≡ Menu

Lahirnya Hindu Matinya juga Hindu

Lahirnya Hindu Matinya juga Hindu

Telah menjadi adat orang Melayu setelah ibu melahirkan anak, urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkan dari darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ia dibuang begitu sahaja. tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.

Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu di sebelah tempat yang ditanam itu. maka itu menyerupai adat agama Hindu. Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang.

Tetapi itu zaman dahulu, zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam uri itu dengan buku-buku sekolah? Jika anak lelaki pula, apakah perlu ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu.

Alhamdulillah, Kesemua ini adalah cerita lama yang telah ditinggalkan oleh masyarakat Islam di Singapura. Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan Hindustan yang kebanyakannyajuga beragama Hindu.

Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar, melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah.

Bersanding yang merupakan satu pengisytiharan tidaklah salah jika perkara berikut dipelihara: Menutup aurat, tiada pergaulan bebas di antara yang bukan mahram serta tidak melakukan pembaziran.

Begitu juga tepak sireh yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis akad nikah juga daripada adat orang-orang Hindu.

Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang bercorak Hindu. Jika kita tidak berdakwah, anak-anak kita nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik! Tidak ramai yang menggunakan sireh masa ini, dan adat
ini juga akan berkubur.

Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Rasullullah pernah mencacak daun tamar di atas kuburan, apakah meletakkan sebahagian dari tumbuhan (bunga) dianggap bersalah. Mungkin satu pembaziran jika meletakkan bunga yang mahal.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: “Biar mati anak, jangan mati adat”. Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: “Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai.”

Oleh kerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua, bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.

Kalau sepanjang hidup kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mari kecuali sebagai orang-orang Islam. “

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam, daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu. Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang penyerupaan dengan amalan agama lain. SabdaNabi Muhammad s.a.w.:

“Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum tersebut.” Dalam riwayat yang lain: “……….dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang diserupainya). “

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah, dibuang atau diubah. Kita bersyukur kerana banyak adat yang bercanggah telah dihapuskan, namun usaha masih perlu dibuat untuk memantapkan akidah, hanya dengan pemantapan akidah, kita dapat mengenali warisan Islam sebenar dan bersedia untuk mengamalkannya, InsyaAllah.

Experteer GmbH
  |  Shah Alam, Selangor
 - 20 Oct 2017

Unser Auftraggeber ist eine international tätige Unternehmensgruppe mit knapp 600 Mitarbeitern an sieben Standorten in Europa, USA, Malaysia und China. Als global agierendes Untern...

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

Citibank Berhad
  |  George Town, Penang
 - 17 Oct 2017

Primary Location. Malaysia,Pulau Pinang,George Town. Education. Bachelor's Degree. Job Function. Operations. Schedule. Full time. Shift. Day Job. Employee Status. Regular. Travel ...

Citigroup Transaction Services (M) Sdn Bhd
  |  George Town, Penang
 - 17 Oct 2017

Primary Location. Malaysia,Pulau Pinang,George Town. Education. Bachelor's Degree. Job Function. Operations. Schedule. Full time. Shift. Day Job. Employee Status. Regular. Travel ...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. This CRM Team will consist of 3 people. 1 Senior Consultant, and 2 Consultant, with Application Management for CRM. We are searching for a local delivery Team of 2 3 C...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 17 Oct 2017

Description. Our client is a global leader in developing innovative and leading edge technology solutions for its international construction professionals. It consists more than20,...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment