≡ Menu

Nasi Maqlubah Mama Dahlia

Nasi Maqlubah Mama Dahlia

Nasi Maqlubah banyak jenisnya. Salah satu  daripadanya ialah Nasi dengan bawang.  (Aruz bi Basol)

Bahan-bahannya:

1. 2 Cawan Beras

2. 2 Biji bawang merah sederhana besarnya (dikisar)

3. 2 sudu minyak masak atau zaitun

4. 1/2 cawan susu

5. 1 1/2 cawan air

6. garam secukup rasa

Cara memasak nasi sama seperti memasak nasi biasa dan bahannya dicampur sekali. Rasa nasi yang dimasak begini sangat terasa bawangnya oleh itu, disarankan tumis dahulu seperti nasi minyak. Supaya bau bawangnya tidak ketara dan rasanya lebih kena dengan selera Asia.

Boleh dimakan bersama:-

1. Ayam goreng spicy

Bahan-bahannya:

1. Ayam, daging atau sotong (dipotong dadu)

2. 2 biji telur

3. 1 kampit tepung ayam Spysi

4. sedikit minyak untuk menggoreng celupkan ayam, daging atau sotong ke dalam Telur yang dipukul. Gaulkan dengan tepung ayam kemudian goreng.

2. Syalatoh

Bahan-bahannya:

1. 1 biji timun

2. biji tomato

3. 1 biji lobak merah

4. 1 biji bawang Merah (kesemuanya dipotong dadu)

5. 4 biji limau nipis

6. garam secukup rasa

Campurkan semua bahan yang telah dipotong. Kemudian gaulkan dengan air perahan asam limau nipis. Setelah itu, taburkan garam  secukup rasa.

Setelah semuanya selesai boleh dihidangkan dengan semangkuk sup, sekeping roti (‘ishy) dan jus (‘asir) untuk penambah  selera

Selamat Mencuba.

Incoming search terms:

Roti ishy
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: