≡ Menu

Mengapa Aku Mesti Menulis?

Mengapa Aku Mesti Menulis

Apakah kepentingan memiliki kemahiran menulis atau mengarang? Antara sebab keperluan anda untuk menulis ialah:

1. Untuk mencatat rasa hati.

2. Mencari kepuasan rohaniah.

3. Merancang kehidupan masa muka seperti mencatat dalam diari.

4. Berbuat kebaikan dengan berdakwah melalui pena.

5. Menukar imaginasi menjadi realiti atau menukar visual menjadi perkataan atau teks.

6. Membangunkan kemahiran baru. Ahli psik0|0gi berkata bahawa seseorang itu mampu memiliki 120 kemahiran yang berlainan. Berapa banyakkah kemahiran sudah anda
miliki?

7. Melatih minda berfikir secara sistematik kerana ketika menulis, anda meluahkan isi minda anda secara teratur.

8. Menangani emosi. Kalau anda sedih cuba luahkan kesedihan anda itu melalui prosa atau puisi.

9.Melahirkan empati dan pembelaan.

10. Melebarkan jaringan ukhuwah seperti menulis surat, blog dan sebagainya.

11. Kepuasan mendapat royalti.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment