php hit counter

Pemimpin Yang No Escape

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Wasilah Yang Tidak Kabur

Kejelasan perjuangan Rasulullah s.a.w bukan sahaja daripada segi asas dan matlamat risalahnya, tetapi kejelasan ini juga adalah daripada segi cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan risalah tersebut. Rasulullah s.a.w tidak menggunakan wasilah-wasilah yang boleh mengaburkan risalah Islam.

Rasulullah s.a.w juga tidak berselindung di sebalik wasilah-wasilah yang bertujuan untuk menegakkan sesuatu selain daripada Islam. Ini kerana wasilah-wasilah yang kabur seperti ini akan hanya mengukuhkan dasar-dasar jahiliyyah dalam masyarakat.

Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w tidak menjadikan wasilah-wasilah yang bertujuan untuk menegakkan asabiyyah jahiliyyah sebagai wasilah bagi penyampaian risalah Islam. Lantaran itu Rasulullah s.a.w tidak menggunakan keharuman namanya sebagai cucu kepada Abdul Muttalib untuk berselindung di sebalik kemuliaan Bani Abdu Muttalib ataupun Bani Hasyim.

Ini kerana menggunakan kemuliaan nama qabilah sebagai batu loncatan utama bagi dakwah Islamiyyah akan menjadikan risalah yang mulia bercampur aduk dengan kemegahan asabiyyah yang sempit. Tindakan seperti ini mesti dijauhi memandangkan uruf masyarakat Quraisy di masa itu yang sentiasa menghubungkan identiti seseorang tokoh ataupun sesuatu seruan dengan motif untuk memuliakan kedudukan asabiyyah sesuatu qabilah tertentu.

Rasulullah s.a.w memahami hakikat bahawa tugas untuk menegakkan matlamat Islam tidak mungkin boleh diharapkan daripada orang-orang yang tidak menghayatinya. Demikian juga tugas untuk menegakkan Islam ini tidak boleh dilakukan melalui wadah yang tidak memberi komitmen untuk menegakkan cita-cita Islam. Ini kerana terdapat sebahagian daripada wasilah ini tidak bersifat berkecuali. Sebagai contoh, wasilah asabiyyah qabilah Quraisy mempunyai dasarnya yang tersendiri yang hanya bertujuan untuk mengukuhkan dasar-dasar tersebut.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Oleh itu, dalam menyampaikan risalah Islam, Rasulullah s.a.w mengenalpasti wasilah-wasilah yang bersifat berkecuali yang boleh dimanfa’atkan bagi penyebaran risalah Islam. Di samping itu, Rasulullah s.a.w juga mengenalpasti wasilah-wasilah yang tidak bersifat berkecuali yang mesti dihindarkan bagi menjamin risalah Islam daripada dicemari oleh unsur-unsur yang kabur.

Berdasarkan kepada perkiraan ini, Rasulullah s.a.w keluar menyampaikan risalah Islam dengan membebaskan dirinya daripada sebarang wasilah dan wadah yang menjadi landasan utama tertegaknya masyarakat jahiliyyah. Sebaliknya Rasulullah s.a.w bangun dengan menggunakan wasilah dan wadahnya sendiri, dimulakan dengan peribadinya sendiri sebagai rasul Allah dan kemudian melalui jama’ah Islamiyyah yang ditegakkannya di kalangan para sahabahnya. Walaupun pada mulanya, Rasulullah s.a.w terpaksa menyampaikan risalah Islam bersendirian, tetapi ini adalah lebih baik daripada mengaitkan dirinya dengan qabilahnya sendiri sekiranya mereka enggan mendukung tujuan risalah yang dibawanya.

Setelah tegak dengan kukuhnya identiti diri peribadi dan identiti jama’ah Islamiyyah yang didirikannya, barulah Rasulullah s.a.w menggunakan wasilah-wasilah lain dalam menyampaikan risalah Islam di dalam masyarakat. Pada masa ini, oleh kerana peribadi Rasulullah s.a.w dan jama’ah Islamiyyah telah dikenali identitinya, maka tidaklah lagi seruan mereka disalah faham oleh masyarakat umum. Apa sahaja wasilah yang mereka gunakan dalam masyarakat akan terus dikenali kerana kejelasan peribadi dan identiti orang-orang yang terlibat dalam menggunakan wasilah tersebut. Melalui cara ini sebarang tolak ansur dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar perjuangan tidak berlaku.

Rasulullah s.a.w menunjukkan dalam manhaj perjuangannya bahawa risalah Islam ini akan hanya dapat ditegakkan melalui wasilah yang diwujudkan untuk menegakkan matlamat dan cita-cita Islam. Wasilah-wasilah yang memang pada asalnya diwujudkan untuk mendukung matlamat jahiliyyah, tidak akan mampu menegakkan matlamat dan cita-cita Islam. Sebaliknya wasilah-wasilah seperti ini jika digunakan untuk menegakkan risalah Islam akan hanya menjadikan risalah tersebut kabur. Selain daripada itu, Rasulullah s.a.w juga menunjukkan bahawa sebarang penggunaan wasilah yang bersifat berkecuali hendaklah dilakukan tanpa menyembunyikan identiti orang-orang yang terlibat dalamnya daripada segi tujuan, pendirian dan matlamatnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.