≡ Menu

Keberkesanan Pemasaran Video Beats by Dre

Video Beats by DreVideo Beats by Dr Dre – ‘The Game Before The Game’ merupakan salah satu video pemasaran musim sempena Piala Dunia 2014 yang sangat berjaya pengiklanannya dan paling tinggi ditonton iaitu lebih 22,212,302 kali.

Ini link video untuk menonton Beats by Dre – The Game Before The Game.

Sebagai manusia, kita akan sentiasa memberi perhatian kepada muka. Ini adalah fungsi otak untuk mentafsir maklumat dan membuat keputusan menggunakan apa yang kita lihat pada ekspresi manusia lain.

Jadi, melihat wajah yang bercakap dalam video ini selain menonton teks sebenarnya menarik perhatian kita kerana kita diprogramkan dengan cara itu. Bahasa badan dan emosi yang disampaikan terlekat pada kita dan jika kita meminati emosi itu, ia akan dikongsikan secara viral.

Banyak maklumat tersurat dan tersirat disampaikan dalam video ini. Neymar yang merupakan pemain bintang Brazil menghayati pesanan ayahnya dengan teliti. Suara bukan sahaja rangsangan tambahan yang menarik perhatian kita, ia juga berfungsi sebagai satu cara untuk menyampaikan mesej dan ia bernafaskan makna kehidupan.

Video ini juga menyampaikan beberapa mesej-mesej kemanusiaan. Mesej kepada pemain bola dan juga penonton adalah kita perlu memberi dengan sepenuhnya usaha kita dan selebihnya adalah peraturan dan pergantungan kita kepada kuasa Tuhan. Ia juga membawa mesej perpaduan, bersama-sama menyebarkan keseronokan dan menjayakan acara Piala Dunia.

Semangat patriotik untuk meningkatkan martabat negara melalui perjuangan sukan juga disuntik di dalam video ini. Mesej yang paling menyentuh hati adalah kasih sayang dan perhubungan antara Neymar dan ayahnya. Ia memaparkan bagaimana dorongan dan sokongan padu seorang bapa untuk anak kesayangannya dalam mencapai impian dan kejayaan di salah satu sukan teragung di dunia, bola sepak Piala Dunia 2014.

Kelebihan video ini membuat kita rasa teruja dan teransang adalah pengisian maklumat dan emosi yang berjaya menyentuh berbagai sentimen masyarakat tidak kira golongan umur mereka.

Beats by Dre : Strategi Pemasaran ‘Old School’ Kepada Generasi Baru

Apakah itu Beats?

Beats Electronics adalah pengeluar produk audio dari California, Amerika Syarikat yang ditubuhkan oleh penyanyi rap dan hip-hop Andre “Dr Dre” dan Pengerusi A & M Rekod Jimmy Lovine.

Produk Beats tertumpu kepada fon kepala (headphones) dan pembesar suara (speakers) yang dipasarkan di bawah jenama Beats by Dr Dre. Produk ini terkenal kerana meletakkan penekanan yang berat pada bunyi bass yang membolehkan
pendengar menjiwai keseluruhan elemen sesuatu muzik.

Beats by Dre : Strategi Pemasaran ‘Old School’ Kepada Generasi Baru

Bagaimana Beats merevolusikan headphones?

Semuanya bermula dengan gambaran yang generasi muzik kini tidak menghayati muzik sepenuhnya kerana menggunakan earphones yang kecil atau hanya speaker dari laptop untuk mendengar muzik. Sebagai Pengasas, Jimmy Lovine dan Dr Dre mengambil peluang ini untuk menangani kekurangan penghayatan muzik segmen ini dengan memperkenalkan headphones mewah di bawah jenama mereka Beats.

Pada bulan Mei 2014, Beats yang mempunyaisaham yang luar biasa iaitu 62% daripada pasaran USD $1 bilion untuk headphones berharga lebih daripada USD $100, telah diambilalih oleh Apple dengan jualan USD $3.2bn. Beats telah mewujudkan satu pasaran headphones mewah dari permulaan perniagaannya pada 2008.

Jadi bagaimana Beats telah ditubuhkan dengan begitu cepat?

Faktor-faktor kejayaan asas Beats adalah formula pemasaran yang agak biasa (Old School):

Fokus

Tunggak utama jenama Beats adalah budaya yang merangkumi sukan, muzik, fesyen dan seni danmewujudkan perbualan sekitar topik-topik ini.Pendekatan ini terbukti berjaya membina emosi dan hubungan yang kuat dengan sasaran belia.

Ketulenan (Authenticity):

Beats tahu apa maksudnya mempunyai visi yang jelas. Beats dibina di atas keghairahan (passion) yang mendala oleh pengasasnya untuk tidak henti-henti menyebarkan maklumat tentang kelebihan produknya walaupun terdapat kritikan dari orang lain.

Penjenamaan ikonik (Iconic branding):

Penggunaan logo, design tin besar, warna-warna menarik, speakers berbentuk Pil (ubat), semuanya mendapat perhatian pelanggan dan mereka bercakap tentang keunikan konsep yang mudah tetapi menarik. Beats berjaya menggunakan strategi ini di mana pelanggan membuat pemasaran untuk Beats dengan bercakap secara sendiri tentang kelebihan produk ini.

Selebriti:

Pengendorsan selebriti tidak semestinya berbayar tetapi mendapat orang yang betul untuk menggunakan produk menjadi keutamaan strategi Beats. Dan strategi pemasaran ini sangat membantu kerana 2 pengasasnya sendiri sangat berpengaruh dalam dunia muzik global Dengan ini memang nyata, apabila anda mempunyai visi yang jelas dan fokus, ia memberi anda tumpuan untuk penjanaan idea yang bernas. Dan inilah satu-satunya cara untuk bekerja dengan pengasas yang termasyhur yang juga berfungsi sebagai pelanggan dan pengarah kreatif dalam syarikat.

Kerja-kerja kreatif dibina di atas keyakinan dan penampilan imej jenama Beats. Mungkin beberapa kempen rasanya seperti iklan Nike tetapi idea Beats tetap segar, tidak seperti iklan-iklan headphones atau speakers yang pernah anda lihat.

Kisah Beats by Dre adalah bukti kepada kuasa pemasaran untuk mewujudkan nilai kepada pelanggan. Pelanggan dapat berpengalaman menghayati muzik dengan sebaiknya. Strategi keyakinan diri, penjenamaan ikonik, pengendorsan selebriti dan sasaran belia bandar yang ‘cool’ telah mencipta satu fenomena global.

Pemasaran ini mungkin ‘Old School’ tetapi ia sungguh berkesan dan berimpak sehinggakan Beats berjaya mencapai jualan yang tinggi dalam masa yang singkat. – Ao Tribe

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

SAP
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jul 2017

Requisition ID. 149110. Work Area. Customer Service and Support. Expected Travel. 0. 10. Career Status. Professional. Employment Type. Regular Full Time. Career Level. T3. Recruit...

SAP
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jul 2017

Requisition ID. 149111. Work Area. Sales. Expected Travel. 0. 50. Career Status. Professional. Employment Type. Regular Full Time. Career Level. T4PF. Recruiter Name. My Tran. COM...

SAP
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jul 2017

Requisition ID. 147874. Work Area. Consulting and Professional Services. Expected Travel. 0. 30. Career Status. Professional. Employment Type. Regular Full Time. Career Level. T2....

SanDisk
  |  (Unspecified city), Penang
 - 20 Jul 2017

Req ID. 31241. SanDisk , a Western Digital brand, has been expanding the possibilities of data storage for more than 25 years giving businesses and consumers the peace of mind that...

Resorts World Genting
  |  Genting Highlands, Pahang
 - 19 Jul 2017

Genting Malaysia Berhad. Genting Malaysia is a leading multinational conglomerate that is principally involved in the leisure and hospitality business covering theme parks, gaming...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment