≡ Menu

Kenapa Aku Ingin Bertaubat?

taubat

Sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Ash‘ari r.a., maksudnya: “Sesungguhnya Allah membuka ‘tanganNya’ pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu siang dan membuka tanganNya’ pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini (penerimaan taubat) berterusan sehinggalah matahari terbit dari barat (kiamat) (Riwayat Muslim)
 
Alhamdulillah, segala pujian kita panjatkan kepada Allah atas nikmatNya yang tidak terhitung. Selawat serta salam buat sebaik-baik ikutan, Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita maka terpilihlah pula kita sebagai sebaik-baik umat.
 
Mutiara Tasawuf kali ini akan membahaskan tajuk berkaitan taubat. Apa pengertiannya? Dan bagaimana pula cara-cara apabila terdetik di hati untuk melangkah ke pintu gerbang taubat?
 
Definisi Taubat
 
Taubat menurut bahasa ialah kembali. Manakala menurut syarak pula ialah kembali daripada sesuatu yang ditegah oleh Allah s.w.t. kepada sesuatu yang terpuji di sisi Allah s.w.t. Pendapat lni turut dinyatakan oleh Sheikh Abdul Qadir Isa dalam karyanya Haqaiq al-Tasawuf. Berikut lalah takrif taubat menurutperbahasan dan pandangan para ulama sufi yang telah melalui perjalanan makrifat mereka menuju Allah s.w.t. [lihat jadual]:
 
Taubat Seorang Menteri
 
Imam al-Qushairi berkata: “Aku mendengar Abu ‘Amr al-Anmati menceritakan bahawa satu ketika seorang menteri yang bernama Ali bin Isa sedang menunggang kuda kebesarannya dengan memakai pakaian hebat dalam suatu perarakan yang dihadiri ‘ramai rakyat. Ia telah menimbulkan kekaguman di mata manusia yang melihatnya.
 
“Orang ramai di situ berbisik sesama mereka dengan bertanya: ‘Siapakah pembesar yang begitu hebat ini?’ Tuba-tiba, seorang wanita menjawab dan didengari oleh Ali bin Isa. Kata wanita itu: ‘Jika kamu bertanya siapakah lelaki hebat ini, ketahuilah bahawa dialah seorang hamba Allah yang sedang jatuh daripada pandangan Allah dan Dia sedang mengujinya dengan sesuatu yang tidak kekal ini!’
 
“Rupa-rupanya perkataan wanita tersebut telah memberi kesan ke dalam jiwa Ali bin Isa, lalu dia pulang dan bertaubat kepada Allah.
 
b
 
Sebab Ingin Bertaubat
 
Dr. ‘A’id Abdullah al-Qarni dalam karyanya al-Jannah al-Ma’wa telah menyatakan bahawa antara sebab-sebab yang mampu membangkitkan keinginan seseorang untuk segera bertaubat kepada Allah s.w.t. ialah:
 
1. Mengingati mati
 
Ingatan yang mendalam terhadap kematian dan kehidupan bersendirian di alam kubur mampu membangkitkan rasa ingin bertaubat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana kematian itu akan menyamakan taraf antara orang kaya dengan miskin, dan antara penguasa dengan hamba,maka ia mampu membangkitkan rasa ingin bertaubat dalam diri manusia yang berdosa.
 
Benarlah apa yang dinyatakan oleh ulama sufi yang terkenal iaitu Abu Abdul Rahman Hatim ‘Ulwan (Iebih dikenali sebagai Hatim al-Asom) bahawa zikr al-maut itu mampu menimbulkan keinginan untuk segera bertaubat.
 
Beliau berkata: “Tidak berlalu satu pagi pun kecuali syaitan datang membisikkan kepadaku (dan kepada semua anak Adam agar sentiasa terpaku dengan dunia dan menangguhkan taubat kepadaNya) dengan pertanyaan: ‘Apa yang akan engkau makan untuk mengisi perutmu, apa yang engkau akan pakai untuk perhiasan dirimu dan ke mana arah tujuanmu pada hari ini?’
 
“Lalu aku (Hatim) menjawab: ‘Aku pasti akan makan (menemui) kematian, memakai pakaian kafan serta menuju ke kubur (sebagai pementian terakhir di dunia). (Disebabkan keyakinanku terhadap tiga perkara yang sentiasa dibisikkan oleh syaitan kepada anak Adam), maka ia (syaitan) lari daripadaku!'”
 
2. Mengingati nikmat dan azab yang dijanjikan Allah kepada hambaNya
 
Mengingati balasan kekal seperti syurga yang penuh dengan kenikmatan dan neraka yang penuh dengan azab sengsara  menerusi janji Allah s.w.t. terhadap para hambaNya juga mampu membangkitkan keinginan untuk menyegerakan taubat kepadaNya. Apabila seseorang hamba melazimi mengingati balasan yang akan diterima olehnya pada hari yang dijanjikan Allah s.w.t., pasti mereka akan lebih ingin bersedia menghadapi janji-janjiNya yang benar.
 
Inilah satu-satunya jalan pembukaan kepada hidayah dan pimpinan daripadaNya. Menerusi taubat, pasti kehidupan seorang hamba itu akan kembali kepada hakikat kehambaan-Nya yang sebenar.
 
Benarlah perkara yang dinyatakan oleh Yahya bin Mu‘az al-Razi:
 
“Beruntunglah bagi sesiapa yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, membangunkan kuburnya (bertaubat dan bersiap sedia dengan amalan) sebelum dia memasukinya dan reda kepada Rabnya sebelum dia menemuiNya.” Wallahu a‘lam.
DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

Clothing/ Fashion/ Garments Industry
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Job summary. Our respected client is currently seeking for an experienced tooling manager with relevant experience within the rubber moulding or technical injection mo...

Business Service Industry
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Job Responsibilities Responsible to manage and drive the full spectrum of Human Resources & Administration functions with emphasis on strategic manpower planning, recr...

Digital Marketing/PR Agency
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Media Operations Director is an interesting role that will expose the winning candidate to the challenges in strategizing and executing the best solution on digital ma...

Construction Industry
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Our respected client is currently seeking a qualified accounts executive with a minimum 3 years' experience in related field for the job of Accounts Executive. The job...

Business / Consulting Services Industry
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Reporting to head of the business unit, you will be required to understand the business requirement from various key stakeholders and translate it into technical funct...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment