≡ Menu

Nabi Daud Raja yang Agung

Nabi Daud

Bani Israel terkejut dengan keputusan Nabi Daud a.s. untuk meninggalkan mereka. Nabi Daud yang mereka saniungi kini meninggalkan mereka tanpa sebarang makluman. Selepas pemergian Nabi Daud, isteri serta keluarganya pula menyusul.
 
Melihatkan keadaan itu, ada segelintir kaum bani Israel mengikut Nabi Daud. Pada mulanya hanya sedikit, tetapi lama-kelamaan semakin ramai yang menyusul.
 
Talut Raja yang Zalim
 
Keadaan itu menyebabkan Taiut menjadi semakin marah dan benci terhadap Nabi Daud a.s. Tambahan pula, terdapat juga tentera Talut mengikut Nabi Daud. Beliau tidak mempunyai pilihan selain mengisytiharkan perang atas Nabi Daud. Baginya, jika beliau tidak menyerang Nabi Daud, sudah pasti takhta dan kerajaan jatuh ke tangan Nabi Daud.
 
Talut kini telah bertukar menjadi seorang raja yang zalim dan busuk hati. Hatinya telah dipenuhi kemarahan dan kebencian yang semakin hari semakin membara. Beliau bertindak membunuh rakyatnya yang menyusuli Nabi Daud termasuk pembesar serta ulama yang menyertai Nabi Daud. Talut berusaha mengerah semua bala tenteranya yang masih setia untuk berperang dengan Nabi Daud.
 
Talut mengatur strategi yang halus dan kejam untuk membunuh Nabi Daud. Rancangan Talut  ini telah diketahui Nabi Daud. Baginda tidak mahu berperang dengan ayah mertuanya dan berusaha menasihati Talut walaupun dari jarak jauh, tetapi usahanya tidak diendahkan walaupun sedikit. Baginda berbelah bahagi antara hendak melawan ataupun tidak. Jika Baginda tidak berlawan, maka Talut dan bani Israel akan beaada dalam kejahatan dan kehancuran kerana kebenaran pasti hancur. Baginda bersiap siaga menunggu kedatangan Talut.
 
Talut Tidak Terus Dibunuh
 
Talut dan bala tenteranya memulakan perjalanan. Setelah lama berjalan, Talut mengarahkan tenteranya untuk berehat dahulu sebelum mereka menyambung perjalanan. Beliau sefta semua bala tenteranya tertidur kerana keletihan.
 
Sementara itu, Nabi Daud telah mengetahui keberadaan Talut melalui utusannya. Baginda terus menuju ke tempat pertahanan Talut dan berjaya memasuki khemahnya. Tiada sesiapa pun daripada kalangan bala tentera Talut yang sedar akan kehadiran Nabi Daud a.s. Baginda masuk ke dalam khemah Talut dan menggunting bucu bajunya. Selepas itu, baginda keluar dan naik ke satu tempat lalu menyeru kepada tentera Talut supaya menjaga raja mereka kerana dengan kelalaian mereka sehinggakan baginda dapat menggunting bucu baju rajanya.
 
Talut sangat terkejut dan kemarahan beliau makin bertambah-tambah. Semangat untuk membunuh Nabi Daud semakin membara. Keesokan harinya, Nabi Daud melakukan perkara yang sama juga iaitu masuk ke dalam khemah Talut sewaktu beliau sedang nyenyak tidur. Pada kali ini, Baginda mengambil bekas air dan panah kepunyaan Talut. Baginda melakukan
perkara yang sama dengan menyatakan kecuaian tentera Talut menjaga rajanya.
 
Talut menjadi semakin marah kerana merasakan Nabi Daud sedang mempermainkannya. Beliau mengarahkan tenteranya untuk lebih berhati-hati mengawal.
 
Nabi Daud a.s. tidak berputus asa untuk menyedarkan Talut. Baginda meneruskan rancangannya dengan mengambil lembing Talut yang terletak di kepalanya. Apabila terjaga daripada tidur, Talut terperanjat kerana lembingnya tiada. Beliau berlari keluar dari khemahnya dan bertanyakan perihal lembingnya itu képada tenteranya.
 
Mereka mengakui tidak mengambilnya dan tidak tahu bagaimana ia boleh hilang. Beliau memarahi tenteranya yang cuai dan tidak menjaga keselamatannya.
 
Tiba-tiba, muncul seorang lelaki membawa lembing Talut yang hilang, lalu berkata bahawa diaiah utusan Nabi Daud. Dia datang untuk mengembalikan lembing Talut yang diambil oleh Nabi Daud a.s.
 
Katanya: “Lembing ini diambil oleh Nabi Daud a.s. ketika kamu sedang nyenyak tidur. Baginda tidak mahu membunuh kamu, tetapi cuma mengambilnya dengan harapan kamu sedar akan tindakan kamu yang salah lalu insaf dengan kembalinya lembing ini. Jika benar  Nabi Daud a.s. ingin membunuhmu, kamu telah pun dibunuh kerana baginda berjaya memasuki khemahmu tanpa diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah s.w.t.”
 
Nabi Daud Raja Agung
 
Kata-kata lelaki itu memberi impak yang besar kepada Talut. Hatinya yang penuh dengan api kemarahan tiba-tiba sejuk. Air matanya mengalir dan mulai sedar bahawa selama ini syaitan telah menguasai dirinya sehinggakan sanggup mengkhianati Nabi Daud  yang telah banyak berjasa kepadanya.
 
Talut menangis tersedu-sedu. Beliau berasa sangat bersalah dan insaf kerana telah banyak membunuh orang yang tidak bersalah. Talut dan tenteranya pulang. Beliau terus menghadap Allah s.w.t. untuk meminta ampun dan bertaubat. Beliau tidak mahu lagi tinggal di sana kerana rasa bersalah yang menyelubungi. Lalu beliau keluar berkelana dan melepaskan jawatan sebagai pemerintah bani Israel.
 
Kaum bani Israel sebulat suara melantik Nabi Daud a.s. sebagai raja mereka menggantikan Talut. Nabi Daud ialah raja yang agung. Bani Israel menjadi maju dan hidup mewah bawah pemerintahan Nabi Daud a.s.
RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 20 Sep 2017

Description. A global technology company is looking for a Campaign Lead (Product Marketing) to strengthen the brand's presence in Malaysia and Vietnam. Each position reports to the...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 20 Sep 2017

Description. Our highly respected client is seeking a qualified accountant with at least 5 years' senior executive experience in a senior management role for the job of Regional Ac...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 15 Sep 2017

Description. The Position Reporting to the Finance Director, the Financial Reporting Manager will be responsible for responsible for the delivery of the management and financial re...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 15 Sep 2017

Description. Responsibilities Responsible for Regional Market. covering South East Asian Countries Execute marketing plan and initiatives to drive the products line growth and obje...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 18 Sep 2017

Description. Our client is a global real estate consultancy providing full range of real estate services catering to various types of space users. While the interests and appetite ...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 18 Sep 2017

Description. The OCM LEAD for IT Services will be part of the IT Services Project team, and will work closely with partners across different IT groups so to understand needs, & ens...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: