≡ Menu

Muadzin Pertama

Muazin Pertama

Bilal bin Rabah al-Habshi dilahirkan di Makkah. Ibunya bernama Hamamah dan beliau telah berkahwin dengan saudara perempuan kepada Abdul Rahman bin Auf. Beliau merupakan hamba kepada Umayyah bin Khalaf.

Beliau merupakan orang yang pertama memeluk Islam daripada kalangan hamba. Beliau memeluk Islam secara rahsia kerana bimbang diketahui oleh tuannya. Beliau telah diseksa oleh tuannya apabila mengetahui pengislaman beliau. Bilal telah dijemur di tengah padang pasir di bawah matahari yang terik dengan keadaan tangan dan kakinya diikat, manakala seketul batu besar diletakkan di atasnya.

Beliau dibebaskan oleh Abu Bakar al-Siddiq. Selepas dibebaskan, Bilal merupakan seorang hamba Allah yang taat pada perintah Allah, kuat iman dan ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan. Sifat sabar Bilal dapat dilihat apabila beliau diseksa dengan teruk oleh Umayyah. Walaupun demikian, beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk berada dalam Islam.

Banyak peperangan yang beliau sertai bersama Rasulullah s.a.w. seperti perang Badar, Uhud, Khandak dan lain-lain lagi. Sumbangannya terhadap Islam amat banyak apabila beliau membantu
Rasulullah s.a.w. menyebarkan dan mengembangkan ajaran Islam.

Bilal merupakan muazin pertama kepada Rasulullah s.a.w. Terdapat empat orang muazin: dua orang muazin di Madinah iaitu Bilal bin Rabah dan Amru bin Ummu Maktum, dua lagi di Makkah iaitu Abu Mahzurah Aus dan Sa’d al-Qarz di Quba’.

Bilal meninggal dunia di Damsyik pada tahun ke-20 Hijrah.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

SanDisk
  |  (Unspecified city), Penang
 - 20 Jul 2017

Req ID. 31245. approved. approved. SanDisk offers a highly competitive compensation package and great benefits. SanDisk provides equal employment opportunities to all employees and...

SanDisk
  |  (Unspecified city), Penang
 - 20 Jul 2017

Req ID. 32108. General Description. Manages the development and implementation process of a company's services involving departmental or cross functional teams focused on the deliv...

AIA Careers
  |  Cyberjaya, Selangor
 - 20 Jul 2017

Job Summary. Perform quality checking on all processes as per stipulated benchmark and requirements. Key Responsibilities. Performing quality checking for all processes within the...

Resorts World Genting
  |  Genting Highlands, Pahang
 - 20 Jul 2017

Genting Malaysia Berhad. Genting Malaysia is a leading multinational conglomerate that is principally involved in the leisure and hospitality business covering theme parks, gaming...

Singtel
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 19 Jul 2017

The purpose of the Client Delivery Manager. RDC (CDM) role is to provide post sales service support to Optus Business customers that includes customer service and consultancy funct...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment