≡ Menu

Khasiat Buah – Buahan Dan Herba

Allah Taala menciptakan buah-buahan  yang munasabah pada setiap musim mengikut negara masing-masing. Setiap ciptaan Allah juga ada manfaat dah hikmahnya tersendiri. Bezanya, sama ada kita mengetahui manfaatnya ataupun tidak mengetahui. Di sini, ingin menerangkan serba-sedikit manfaat buah-buahan yang biasa kita makan…

1.     Limau

Buah limau ini baik untuk penyakit-penyakit sejuk dan kaya dengan vitamin D. Ia boleh menolong pembentukan kalsium di dalam tulang kita dan boleh mengelakkan dari terkena penyakit “Askarbut”.

Jus limau pula sangat elok untuk pembersihan dalaman iaitu menolong melancarkan air kencing dan membuang racun di saluran kencing dan meredakan kesakitan sewaktu membuang air kecil. Jus limau juga boleh menghilangkan dahaga, membuang kahak dan merendahkan suhu panas dalam badan.

2.     Delima

Merupakan salah satu dari buah-buhan yang terdapat di syurga. Ia banyak faedahnya, kulitnya dikeringkan serta dijadikan serbuk yang halus, digunakan sebelum memakan apa-apa makanan baik untuk melegakan luka di dalam perut, menghentikan cirit birit, menguatkan gusi apabila digunakan sebagai ubat gigi, boleh membersihkan luka apabila ditabur keatasnya. Manakala bijinya menghalang  kesukaran penghadaman.

3.     Zaitun

Zaitun banyak manfaatnya iaitu baik untuk sakit buah pinggang dan hati. Daunnya boleh menguatkan gusi dan sakit tekak, minyaknya pula elok untuk rambut gugur. Apabila di minum bersama secawan air suam di waktu pagi sebelum memakan apa-apa makanan, merupakan penawar bagi sakit hempedu dan kurang darah (enimia).

 4.     Buah Tin

Kaya dengan protin dan vitamin B dan D, sodium, kali(a)emia, kalsium, magnesium, zat besi, tembaga, phosphorus, iodine iaitu alkali.Baik untuk sakit buah pinggang, sakit dada. Kalau digunakan dengan berkumur-kumur baik untuk luka-luka mulut dan gusi serta julap. Penawar bagi sembelit, ubat bagi luka-luka dan bisul, caranya ambil buahnya yang telah dikeringkan, pecah atau hancurkan ia kemudian dimasak bersama susu, selepas ia sejuk letakkan di tempat luka dan balut, amalkan tiga kali sehari.

 5.     Limau Nipis

Limau nipis yang dimasak sehingga mendidih sesuai untuk melegakan batuk juga penawar bagi penyakit cirit-birit apabila diminum dua biji jus limau nipis bersama setengah cawan air.

Ia juga baik untuk penyakit tekak dan daging kiri dan kanan tekak dengan cara berkumur di tekak. Juga berguna untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan dengan cara merendamkannya bersama jintan kemudian dimasak beberapa jam. Elok diminum sebelum memakan apa-apa makanan diwaktu pagi.

6.     Babunag (البابونج)

Sejenis Tumbuhan yang tidak terdapat di Malaysia. Ia hanya terdapat di negara Timur Tengah, Contohnya di Mesir.

Sejenis tumbuhan yang mempunyai bunga kuning , baik untuk sakit perut, mengecutkan usus, ramatizium, pening kepala, pening yang menjangkau selama setengah bulan

Baik untuk penyakit pedih ketika kencing, sakit ketika haid, iaitu dengan cara ambil sesudu kecil babunag di letakkan di dalam semangkuk air lalu dimasak dan ditutup selama lima minit, diminum ketika panas. Bagi penyakit usus dan perut diminum  ketika sejuk dan elakkan dari menghisap rokok, minum teh dan kopi.

Kalau dibasuh dan mandi menggunakannya baik untuk penyakit kelopak mata, penyakit anggota badan dan ia juga boleh mengumpulkan serangga-seranggan beracun. Berkumur dengannya baik untuk daging kiri dan kanan tekak dan juga mulut. Baik untuk rambut dan membuatkan rambut menjadi warna keemasan. Wapnya baik untuk tekak, batuk, suara serak, sakit telinga dan sakit mata. Serbuknya baik untuk selsema dan apabila serbuknya ditabur di atas penyakit kulit seperti ekszima, bisul, penyakit kuku (onychia) boleh menyembuhkan penyakit tersebut.

 7.     Jemuju (الينسون)

Jemuju (الينسون)

Boleh mencergaskan dan menguatkan hati dan pernafasan serta otak. Elok untuk proses penghadaman, pening kepala, batuk, asma, penyakit di rongga-rongga, sakit ketika haid, cirit-birit besar dan kecil, kembung perut, memudahkan keluar susu ketika menyusu anak, ia juga menguatkan sistem pengadaman bagi golongan tua, manakala bagi wanita yang putus haid baik untuk menguatkan  ovari.Ia juga memudahkan keluar anak ketika bersalin. Minyaknya pula baik untuk membunuh segala parasit di kepala.

8.     Zu’tar (الزعتر)

Zu’tar (الزعتر)

Boleh mengurangkan sakit perut dan hati, menghalang dari jangkitan penyakit, mencergas dan menguatkan badan

.Baik untuk sistem saraf, ketika datang haid, telinga berdengung dan pening kepala

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

AIA Careers
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Job Description. Ability to lead and manage ISO related activities and implement ISO to the organisation. To prepare and review related documents for ISO certification and audit p...

Uber
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 23 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Senior Back End Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Back End Developer. You will write robust, high quality, and production ready c...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

khasiat buah jemuju,buah jemuju,jemuju,cuci buah pinggang,khasiat air jemuju,gambar buah jemuju,pokok jemuju,apa yang boleh diminum,cuci buah pinggang cara tradisional,penyakit risa,luka dalam tekak makanan yang sesuai,BUAH YANG BOLEH MELANCARKAN AIR KENCING,herba yang baik untuk buah pinggang,jus cuci buah pinggang,kembang semangkuk sesuai ka untuk rahim,minuman untuk cuci rahim,obat hurix!s,penawar penyakit risa,rawatan alami penyakit risa,rupa pokok jemuju,sebap2 sakit buah pingang,ubat tradisional cina untuk buang kuning baby,air yang boleh cuci perut,jenis harba menyembuh buah pinggang,amalan mencergas tubuhbadan,buah buahan kampung,buah buahan untuk zakar,buah kembang semangkuk besarkan zakar,buah tembikai dan lemon baik untuk zakar,buah untuk hilangkan bisul,buahan penawar sakit saraf,cara mencuci buah pinggang secara tradisional,herba cina gugur kandungan,herba untuk menguatkan buah pinggang,imej jemuju,jemuju/lemuju,ubat untuk sakit pinggang secara kampung
{ 6 comments… add one }
  • noor elliza bt ilias April 9, 2013, 4:35 am

    salam, sy nk tanye pasal jemuju.. cam ne nk proses untuk memasak jemuju tersebut? perlu di rebus atau bagaimana? atau hanya perlu menggunakan minyak jemuju yg terdapat di pasaran? jika minyak nya, bagaimana dengan cara penggunaan nya? mohon jasa baik admin untuk mengantar emel ke email address saya seperti di atas.
    kerjasama admin adalah dihargai.

  • zuhairi January 11, 2015, 4:30 pm

    KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

    3 BAHAN AKTIF PENTING

    FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

    SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

    BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

    Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

    Mengurangkan tahap gula dalam darah
    Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
    Memperbaiki kelancaran peredaran darah
    Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
    Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
    Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

    Fungsi-Fungsi Utama Saponins
    Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
    Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
    Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
    Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
    Melancarkan sistem saluran pernafasan
    Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
    Memperbaiki sistem peredaran darah
    Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
    Mengelakkan kemabukan dan keracunan
    Mententeramkan fikiran dan otak

  • zuhairi January 11, 2015, 4:31 pm

    Salam…Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30….cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak…melancarkan darah…buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..kesan lebih hebat berbanding tongkat ali…cuci buah pingang..kurangkn kolestrol..kurangkan darah tingi..buah ni.selamat di makan…amalan orang terdahulu untuk kesihatan..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah yg sy jual adalah asli…bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany….sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan…

  • ash April 10, 2015, 1:54 am

    Apesal tiap kali aku google dlm internet takde maklumat pasal buah atau mimuman yang baik untuk asma?org skit asma ni mmg x boleh mkn ape2 lg dh ke?bagilah info sikit…

  • Syah Ryn April 10, 2015, 9:15 am
  • vb centella September 2, 2016, 3:04 am

    My brother suggested I might like this web site.

    He was entirely right. This post actually made my
    day. You can not imagine simply how much time I had spent for this information!
    Thanks!

Leave a Comment