≡ Menu

Membelai Cinta yang Bahagia

Membelai Cinta yang Bahagia

Indahnya cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan hingga akhirnya. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun di tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, dibelai dan dipupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta disanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus ada menyatakan, “Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapa dengan mereka. Apatah lagi yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri. Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda. ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyedia kan makan dan minum  di samping meng uruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya’allah hidup pasangan  begini akan rukun damai sampai bila-bila.”

Bagaimanapun ha! ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai Wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada Wang sayang abang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati. Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun Wang itu  sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang,tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oieh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan tidaklah cepat melatah. Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan ke keluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang. Tidak kita nafikan,awanita sekarang lebih ramai yang  celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asalkan ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan. Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapatdiperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Golongan Hawa lebih ramai yang mendengar dan hadir dalam menjayakan ceramah yang dijalankan berbanding kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

WANITA – TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudi oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah  yang lebih banyak bersabar menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerEnah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Nabi pernah bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran  itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembutsehingga yang bengkok itu akan lurus.

Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Maksud Firman Allah S.W.T iaitu “Boleh jadi kamu benci padahal ia baik pada kamu”.Surah Al baqarah ayat 216. Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak  gayanya banyak yang bengkok.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta,  mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya,tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepadajodoh masing-masing. Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak di awal perkenalan. Setiap pasangan mestilah menyelidik latar belakang pasangan.  Sekiranya peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namunjangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa
atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku  pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 15 Sep 2017

Description. The Position Reporting to the Finance Director, the Financial Reporting Manager will be responsible for responsible for the delivery of the management and financial re...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 15 Sep 2017

Description. Responsibilities Responsible for Regional Market. covering South East Asian Countries Execute marketing plan and initiatives to drive the products line growth and obje...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 18 Sep 2017

Description. Our client is a global real estate consultancy providing full range of real estate services catering to various types of space users. While the interests and appetite ...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 18 Sep 2017

Description. The OCM LEAD for IT Services will be part of the IT Services Project team, and will work closely with partners across different IT groups so to understand needs, & ens...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 16 Sep 2017

Description. This is a highly visible role where you will work closely with senior business leaders and provide financial decision support to drive strategic plans and business per...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 17 Sep 2017

Description. The Position The successful incumbent will be responsible for all the elements of Tax Compliance for Asia Pacific where he she will work closely with the Group Tax Man...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment