≡ Menu

Kuasa Wudhuk Menghindari Penyakit

mengawali-wudhu-dengan-basmallah

Untuk melaksanakan solat, kita perlu mengangkat hadas. Sekiranya kita berhadas maka tidak sah solat kerana mengangkat hadas merupakan syarat sah solat. Orang yang berwuduk bermakna dia telah mengangkat hadas da bersiap untuk menunaikan solat. Sekurang-kurangnya sehari semalam, kita perlu berwuduk lima kali.

Orang yang berwuduk sebenarnya berada dalam keadaan suci yang sempurna dan darjat kebersihan paling tinggi. Bahkan, seorang Muslim yang berwuduk akan sampai ke peringkat dalam menjaga kebersihan peribadi sebahagian tubuh.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Nabi bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang Muslim atau Mukmin berwuduk, maka setelah dia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua-dua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua-dua tangannya, keluarlah dosa dari kedua-dua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu dia membasuh
kakinya, keluarlah setiap dosa yang dilangkah oleh kedua-dua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah dia selesai benwuduk, dia bersih daripada dosa-dosanya.”

Ada yang mengatakan al-khataya (dosa-dosa) adalah bakteria. Sekiranya kita menganggap Rasulullah s.a.w menunjukkan bakteria dengan kalimah al-khataya (dosa-dosa) yang dihapuskan dengan air wuduk, dapat disimpulkan wuduk merupakan garis pertahanan yang pertama untuk melindungi seorang muslim daripada pelbagai jenis kuman.

Menurut seorang ulama bernama Sa‘id Salah al-Fayyumi dalam al-I‘jaz at-Tib fi al-Quran al-Karim: “Kebersihan dalam Islam
terdapat dua makna.

Pertama, persediaan hati menghadap Allah Taala dan berazam menghadapnya dengan jiwa yang bersih.

Kedua, kebersihan zahir dengan bervvuduk iaitu membasuh anggota tubuh yang zahir yang sentiasa terdedah dengan kotoran.

Wuduk ini berulang sebanyak Iima kali dalam sehari. Manakala mandi pula wajib dilakukan setelah bersetubuh dengan isteri atau selepas tamat tempoh haid dan nifas. Terdapat penjagaan daripada debu-debu yang membawa bakteria penyebab penyakit dalam wuduk dan mandi.”

Menurut seorang dekan fakulti perubatan di Universiti Iskandariah, Mustafa Shahatah dalam kitab al-Ibda‘at al-Tibbiyyah Ii Rasul al-Insaniyyah, berwuduk boleh melindungi seseorang daripada kuman penyakit dan terbukti jumlah kuman yang ada pada orang yang berwuduk lebih sedikit berbanding orang yang tidak berwuduk.

Para ilmuwan telah membuktikan wuduk dapat mencegah lebih daripada 17 jenis penyakit, antaranya penyakit telinga, kulit, influenza dan sebagainya.

Hikmah Membersihkan Hidung

Ketika berwuduk, terdapat perbuatan yang dinamakan sebagai istinshaq dan istinthar. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. sangat sempurna dalam melakukan dua perbuatan tersebut. Istinshaq ialah perbuatan menyedut air ke dalam hidung, sedangkan istinthar pula mengeluarkannya dengan nafas. Hal ini telah disebutkan oleh Sheikh Abu Bakar al-Jaza’iri dalam kitab Minhaj al-Muslim.

Kajian-kajian kedoktoran menjelaskan istinshaq tiga kali dalam setiap wuduk sebelum solat lima waktu akan membersihkan 11 jenis kuman dan bakteria yang terdapat di hidung. Biasanya ia boleh menyebabkan penyakit pernafasan, paru-paru, alahan dan sebagainya. Menurut Dr. Mustafa Shahatah lagi, jumlah kuman yang ada di hidung akan berkurang separuh daripadanya selepas istinshaq pertama, kemudian berkurangan satu perempat selepas istinshaq kedua, kemudian bilangannya menjadi sangat sedikit selepas istinshaq ketiga.

Penelitian-penelitian ilmiah membuktikan hidung manusia menjadi benar-benar bersih daripada kuman selepas proses istinshaq yang selanjutnya akan tetap bersih daripada kuman selama lima jam. Selepas waktu tersebut, ia akan mula tercemar dan manusia perlu membersihkannya kembali. Ini bererti berwuduk termasuklah istinshaq yang dilakukan berulang kali setiap waktu solat merupakan cara sesuai untuk membersihkan, sekali gus mengurangkan kuman-kuman di dalamnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari yang bermaksud: “Apabila kamu bangun daripada tidur, maka berwuduklah dan istintharlah (menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya) tiga kali.” Manakala hadis lain riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sempurnakanlah wuduk, ratakan air di antara jari-jemari dan bersungguh-sungguhlah dalam istinshaq, kecuali jika kamu berpuasa.”

Sunnah Bersiwak

Kita dianjurkan bersiwak kerana ia merupakan perbuatan penting dalam ilmu kedoktoran bagi pencegahan penyakit. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud menyatakan: “Apabila bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” Begitu juga dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud mengkhabarkan: “Setiap kali bangun daripada tidur baik siang atau malam, Baginda pasti bersiwak dahulu sebelum berwuduk.”

3281-hl

Sekiranya mulut tidak dijaga kebersihannya, amat mudah untuk dijangkiti penyakit. Sisa-sisa makanan di dalam mulut akan membusuk, di mana ia akan menjadi tempat kuman mudah membiak. Gigi dan gusi yang sakit akan menyebarkan racun dan bakteria melalui darah ke seluruh tubuh. Berkemungkinan ia mempengaruhi mata dan rongga hidung Begitu juga usus besar, paru-paru dan hempedu, boleh terlibat sama dijangkiti.

Begitulah antara hikmah bersiwak agar kebersihan mulut terpelihara daripada punca penyebab penyakit.

Bersiwak merupakan salah satu sunnah wuduk seperti mana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Jika tidak memberatkan umatku, sudah pasti akan aku wajibkan kepada mereka untuk bersiwak setiap kali wuduk.”

Meratakan Air di Celah-Celah Jari

Bagi memastikan sesuatu wuduk sempurna, seorang Muslim hendaklah meratakan air sehingga sampai di celah-celah jari tangan dan kaki. Dari segi kesihatan daripada ilmu ahli akupunktur, terdapat 16 titik akupunktur dicelah-celah jari dan apabila titik-titik tersebut dirangsang secara tertentu, ia dapat merawat migrain, sakit gigi, bengkak dan sebagainya.

Bagi perbuatan meratakan air ke telinga pula, walaupun sunat, ia mengandungi 30 titik rangsangan. Maka semasa menyapu telinga, jangan hanya membasuh tetapi hendaklah disusuli dengan urutan lembut. Yang penting, kita berwuduk dengan sempurna dan kebaikannya akan kembali kepada diri kita sendiri sama ada dari segi kesihatan dan sebagainya.

Banyak hadis yang memerintahkan supaya meratakan air di celah-celah jari, antaranya hadis riwayat al-Tirmizi: “Apabila kamu berwuduk, maka bersihkan celah-celah jarimu.”

Dalam hadis lain riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seseorang tentang wuduk, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sempurnakan wuduk, bersihkan celah-celah jarimu dan bersungguh-sungguhlah menghirup air ke hidung kecuali jika kamu berpuasa.”

Dalam hadis lain riwayat Ibn Majah, daripada al-Mustawrd bin Shadad, beliau berkata: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. berwuduk dan Baginda meratakan air ke jari-jari kakinya dengan jari kelingkingnya.

Manakala hadis Iain daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu
menunaikan solat, maka sempurnakan wuduk dan ratakan air di antara jari-jari kedua-dua tangan dan kakimu.”                 (Riwayat Ibn Majah)

Demikianlah penerangan secara ringkas berkenaan wuduk dari sudut kesihatan. Wallahu a‘lam.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment