Bagi mengembalikan keutuhan identiti umat Islam, hendaklah kita semua berusaha membangunkan institusi kekeluargaan mengikut acuan Islam. Berusaha untuk menghindarkan kejahatan dan kemaksiatan dengan melaksanakan segala tuntutan yang telah Allah tetapkan. Oleh kerana itu, didiklah diri kita dari awal dengan pentarbiyahan Islam demi menghasilkan generasi yang suci dan mulia.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: