≡ Menu

Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Meninggal Dunia

Pemergian Seorang Tokoh Ulama Iaitu Tuan Guru Haji Salleh

ALOR SETAR: Ulama ternama Kedah, Salleh Musa, 87, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat sakit tua, malam tadi.
(18 Syawal 1437 / 22 Julai 2016)

Perkara itu disahkan sendiri oleh anaknya Muslim Salleh, 41 tahun

Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnai, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.15 malam ketika sedang menerima rawatan di HSB.

Terdahulu, katanya arwah yang mengadu tidak sihat dibawa ke HSB kira-kira jam 7.30 malam menggunakan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah di Sik, dekat sini.

“Jenazah akan dibawa pulang ke Madrasah Ar-Rahmaniah malam ini dan akan dikebumikan esok jam 10.00 pagi,”

Beliau seorang ulamak ahli Sunnah Waljamaah. Beliau menghabiskan usia dipondok dan mencurahkan ilmu dengan kitab-kitab jawi dalam bab-bab tauhid, tasawuf dan usul fiqh. Beliau mempunyai ribuan bekas pelajar sebagai benteng dan pewaris ulama.

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato’ Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik.

Ulama Arab Terutama Yaman , Jordan, Mesir sering menziarahi beliau kerana beliau merupakan Ulama yang sempat mendalami ilmu dengan ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH satu ketika dulu.

Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau :

1. Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)

2. Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)

3. Habib Kazim ( Yaman )

4. Habib Abdullah ( Jeddah)

5. Syeikh Habib ( Jordan)

Saudara yang saya kasihi ,Tuan Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

Apa kata kita bersepakat membaca Al-quran seorang 1 juzuk niat unttuk hadiahkan pahala kepada beliau.

Beliau pergi menemui pencipta dihujung penghulu segala hari.

Semoga Allah tempatkan MURABBI ini bersama orang2 soleh.

Amin….

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

AIA Careers
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Job Description. Ability to lead and manage ISO related activities and implement ISO to the organisation. To prepare and review related documents for ISO certification and audit p...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Senior Back End Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Back End Developer. You will write robust, high quality, and production ready c...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 23 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment