≡ Menu

Makanan Sedap Di Malaysia

Makanan Sedap Di MalaysiaMalaysia mempunyai pelbagai makanan tradisional dan unik yang tidak didapati di negara lain. Sebagai contoh, ulam-ulaman, sambal belacan, nasi lemak dan banyak lagi. Terdapat juga makanan unik yang dibahagi mengikut negeri seperti Melaka yang terkenal dengan asam pedas, Kelantan yang popular dengan nasi kerabu, pulau pinang yang mempunyai nasi kandar dan sebagainya.

Makanan-makanan ini bukan sahaja disukai rakyat tempatan, malah ianya juga menjadi tarikan ramai pelancong asing.

Di Malaysia, masyarakt india pula mempunyai menu mereka sendiri. Inilah keunikan negara Malaysia yang berbilang kaum. Makanan tradisional kaum india ialah tosai, roti canai, kari dan lain-lain. Ini kerana, masyarakat india menggemari makanan kari dan berempah. Makanan mereka juga boleh dikategorikan sebagai makan sedap dan juga pedas. Kandungan santan yang tinggi juga memberikan rasa yang enak kepada kuah kari mereka. Akan tetapi, lemak tepu di dalam santan boleh membahayakan kesihatan jika diamalkan selalu.

Bukan masyarakat melayu dan india sahaja yang mempunyai menu tradisional di Malaysia, kaum cina juga mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Menu tradisional utama kaum cina di Malaysia termasuklah dimsum, char kuey teow, charkoi dan char kuey teow. Namun kebanyakan menu mereka adalah tidak halal dan kaum melayu tidak boleh memakannya.

Lain-lain menu unik berbilang kaum di Malaysia pula ialah baba nyonya,chetty, makanan kaum iban, kadazan-dusun dan umum melanau. Kebanyakanan makanan kaum ini jarang didapati di semenanjung. Contohnya, makanan baba nyonya hanya boleh didapati di Melaka dan ia sememangnya makanan tradisional Melaka. Ianya tidak jauh beza dengan makanan kaum cina Cuma ianya lebih berempah dan agak pedas. Selain itu, makanan baba nyonya juga terdapat nasi kunyit yang ditanak bersama kunyit hidup.

Kesimpulannya, makanan di Malaysia melambangkan ciri-ciri Malaysia yang berbilang kaum. Makanan yang asalnya daripada pelbagai kaum dan negeri, disesuaikan dan disediakan sebagai hidangan umum di Malaysia. Masyarakat di Malaysia mengutamakan bahan asas seperti beras dan mee manakala sebilangan kecil daripadanya pula mengamalkan tepung gandum dan sagu sebagai bahan asas.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment