php hit counter

Pengertian Sirah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Pengertian Sirah

Sirah adalah riwayat hidup ataupun jalan perjuangan RasuluLlah s.a.w. Di dalam tulisan-tulisan dahulu, perkataan sirah digunakan untuk menceritakan kisah-kisah peperangan atau ghazwah Rasulullah s.a.w. Oleh itu karya Ibn Ishaq‘ dinamakan sebagai kitab Maghazi  dan juga sebagai Sirah. Hafiz Ibn Hajaral-Asqalani’ di dalam kitabnya, Fathul Bari, menggunakan kedua-dua istilah maghazi dan sirah sebagai sama‘.

Pada mulanya, kisah hidup Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan maghazi lebih ditonjolkan kerana ia melibatkan bapa-bapa dan datuk-datuk kepada orang-orang yang masih hidup pada zaman perkembangan ‘ilmu sirah. Oleh kerana para sahabah yang terlibat dalam peperangan bersama-sama Rasulullah s.a.w dahulu diberikan kemuliaan pada zaman khulafa rasyidun, maka adalah wajar anak cucu mereka juga diberikan penghormatan. Oleh itu kisah-kisah peperangan Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan para sahabah ini ditonjolkan dalam bentuk cerita-cerita sahaja‘. Iaitu ia tidak disampaikan secara periwayatan melalui sanad tertentu. Sebaliknya dalam periwayatan hadith, pada  masa itu lagi para ‘ulama’ telah lebih berhati-hati terhadap sanad dan orang-orang yang meriwayatkannya.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Sehingga abad ketiga hijrah, kitab-kitab yang dinamakan sebagai sirah, seperti Sirah ibn Hisyam’, Sirah Ibn ‘Aidh’, Sirah al-Umawi‘ dan lain-lain, sebenarnya adalah kitab-kitab yang pada umumnya mengisahkan ghazwah Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun selepas itu kitab-kitab sirah mula memuatkan perkara-perkara lain dalam kehidupan RasuluLlah s.a.w. Kesan daripada usaha-usaha tersebut muncullah kitab-kitab sirah yang langsung tidak membicarakan berkenaan ghazwah. Sebagai contoh, kitab al-Mawahib al-Ladunniyah’, adalah sebuah kitab yang mengandungi segala kisah kehidupan  Rasulullah s.a.w kecuali ghazwah.

Namun demikian, para ‘ulama’ yang terljbat dalam pengumpulan hadith yang juga sedang giat dijalankan pada masa itu, menganggap bahawa sirah dan maghazi mempunyai sedikit perbezaan daripada hadith. Cara yang berbeza dalam menyampaikan hadith dan ghazwah ini menyebabkan para ‘ulama’ memisahkan riwayat-riwayat yang mengandungi hukum fiqh dengan riwayat-riwayat yang tidak bersifat demikian‘. Dengan wujudnya asas-asas mustalahul hadith, penulis-penulis sirah disenaraikan oleh ‘ulama’ dalam kumpulan periwayat-periwayat akhbar’ dan status mereka dianggap di tingkat bawah para muhaddithin.

Seterusnya, dengan perkembangan pembukuan penulisan-penulisan sirah dan hadith, haluan keduanya  juga berbeza’. Lama kelamaan, perbezaan ini semakin ketara hinggakan para penulis sirah Rasulullah s.a.w dianggap bertentangan dengan golongan muhaddithin‘. Cara-cara periwayatan dan penelitian terhadap rawi berbeza di antara mereka. Para muhaddithin tidak mengambil sebarang riwayat yang diragui kesahihannya, manakala para penulis sirah pula tidak mengikat diri mereka dengan syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh muhaddithin’.

Dengan pendekatan yang berbeza inilah kita dapati bahawa penulisan kitab-kitab hadith berbentuk masanid dan musannafat, sedangkan penulisan kitab-kitab sirah dilihat daripada segi susunan masa yang berturutan menggambarkan kehidupan Rasulullah s.a.w dari awal hidupnya sehinggalah
kewafatannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.