≡ Menu

Kisah Pemuda yang Bernama Uzair

Kisah Pemuda yang Bernama Uzair

Pada suatu hari ketika Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini.

Sesudah memetik buah-buahan dia pun pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang di tungganginya sudah tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak di kenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri, sebaik saja dia sampai ke daerah itu di lihatnya kampung itu baru saja di serbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak binasa sama sekali.

Di tapak atau bekas runtuhan itu terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya di tambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu fikirannya mulai memikirkan r?ayat manusia yang sudah busuk itu.

“Bagaimanakah orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan di hidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat”. Begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tertidur terus menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.

Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah di dirikan. Dalam masa seratus tahun itu segala-galanya sudah berubah, manakala Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tiada bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang berulangnya sudah hancur lebur berderai.

Kemudian jasad Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu di susun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu di tiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga Uzair hidup kembali seperti dahulu. Uzair lalu duduk dan terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya yang di dalam keranjang dahulu.

Tidak berapa lama kemudian turunlah beberapa malaikat seraya bertanya: engkau ya Uzair berapa lama engkau tertidur? Tanpa berfikir panjang Uzair menjawab “Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari”. Lalu malaikat pun berkata kepadanya: “Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Di sinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas cahaya matahari, kadang-kadang di tiup badai dan hawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan-makanan engkau, tetap balk keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun telah hancur, dagingnya sudah busuk”.

Berkata malaikat lagi: “Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mad dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di hari akhirat untuk di periksa dan di adili segala perbuatannya. Hal ini di perlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain itu tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang di terangkan Tuhan tentang akhirat itu”.

Setelah Uzair melihat, makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka Uzairpun berkata: “Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah ber-kuasa ke atas tiap-tiap suatu”. Tiba-tiba keldai yang sudah hancur dan bercerai berai itu di lihatnya mulai di kumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhimya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka Uzair pun berkata: “Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa di atas segala-galanya”. Lalu dia pun terus mengambil keldainya dan terus menunggangnya pu-lang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk di kenali. Di lihatnya segala-galanya telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah di lihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukar-an akhirnya dia pun sampai ke rumahnya.

Di lihatnya segala-galanya telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah di lihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukar-an akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik saja dia sampai ke situ, dia mendapati rumahnya telah pun buruk di mania segala dinding-dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan di sekeliling rumahnya dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun terus bertanya “Inilah rumah Uzair?” “Ya” jawab perempuan itu. “Inilah rumah Uzair dahulu, tetapi Uzair telah lama pergi dan tiada di dengari beritanya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja”. kata perempuan itu sambil menitiskan airmata. “Sayalah Uzair jawab Uzair dengan pantas. “Saya sudah di matikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekarang saya di hidupkan oleh Allah kembali.”

Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata “Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu di makbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat”. Sambungnya lagi. “Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan Uzair. Kalaulah wan ini Thair maka cubalah tuan doakan pada Tuhan supaya mata saya ini terang kembali dan dapat melihat wajah tuan”.

Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang tua itu pun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang lemah dan tua itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah Uzair dia terus berkata: “Benar, tuanlah Uzair. Saya masih ingat”. Hambanya itu terus mencium tangan Uzair lalu kedua-duanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah Uzair yang perah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.

Berita itu bukan saja mengejutkan bangsa Israil, tetapi juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walaupun ketika itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya: “Saya masih ingat bahawa bapa saya (Uzair) mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia Uzair. Tanda itu memang ada pada lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagiannya lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka kata mereka kepada Uzair, bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut mem-bakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun di antara Bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali Uzair seorang saja. Kalau benarlah tuan Uzair cubalah sebutkan isi Taurat itu dengan betul”.

Uzairpun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu maka barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah Uzair. Ketika itu semua bangsa Israil pun percaya bahawa dialah Uzair yang telah mati dan di hidupkan semula oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan Uzair serta meminta dan panduan daripadanya.

Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap thair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada Mair mahupun Isa, kerana semua makhluk adalah kepunyaanNya belaka.

Janganlah kits was-was tentang kekuasaan Allah, kalau ada sesiapa yang masih was-was tentang kekuasaan Allah maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu Benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan.

Kalau masih ada orang-orang yang masih ragu-ragu tentang kekuasaan Allah ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami Al-Quran, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.

Allah s.w.t telah meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal kita itu untuk berfikir.

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

Leading Medical Device Company
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Single contributor roleBased in KL, Malaysia PURPOSE The successful incumbent will be responsible for expanding the company's business field in assigned region. He She...

FMCG Market Leader
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Reporting to the CFO, you will be responsible for finance decision support for their supply chain operations. This will include active partnership with Supply Chain an...

Robert Walters - Malaysia
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

About the. Senior Analyst, MFRS9 Project. role. In this highly critical role, you will be responsible for implementation of the new MFRS 9 framework as well as working closely wit...

Standard Chartered Global Business Services Sdn Bhd
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

Reporting & Monitoring. Design comprehensive tracking plan for the Retail Transformation capabilities (digital and non digital program) and align them to the waves. Coordinate eff...

Hong Leong Bank Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

Job Summary. Works closely with Head of EIM to lead the EDW Section consisting of a team of Data Modellers, ETL Developers & Operations Support and Teradata Specialist. Responsible...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

rahsia matikan dirikan
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment