≡ Menu

Mengatasi Masalah Lupa

Mengatasi Masalah Lupa

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati  anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! Itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.

Jangan cari alasan.

Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. “Buat apa baca sekarang esok lupa juga.” Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak Iupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan?

Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperilcsaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca.

Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha unmk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.

Setelah anda benar-benar faham.

Sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipeiajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci.

Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

Contoh fakta:

Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.

Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal Fakta itu. tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan ‘dua hemisfera’ yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud di sebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.

Sekiranya anda te1’paksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulanmkecil dam hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.

Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat. pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mdahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.

Sering membuat imbasan.

Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat. maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi di musim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari masa ke semasa secara sistematik. Petua di bawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:

Imbas 5 minit apa yang dibaca seilepas 24 jam.

Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.

Imbas 5 minit setiap 2 minggu.

Imbas 5 – 1O minit di musim peperiksaan.

Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.

Elakkan dari tidur petang.

Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar di waktu malamnya nanti.

Ajarkannya kepada orang lain.

Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencarijawapan.

source

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

FMCG Market Leader
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Reporting to the CFO, you will be responsible for finance decision support for their supply chain operations. This will include active partnership with Supply Chain an...

Automotive Industry
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Reporting to the Vice President for Operations and Supply Chain. Asia Pacific based in Singapore (APAC HQ), you will be responsible for overall direction, control and ...

Leading Medical Device Company
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Single contributor roleBased in KL, Malaysia PURPOSE The successful incumbent will be responsible for expanding the company's business field in assigned region. He She...

Robert Walters - Malaysia
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 19 Oct 2017

About the Head of FCC Operations, Group FCC Role. Reporting directly to the Group Head of FCC under the financial crime compliance department, you will be responsible for strategi...

HSBC Bank (M) Berhad
  |  (Unspecified city), Selangor
 - 19 Oct 2017

Some careers prize diversity more than others. If you're looking for a career where you will be respected as an individual and valued for the contributions you make, join HSBC and ...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment