php hit counter

Penyusunan Mu’minin di Darul Arqam

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Penyusunan Mu’minin di Darul Arqam

Pada masa seruan Islam secara tertutup ini berlaku, ramai di kalangan pemuda-pemuda Quraisy yang bersifat mulia telah memeluk Islam secara diam-diam. Mereka ini termasuklah ‘Ammar ibn Yasir, Khabbab ibn al-Arat, al-Arqam ibn Abi al-Arqam, Sa’id ibn Zaid, ‘Abdullah ibn Mas’ud, ‘Uthman ibn Maz’un dan Suhaib ar-Rumi. Bilangan yang kian meningkat ini memerlukan satu program pentarbiyyahan yang baik. Di mana dengan adanya program tersebut mereka dapat mengetahui wahyu-wahyu yang baru turun, bertemu dan belajar daripada Rasulullah s.a.w dan berkenal mesra di antara satu sama lain. Untuk tujuan ini al-Arqam ibn Abi al-Arqam telah memberikan rumahnya yang agak terpencil sebagai markaz bagi kegiatan kaum muslimin.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Di Darul Arqam Rasulullah s.a.w memberikan perhatian yang sungguh-sungguh tentang pembentukan keimanan, kefahaman dan ‘amalan para sahabahnya. Dalam peringkat tiga tahun pertama nubuwwah inilah penyusunan para mu’minin di Darul Arqam merupakan kegiatan yang terpenting. Ini kerana memandangkan kegiatan kaum muslimin pada masa itu terhad kepada penyampaian dakwah secara tertutup.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.