≡ Menu

Istimewanya Hari Jumaat

Istimewanya Hari Jumaat

Begitu besarnya erti jumaat ini, adalah jamaah.Erti jamaah itu, adalah jamak. Erti jamak itu, adalah berkumpul!.Erti berkumpul itu, adalah dari yang banyak jadikan kepada satu. Erti satu (esa) itu, adalah Allah Taala.

Jumaat itu, ertinya berkumpul. Hari jumaat itu, ertinya hari berkumpul.

Alam terjadi pada hari jumaat (hari berkumpul), ertinya Alam ini terjadi daripada berkumpulnya zat, sifat, afaal dan asma’. Setelah berkumpul 4 sifat itu, maka terjadilah alam.

Berakhirnya alam ini juga, adalah pada hari jumaat (hari berkumpul). Setelah berkumpul zat, sifat, afaal dan asma’ (4 sifat) maka kembalilah semula alam ini kepada Allah. Setelah kembali semua yang berkumpul kepada Allah, maka itulah kiamat!. Dari yang banyak kepada yang satu dan dari yang satu kepada yang banyak. Iaitu datang dari Allah, kembali juga kepada Allah. Dari jumaat kembali kepada jumaat. Itulah kiamat.

Al-Quraan turun pada jumaat (hari berkumpul yang banyak kepada yang satu).Dari berkumpulnya titik yang satu menjadi huruf-huruf yang banyak. Manakala dari huruf yang banyak pula, kembali berkumpul menjadi satu!. Terjadinya Al-Quraan itu, adalah dari berkumpulnya sekalian huruf, becantumnya sekalian makna dan berhimpunnya sekalan erti, maka jadilah Al-Quraan.. Setelah berkumpul, bercantum dan berhimpunnya titik yang satu menjadi huruf yang banyak, maka terjadilah Al-quran.

Penghulu Segala Hari

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu

1) Allah ciptakan Adam ,

2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,

3) Allah mematikan Nabi Adam,

4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi is tidak meminta sesuatu yang haram.

5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan. Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hail yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.” Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid .

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: ” Wahai Malaikat-Ku; demi kemuliaan dan kebesaran-Ku; sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan

1. Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya itu turut dimuliakan umat Islam.

2. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Moga perkongsian Istimewanya Hari Jumaat – Penghulu segala had ini bermanfaat. Moga kita dapat sama-sama beramal kearah kebaikan.

Uber
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 11 Dec 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  George Town, Penang
 - 12 Dec 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 12 Dec 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Singtel
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 05 Dec 2017

The primary purpose of this role is to provide exceptional operational support within a small onsite team of Tier 3 Operational technical specialists in the delivery of managed ser...

Singtel
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 05 Dec 2017

Roles & Responsibilities. Reports to local team leader and Australian based project stake holders. Responsible for the provision of effective leadership and management of multiple...

SanDisk
  |  (Unspecified city), Penang
 - 05 Dec 2017

Req ID. 32633. Western Digital. We deliver the possibilities of data. YOU define what's possible. 1) To perform planning for SMT, DP IN, BG, DP OUT shiftly plan in order to meet ou...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment