php hit counter

Khasiat Cuka Epal

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Khasiat Cuka EpalPernah dengar mengenai cuka epal? Cuka epal atau Apple Cider Vinegar memang sudah ramai yang tahu mempunyai banyak khasiat sejak dari dahulu lagi. Ianya digunakan secara meluas sebagai salah satu tonik kesihatan oleh orang-orang Greek dan Mesir. Kalau di tempat kita, macam jamu lah. Namun begitu, khasiat cuka epal sangat berlainan dan unik berbanding jamu. Ianya sejenis cuka yang diproses di dalam air epal semulajadi yang telah diekstrak bakteria dan ragi.

Cuka epal digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada penggunaannya dalam masakan. Ianya dikatakan ubat di rumah yang membantu dalam pelbagai jenis penyakit. Antara khasiatnya ialah membantu memecahkan molekul lemak dalam badan. Hebat kan? Secara tidak langsung, ianya merupakan nutrien yang membantu dalam menurunkan berat badan dan mencegah risiko penyakit jantung, darah tinggi dan juga masalah obesiti.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Selain itu, ianya turut berkesan menyembuh masalah alergi disebabkan oleh persekitaran, jangkitan sinus, selsema, jerawatan, keletihan, sakit ulu hati, sakit tekak dan juga gout. Yang sebenarnya, cuka epal ini boleh dibuat sendiri dirumah. Caranya ialah dengan membuat cider epal atau air epal yang dimasak ranum dan mendidih.

Panaskan dan sejukkannya untuk menghalankan fermentasi berterusan sebelum disimpan dalam botol. Senang cakap, masak sampai mendidih dan kemudian sejukkan kemudian jerukkan di dalam botol. Bunyinya senang, namun prosesnya memerlukan ketelitian kerana langkah yang salah boleh menyebabkan cuka epal menjadi busuk dan berbau kerana proses fermentasi yang tidak lengkap atau sempurna.

Cuka epal juga masih mempunyai khasiat semulajadi epal seperti antioksidan yang membantu dalam kesihatan jantung, meningkatkan kesihatan membrane peparu dan mengekalkan tahap kolesterol badan yang stabil. Selain itu, ia juga berkesan sebagai ubat mengawal stress dan membantu dalam masalah insomnia yang kuat kerana kesannya yang melegakan psikologi individu. Namun begitu, ianya bukan alchohol yang memabukkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.