≡ Menu

Khasiat dan Info Pokok Kapal Terbang

Khasiat dan Info Pokok Kapal Terbang

Pokok Kapal Terbang, Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.

Pokok Kapal Terbang atau juga dikenali sebagai Pokok Selaput Tunggul, pokok Jepun ataupun Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong dlm kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.

Tumbuhan ini asalnya daripada Hindi Timur, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Nama tumbuhan ini dalam Bahasa Melayu adalah pokok Jerman ataupun pokok Jepun. Nama-nama lain tumbuhan ini adalah Osmia odorata, Chromolaena odorata, rumpai Siam, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau. Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.

Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun. Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini. Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati. Kegunaan perubatan pokok kapalterbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja. Daun kapal terbang dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka itu. Selain daripada itu daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk mengurangkan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Caranya daun kapal terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan buih. Buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi.

Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalin menggunakan daun ini untuk bertunku. Khasiat daun kapal terbang ini juga herba mandian atau herba wap. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita. Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada baby nya melalui uri. Simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati). Ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.

Ia kadang-kadang ditanam sebagai tumbuhan perubatan dan hiasan. Ia digunakan sebagai ubat tradisional di Indonesia. Daun muda yang dihancurkan, dan cecair yang terhasil boleh digunakan untuk merawat luka-luka kulit.Dalam perubatan tradisional Thailand tumbuhan ini digunakan untuk merawat luka, ruam, kencing manis, dan sebagai penghalau.

– source

Incoming search terms:

manfaat daun pokok selaput tunggul
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment