≡ Menu

Kesimpulan Kesenian

Kesimpulan Kesenian

Seni adalah reproduksi dari apa yang disingkapkan oleh perasaan-perasaan dalam alam melalui kerodong jiwa” : Edgar Allan Poe

Bukan mudah menilai seni. Kehalusan ciptaan Tuhan dan keindahan disemadikan dalam satu kenangan yang begitu tinggi dan tidak ternilai bagi yang sentiasa ingin menilai. Kornea mata melihat dengan hambar menilai seni yang cantik dikatakan kasar. Dan kecantikan yang terselindung hanya dapat dirungkai oleh mata hati yang menilai.

Apresiasi seni yang cuba kami gambarkan ini adalah terlalu kecil berbanding ruang lingkup seni itu sendiri yang terlalu besar. Perbahasan ini bukanlah bertujuan menghurai keseluruhan keindahan kurniaan Ilahi, akan tetapi agar kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah yang telah dihadiahkan kepada kita.

Perbahasan ini juga adalah gambaran dan sedikit penjelasan kepada hukum yang telah ditentukan terhadap ‘area dan binaan lainnya. Juga menjelaskan pandangan agama berhubung konsep fotografi yang biasa kita amalkan. Begitu juga dengan binaan arca, ukiran patung dan banyak lagi konsep kesenian. Sebagaimana dijelaskan corak kesenian dari segi seni halus dan seni bina, seni lukis, seni yang menggunakan pelbagai corak tampilan dan banyak lagi. Huraian seni yang luas ini termasuk seni suara, seni ukir, seni bahasa melalu kinayah, syair dan balaghah, seni fhoto yang telahdihuraikan hukum dan amalannya dan banyak lagi cabang seni yang tidak mampu dihuraikan dalam ruangan seringkas ini.

Kesenian yang terhasil ini lantaran pemikiran antara kita yang selalu menghayati nikmat dan kurniaan kehidupan. Sebenarnya, kita dikelilingioleh aspek-aspek kesenian yang begitu luas. Pandanglah di sekeliling kita. Ukiran di tembok, ataupun gambar bersama rakan-rakan, atau wajah ulama’ yang kita semadikan dalam ruang kamar kita. Ataupun alunan nasyid yang kita dengari, rancangan keagamaan yang  kita tontoni juga aiunan al-Quran yang kita baca sendiri ataupun penyemadian dalam hati dengan bacaan ulama’ muktabar kini seperti Syeikh Jibril ataupun Al-Ghamidi. Semua itu adalah dalam lingkungan keluarga seni yang beredar di sekeliling kita.

Bersamalah kita menilai dan menghargai anugerah kurniaan Tuhan. Dan hasil nilaian itu kita gunakan sebaiknya untuk sentiasa menjaga diri daripada terjebak ke dalam lembah yang tidak diredhai, dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang ditegah tanpa kita sedari. Mengagumi seni yang terhasil tanpa emosi kerdilnya diri di hadapan llahi adalah satu kesilapan buat diri. Tanpa kesedaran mungkin kita akan terlabih mengagungkan sesuatu yang tidak patut untuk diagungkan. Apa guna taasub pada nama, atau artis glamour, sedangkan itu semua adalah racun dunia. Apa yang penting buat kita ialah, sentiasa merujuk terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, bimbang kesilapan kecil meletakkan kita ke lembah kehinaan. Seni adalah anugerah Ilahi yang perlu dikagumi, tetapi meletakkan tempat yang terlalu tinggi buat seni yang terhasil atau karyawan seni hingga menyamai keagungan Tuhan adalah fahaman yang perlu dijauhi.  Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan tetapi jangan angkuh dengan kurniaan kerana keangkuhan itulah senjata syaitan.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

PostgreSQL Database Programmer and Administrator (DBA). Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced PostgreSQL Database Programmer. Administrator. You will p...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 27 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 25 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

kesimpulan seni,apa kesimpulan seni,kesimpulan seni halus,kesimpulan tentang seni
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: