≡ Menu

Mengapa Langit Berwarna Biru

Zemanta Related Posts Thumbnail

 

Warna biru langit sangat mendamaikan kepada sesiapa yang memandangnya. Pada waktu malam juga, cahaya bulan yang memancarkan cahaya ke permukaan bumi juga turut indah dan cantik. Pasti anda juga pernah berfikir mengapa langit kelihatan berwarna biru ? 

Langit berwarna biru adalah disebabkan gelombang cahaya daripada sinaran matahari. Cahaya matahari terdiri daripada banyak gelombang dalam kumpulan cahaya, namun apabila cahay menyatu maka akan kelihatan hanya cahaya berwarna putih terang seperti cahaya matahari tersebut.

Sir Isaac Newton telah mencuba untuk pertama kali dengan menguji cahaya yang terhasil daripada sebuah prisma kaca yang sering digunakan untuk melihat cahaya yang terhasil daripada sinaran matahari. Apabila kajian dibuat, ternyata cahaya putih terhasil daripada tujuh warna yang asas iaitu ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.

Sinaran warna biru merupakan sinaran warna terkuat atau lebih kuat daripada sinaran warna-warna lain. Langit yang kelihatan berwarna biru merupaka  hasil daripada sinaran gelombang cahaya matahari yang didominasi oleh sinaran gelombang cahaya warna biru.

Pada waktu malam juga sedemikian, dimana warna biru yang muncul ketika bulan memancarkan cahaya ke bumi adalah daripada sinaran cahaya matahari oleh melekul udara yang kemudian warna langit didominasi oleh warna biru. Kenyataan ini adalah sama seperti kita mempelajari ilmu sains ketika kita bersekolah dahulu. Oleh itu, jangan kita lupa akan ilmu sains yang sememangnya sangat menarik dan mempunyai keindahannya yang tersendiri.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment