≡ Menu

Membina Mahligai di Syurga

mahligai (11)

Jangan meninggal dunia sebelum memastikan  kita ada kediaman yang selesa untuk menetap  disana.
 
Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada  malam Israk, Baginda Nabi s.a.w. berlalu  melintasi Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim  bertanya: “Siapakah orang yang bersamamu itu  wahai Jibrail?” Jibrail menjawab: “Ini  Muhammad.”
 
Nabi Ibrahim lalu berkata: “Wahai Muhammad,  perintahkan umatmu untuk memperbanyak  menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya  sangat subur dan kawasannya sangat luas.” Nabi s.a.w. bertanya: “Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga? Nabi Ibrahim menjawab: “Ucapkan kalimat ‘la hawla wa la quwwata illa billah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban.
 
Menempah Rumah di Syurga
 
Syurga ialah tempat kediaman terakhir bagi  hamba-hamba Allah yang berbakti. Hadis di  atas mengisyaratkan bahawa kita sendiri yang  akan membangunkan tempat kediaman tersebut.  Sesiapa yang menginginkan rumah yang megah  dengan taman-taman yang indah di syurga, dia boleh menempahnya dari sekarang. Harga yang diminta bukanlah wang ringgit ataupun emas permata, akan tetapi amal soleh dan zikir yang kita lakukan. Amalan inilah yang akan menjadi bahan bagi  pembinaan rumah-rumah di syurga.
 
Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi: “Aku mendengar  bahawa syurga dibangunkan dengan zikir.  Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti  juga malaikat yang bekerja membangunkannya.  Apabila mereka ditanyakan:
 
“Mengapa kamu  berhenti bekerja?” Mereka menjawab: “Kami  sedang menunggu bahan-bahannya.”
Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu  tengah giat bekcrja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk  mendiaminya.
 
Ibn Rajab al-Hanbali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata: “Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama “Vila Kebahagiaan” (Daral- Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah tujuh hari nanti rumah itu akan sempuma dibina.”
 
Tujuh hari kemudian, orang yang soleh itu  meninggal dunia.
 
Zikir dan Pohon Syurga
 
Hadis ini dan beberapa hadis yang lain  mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi  taman-taman syurga dibuat daripada zikir- zikir yang dibaca oleh manusia.
 
Al-Tlrmizi dan al-Nasa’i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca
Subhanallah al-azim wa bihamdih, maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga.”
 
Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca
Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar‘), akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.”
 
Menurut ramai ulama, makna zikir di sini  bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadahyang dilakukan manusia termasuk aktiviti menuntut ilmu.
 
Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah: “Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran.”
 
Tokoh tabiin yang lain, bemama ‘Ata’ bin Abi  Rabah berkata: “Majlis zikir ialah majlis  halal dan haram, bagaimana berjual beli,  solat, puasa, kahwin, cerai, haji dan yang seumpamanya.”
 
Wangian daripada Pelbagai Minyak Wangi
 
Abu Hazim Salah bin Dinar berkata: “Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti,  barang-barang ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli.”
 
Benar ucapan beliau. Selama mana nyawa masih  dikandung badan, sungguh mudah membangunkan  rumah idaman anda di syurga. Ia tidak  memenukan pembiayaan yang banyak. Dengan  hanya mengucap tasbih dan tahlil, kita telah menanam pokok di taman-taman syurga abad.
 
Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak  akan melepaskan kesempatan yang sangat besar  ini. Mereka akan berusaha untuk membangunkan  kediaman mereka di syurga dengan seindah- indahnya. Yakni, dengan memperbanyak  melakukan ibadah sunnah dan zikir setiap  masa.
 
Salah seorang tokoh tabiin yang memiliki  kisah yang sangat indah dengan zikir ialah  Abdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad  meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa  Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama  Allah s.w.t. dalam setiap keadaan. Walaupun  sedang dalam perbincangan dengan seseorang,  beliau tetap tidak menghentikan zikirnya.
 
Sa’id bin Zaid berkata: “Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-
tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi.”
 
Malik bin Dinar berkata: “Aku pergi  mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakkannya di dalam kantung.
Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari.”
 
Indahkan Rumah di Akhirat
 
Saya selalu berpesan: “Jangan meninggal  dunia sebelum kita pasti rumah yang akan  kita diami di akhirat benar-benar selesa
untuk kita tinggal. Sebab kehidupan akhirat kekal abadi. Jika rumah akhirat itu tidak selesa untuk kita, maka kita akan hidup kekal dalam ketidakselesaan.”
 
Untuk itu, marilah kita memperbanyak ibadah  sunnah dan zikir. Setiap kali mengucapkan  tasbih, pada hakikatnya, kita sedang menanam  sebuah pokok di taman syurga. Semakin banyak  zikir yang kita ucapkan, semakin hijau dan  rendang taman-taman tersebut.
 
Semoga Allah meringankan lidah-lidah kita  untuk berziKir’ menyebut namanya agar  semakin indah dan hijau kediaman kita di  syurga abadi kelak. Amin ya Rab al-‘alamin.
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment