≡ Menu

Gelaran “Raja Buah” Sudah Luruh di Raub, Datanglah

Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian) yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran “raja buah”. Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

Buah durian adalah termasuk buah-buahan yang besar bahkan termasuk dari daftar buah terbesar dengan kulitnya berduri-duri tajam dan keras. Buah durian memiliki berat biasanya antra 1 kg-4kg, sementara diameternya bisa mencapai 15 hingga 30 cm. Daging buah durian biasanya bewarna kuning ke emasan, namun ada juga yang kadang berwarna putih agak pucat (ini biasanya tidak manis). Biji durian ada yang besar dan ada yang kecil tergantung dari jenis durian itu sendiri.

Pohon durian tumbuh secara liar dihutan-hutan Asia, seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Thailand, dan ada juga yang tumbuh karena dibudidaya, ini adalah yang terbanyak. Pohon durian akan berbuah ketika umur tanamnya sudah 4 tahun. Pohon durian akan tumbuh terus hingga mencapai ketinggian 50 meter. Jadi tanaman ini akan bertahan selama berpuluh-puluh tahun lamanya.

Mereka yang berminat untuk menikmati durian Musang King boleh datang ke Raub kerana ia sudah mulai luruh sekarang.

Musang King akan berbuah selama lima bulan hingga Ogos ini di Raub, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Hasan Jusoh.

Beliau berkata musim gugur Musang King telah bermula awal bulan ini manakala durian kampung dijangka akan mulai luruh tidak lama lagi.

“Minggu lalu harga ladang Musang King ialah RM38 sekilogram, menurun daripada RM50 sekilogram sebelumnya memandangkan bekalan buah yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun harga runcitnya ialah sekitar RM50 hingga RM60 sekilogram bergantung kepada keadaan seperti keadaan buah, tempoh buah disimpan dan kawasan jualan,” katanya kepada Bernama.

Hasan berkata pengusaha Musang King lebih selesa menjual sendiri buah itu dan akan merujuk kepada FAMA jika berhasrat untuk mengeksport ke negara luar seperti Singapura dan Brunei yang memberi sambutan luar biasa kepada buah itu.

Beliau menambah selain buah segar, turut mendapat permintaan ialah isi durian sejuk beku yang boleh bertahan sehingga enam bulan dan tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King.

“Tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang lebih sedap. Pada kebiasaannya dijual pada harga RM60 sekilogram dan dijual dalam dua paket menjadikan harga jualannya RM120,” kata Hasan.

Beliau berkata musim luruh Musang King di Raub mendahului durian di kawasan lain kerana faktor geografinya yang berbukit-bukau dan kedudukannya di banjaran Titiwangsa beserta kesesuaian tanah.

Beliau menasihatkan pembeli untuk memeriksa durian yang dibeli dengan sewajarnya bagi memastikan harga yang dibayar adalah berpadanan dengan buah yang diperoleh.

“Musang King boleh dibezakan dengan tapak durinya yang lebih lebar dan tajam berbanding durian lain dan mempunyai tanda tersendiri iaitu tanda seperti tapak sulaiman di bawah buahnya,”

Experteer GmbH
  |  Shah Alam, Selangor
 - 20 Oct 2017

Unser Auftraggeber ist eine international tätige Unternehmensgruppe mit knapp 600 Mitarbeitern an sieben Standorten in Europa, USA, Malaysia und China. Als global agierendes Untern...

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. In order to achieve their vision of becoming the nation's leading technology financier, our respected client is seeking a finance professional who is adept in Sharia L...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. Objectives of the role In the Strategy service line, we focus on addressing issues and providing solutions at a strategic level for both the public and private sector....

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. Working hour. 5 days (Mon Fri, 8 30am to 5.30pm)13th month salary (AWS) Transportation allowance Medical and insurance coverage Performance bonus Main Responsibilities...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. Key job responsibilities include. Install and support LANs, WANs, network segments, Internet, and intranet systems. Install and maintain network hardware and software....

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment