≡ Menu

Malam Lailatur Qadr : Kepentingan dan Penghayatannya

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Perbincangan mengenai Lalilatul Qadr, tidak dapat tidak mestilah bersandarkan kepada Surah Al-Qadr. Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah. Justeru, Surah Al-Qadr menceritakan sesuatu yang cukup istimewa yang memerlukan keyakinan tinggi untuk mempercayainya.

Istilah qadr mempunyai tiga maksud; iaitu pertama; menetapkan, kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah.

Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua. Pastinya Allah akan menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan bukan hanya untuk semalam dua sahaja. Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruangruang kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t. Adapun ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada keselangselian. Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.

Bilakah Waktu Sebenar Lailatul Qadar?

Ia berlaku setiap tahun, bukannya hanya pada ketika ia diwahyukan atau tahun ayat itu diturunkan sahaja. Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan Ramadhan. Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah). Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Apakah Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr?

Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:

1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.

2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.

3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.

4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).

5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.

6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata.

Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?

Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?

Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam. Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

“Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?” Baginda bersabda: Ucapkanlah: “Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hambahamba- Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.” (Riwayat Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan seksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).

Petanda Berlakunya Lalilatul Qadr.

Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin Hanbal “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama, tenang, tidak dingin dan tidak pula panas …”. Hadis ini menepati keadaan dan suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27 Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas.

Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka’ab yang bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya (kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.

Rumusan

Setiap fakta berkaitan malam Al-Qadr adalah perkara penting dalam sistem kepercayaan Islam dan mesti diyakini sepenuhnya. Kita mesti bersedia dengan sepenuh persediaan amalan ibadah untuk mendapatkan malam Al-Qadr. Rugilah mereka yang tidak mengejarnya untuk mendapat keberkatan, keampunan dan keredhaan Allah s.w.t..

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

SAP
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jul 2017

Requisition ID. 149110. Work Area. Customer Service and Support. Expected Travel. 0. 10. Career Status. Professional. Employment Type. Regular Full Time. Career Level. T3. Recruit...

SAP
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jul 2017

Requisition ID. 149111. Work Area. Sales. Expected Travel. 0. 50. Career Status. Professional. Employment Type. Regular Full Time. Career Level. T4PF. Recruiter Name. My Tran. COM...

SAP
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jul 2017

Requisition ID. 147874. Work Area. Consulting and Professional Services. Expected Travel. 0. 30. Career Status. Professional. Employment Type. Regular Full Time. Career Level. T2....

SanDisk
  |  (Unspecified city), Penang
 - 20 Jul 2017

Req ID. 31241. SanDisk , a Western Digital brand, has been expanding the possibilities of data storage for more than 25 years giving businesses and consumers the peace of mind that...

Resorts World Genting
  |  Genting Highlands, Pahang
 - 19 Jul 2017

Genting Malaysia Berhad. Genting Malaysia is a leading multinational conglomerate that is principally involved in the leisure and hospitality business covering theme parks, gaming...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment