php hit counter

Imej Diri Melalui Graphologi(Kajian Tulisan)

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Imej Diri Melalui Graphologi(Kajian Tulisan)

Sesetengah berpendapat, jika tulisan berubah-rubah bermakna kita tidak tetap pendirian. Hakikat yang sebenar, tulisan mencerminkan peribadi kita, kita boleh mengubah tulisan kita dan mengubah peribadi  kita untuk menuju kecemerlangan hidup. Menurut salah seorang pakar motivasi di negara kita iaitu Dr. Fadillah Kamsah yang telah menéliti dan membuat kajian mengenai bentuk tulisan yang dihasilkan  oleh setiap individu akan mencerminkan peribadi pemiliknya. Beliau telah menggariskan jenis-jenis peribadi melalui tulisan yang dibentuk seperti berikut:

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat.

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.

– Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.

– Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah
sakit.

Kedua: Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf itu tulis dengan bulat

– Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp

– Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logikal)

Ketiga: Kecondongan

i. Condong ke kanan

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

– Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri

– Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara  tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak

– Sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan, tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambiljalan tengah

iv. Campur-campur

– Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat: Kerapatan

 i. Jarang-jarang

– Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat

– Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima: Pada huruf, G,Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempuma

– Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna

– Tak pandai mempamerkan emosi, kurang  rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi

– Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah

– Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah

– Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.