≡ Menu

Pelakon Veteran Aziz Singah Meninggal Dunia

Aziz Singah (2)

Pelakon veteran Datuk Aziz Singah, 74, meninggal dunia di kediamannya di Seri Kembangan, Serdang dekat sini pada Jumaat akibat kanser prostat.

Anaknya Muhammad Daniel Aziz, 24, berkata, arwah meninggal dunia kira-kira pukul 11.10 malam Jumaat di samping keluarga.

“Ayah berada dalam keadaan nazak semasa dirawat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya dan kira-kira pukul 10 malam, kami memutuskan untuk membawa dia pulang ke rumah.

“Kira-kira sejam berada di rumah, ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kata Daniel, Allahyarham akan dimandikan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) kira-kira pukul 8 pagi Sabtu dan akan dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Bongek, Rembau Negeri Sembilan sebelum solat Zohor pada Sabtu.

Allahyarham menghidap kanser prostat sejak beberapa tahun lalu dan sering keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ditanya apakah pesanan terakhir arwah, Muhammad Daniel berkata, ayahnya banyak bercakap mengenai keluarga mereka.

Aziz Singah yang popular pada era 1980-an pernah membintangi banyak drama namun lakonannya dalam PJ Holding antara karya yang diingati sehingga ke hari ini.

Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem termasuklah Maria Mariana terbitan Skop Productions.

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Khatijah Abu Hassan dan dikurniakan tiga orang anak namun hubungan itu tidak bertahan lama.

Beliau kemudiannya berkahwin dengan Datin Zunita Mohamed dan hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan anak jumlah yang sama.

Pelakon Veteran Aziz Singah Meninggal Dunia

Al-fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah Taala. Bertuah beliau pergi dalam bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan.

Sumber

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

SanDisk
  |  (Unspecified city), Penang
 - 20 Jul 2017

Req ID. 31245. approved. approved. SanDisk offers a highly competitive compensation package and great benefits. SanDisk provides equal employment opportunities to all employees and...

SanDisk
  |  (Unspecified city), Penang
 - 20 Jul 2017

Req ID. 32108. General Description. Manages the development and implementation process of a company's services involving departmental or cross functional teams focused on the deliv...

AIA Careers
  |  Cyberjaya, Selangor
 - 20 Jul 2017

Job Summary. Perform quality checking on all processes as per stipulated benchmark and requirements. Key Responsibilities. Performing quality checking for all processes within the...

Resorts World Genting
  |  Genting Highlands, Pahang
 - 20 Jul 2017

Genting Malaysia Berhad. Genting Malaysia is a leading multinational conglomerate that is principally involved in the leisure and hospitality business covering theme parks, gaming...

Singtel
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 19 Jul 2017

The purpose of the Client Delivery Manager. RDC (CDM) role is to provide post sales service support to Optus Business customers that includes customer service and consultancy funct...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment