≡ Menu

Komputer Masa Hadapan

Komputer Masa Hadapan

Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat komputer berlumba-lumba untuk mengeluarkan komputer serta kenyataan berkaitan dengan masa hadapan dunia pengkomputeran dalam nada yang optimistik dan positif. Para saintis dan juga pakar-pakar komputer telah menyenaraikan beberapa aspek pengkomputeran yang bakal muncul nanti. Malah inisiatif untuk menghasilkan teknologi komputer terbaru telah dijalankan sejak empat atau lima tahun sebelum memasuki abad ke 21. Ini oleh beberapa syarikat komputer gergasi. Namun begitu segalanya bergantung kepada kehendak dan keupayaan pengguna untuk menyerap segala teknologi baru ini dan digunakan dengan baik. Bagi merealisasikan

Impian untuk mewujudkan teknologi komputer terbaik maka mereka telah menyenaraikan 10 ciri-ciri teknologi komputer termaju sebagai panduan umum. Walaupun ada di antaranya boleh dianggap agak terkehadapan tetapi ia tidak mustahil untuk dicapai dan dicipta oleh manusia.

Komputer akan mempunyai sifat kemanusiaan. Ianya dikatakan akan mempuyai sifat-sifat kemanusiaan seperti memahami arahan suara, kepenggunaan kehadiran maya (virtual presence) dan mengenal kelakuan atau emosi.

Peranti berfikiran sendiri

Peranti-peranti seperti telefon, jam tangan, ketuhar gelombang mikro, TV dan peti sejuk akan menjadi lebih bijak. Penggunaan pemproses seperti StrongARM, DragonBall dan pSOS akan dipermajukan untuk tujuan ini. Peranti-peranti ini juga dirangkaikan kepada rangkaian luar bagi menyediakan sebuah rangkaian bersepadu dan membolehkan para pengguna mendapatkan perkhidmatan tambahan.

Rangkaian akan menjadi lebih pintar. Sistem rangkaian yang akan diwujudkan mempunyai ciri-ciri seperti lebih pantas, sistem rangkaian rumah yang lebih pintar, berteknologi IPV4, talian digital dan intra sambungan’ dengan pelbagai peralatan telekomunikasi. Malah rangkaian anda menjadi sistem neural kepada sesebuah bangunan atau jentera bagi memeriksa keupayaan atau sebarang kerosakan padanya dan memberi maklumbalas kepada komputer utama.

Web menjadi bertambah bijak

Web akan memperkenalkan teknologi portal peribadi. penggunaan XML untuk menggantikan HTML dan penggunaan percarian menerusi imej atau QBIC (Query By Image Content).  Perisian-perisian untuk menghasilkan kandungan Web juga menjadi bertambah mudah dan lebih mampu menghasilkan animasi atau interaktif yang menarik.

Perisian pintar

Perisian-perisian akan nimenggunakan arahan suara, penggunaan bahasa semulajadi, menggunakan teknologi Neural Net. Perisian sistem pengoperasian rangkaian juga akan menjadi lebih pintar seperti Bayesian Networks yang mampu berfungsi sendiri. Sistem pengoperasian dan perisian rangkaian juga menjadi lebih proaktif dalam membaiki dirinya sendiri serta bijak mengimbangi beban kerja rangkaian.

Ekonomi Internet akan berkembang

Ekonomi Internet akan berkembang dengan pesat dan laman Web e-dagang akan menjadi satu agenda utama pada alaf baru. Dengan seramai 180 juta pengguna Internet seluruh,  jumlah yang bakal dibelanjakan dalam Internet adalah sebanyak AS$41 bilion menjelang 2005

Komputer generasi baru

Komputer akan menggunakan paparan Super XGA (1,280-by-1,024) untuk penghasilan monitor. Manakala paparan Roentgen iaitu sebuah paparan 16.3-inci dengan resolusi 2,560 x 2,048 dan paparan yang luas serta besar. Penggunaan LCD juga semakin maju dan mampu mencapai paparan XGA dengan luas paparan sehingga 29 inci.

Identiti Peribadi Digital

Maklumat diri akan menjadi lebih terbuka dan bebas. Akhirnya segala maklumat diri boleh dicari dengan mudah. Manakala maklumat dan transaksi dalam e-dagang pula akan dipertingkatkan. Ini akan membuatkan para Q pelanggan berasa selamat. Penggunaan kad pintar akan digabungkan bersama dengan kad kredit atau kad pengenalan peribadi untuk memudahkan integrasi maklumat boleh digunakan di seluruh dunia.

Ramalan pemproses

Menjelang tahun 201 l, mikroproses akan menggunakan satu bilion transistor dan beroperasi pada kelajuan 1OGHz serta menggunakan proses teknologi semikonduktor 0.07-mikron yang mampu melakukan kiraan 100 bilion operasi sesaat. Senibina pemproses PC juga akan ditingkatkan daripada 32 bit kepada 64 bit bagi meningkatkan tahap pemprosesan untuk PC.

Hiburan maya

Lebih banyak watak digital realistik dapat dihasilkan. Teknologi 3D dan aliran SIMD Extensions (SSE) akan dipermajukan. Ruangan Chat akan muncul dalam bentuk 3D chat dan dalam pembikinan pennainan pula DirectX 8.0 akan dihasilkan. Latarbelakang studio atau pentas juga akan menggunakan paparan maya bagi memberikan paparan yang menarik.

Indahnya kalam Allah
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. " 
(Surah al-Anbiyaa ;ayat: 31
Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 20 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 19 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 19 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment