≡ Menu

Kisah Asal Usul Azan

Kisah Asal-Usul Azan

Abdullah bin ‘Umar r.a. berkata: “Sewaktu kaum muslimin tiba tidak beberapa lama diMadinah, mereka berkumpul beramai-ramai untuk mengerjakan solat, oleh kerana diwaktu itu belum lagi ada satu cara pun untuk memanggil orang mengerjakan solat, lalu mereka pun bermusyawarah membicarakan tentang cara hendak memberitahu orang bahawa telah sampai waktu solat. Dalam masa bennusyawarah itu ada orang yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasarani dan ada pula orang yang mencadangkan supaya meniup seruling seperti yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi”.

‘Abdullah bin ‘Umar r.a. berkata lagi: “Setelah mendengar cadangan dari beberapa orang maka Umar r.a. berkata: “kenapa kita tidak suruh seseorang untuk mengajak mengerjakan solat?”. Setelah Rasulullah s.a.w. mendengar berbagai-bagai cadangan, maka Rasulullah s.a.w pun berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal! berdirilah kamu dan panggil orang untuk mengerjakan solaf’.

Rasulullab s.a.w mengajarkan cara azan yang berbunyi berikut: “Allahu Akbar Allahu Akbar, Asyhadu alla ilaaha illallah. Asyhadu alla illaaha illallah.Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Hayya ‘alash shalah. Hayya ‘alash shalah. Hayya ‘alal falah. Hayya ‘alal falah. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Laa ilaaha illallah”.

Kisah Bilal bin Rabah, pertama manusia yang memanggil untuk solat dalam Islam(Azan)

 

Incoming search terms:

lafadz adzan subuh
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: