≡ Menu

Kartunis Datuk Lat kini dirawat di ICU Kerana Masalah Jantung

IPOH: Kartunis tanah air, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di sini dipercayai kerana masalah jantung.

Adik beliau, pengarah filem, Mamat Khalid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Abang saya dimasukkan ke ICU pagi tadi dan keadaannya ketika ini stabil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata Lat, 65, dimasukkan ke hospital minggu lepas kerana masalah jantung namun dibenarkan keluar Selasa lalu, sebelum dimasukkan semula ke ICU pagi tadi.

source

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment