≡ Menu

Iktikaf: Iktikaf Sunnah yang semakin dipinggirkan

Iktikaf Iktikaf Sunnah yang semakin dipinggirkan

Rukun Iktikaf

Orang yang mengerjakan iktikaf

Syarat orang yang mengerjakan iktikaf ialah Islam, baligh, suci daripada haid dan nifas serta suci daripada janabah.

Tempat iktikaf

Syarat bagi tempat iktikaf ialah masjid kerana Nabi s.a.w, semua isteri dan sahabat Baginda beriktikaf di dalam masjid dan serambinya yang dikira sebahagian dari masjid atau di dalam anjungnya, di batasan atapnya, sama ada masjid itu masjid jamik ataupun bukan jamik. Walau bagaimanapun iktikaf di dalam masjid jamik lebih utama.

Syarat bagi tempat iktikaf itu, buminya bukan muhtakarah (tidak memiliki atau dikuasai oleh pihak tertentu). Adapun jika buminya muhtakarah, tidak sah iktikaf tersebut melainkan jika dibuat sebagai panggung, binaan atau batu kemudian diwakafkan kepada masjid.

Berhenti

Syarat bagi berhenti di dalam masjid ialah lebih daripada kadar tamakninah dalam sembahyang sama ada diam anggotanya ataupun berulang-ulang dan sama ada berpuasa ataupun berbuka. Tidak memadai berhenti sekadar tamakninah sembahyang atau kurang daripadanya. Lalu di masjid tidak dikira beriktikaf mengikut pendapat yang muktamad. Sunat bagi seseorang yang beriktikaf mengulangi niat iktikafnya setiap kali masuk ke dalam masjid supaya memperoleh fadilatnya.

Niat

Syarat bagi niat iktikaf ialah berserta dengan berhenti. Jika iktikaf itu fardu dengan sebab nazar, maka wajib berniat fardu supaya berbeza daripada iktikaf sunat. Tidak disyaratkan menentukan sebab fardu iaitu nazar. Apabila seseorang berniat iktikaf secara umum seperti tidak ditentukan masa, maka memadai berniat iktikaf walaupun lama tempoh terhenti di masjid.

Jika seseorang itu keluar dari masjid tanpa berniat kembali ketika keluar, selepas itu dia kembali semula, maka dia wajib memperbaharui niat kerana iktikaf yang telah lalu itu ialah ibadah. Maka, terputus ibadah itu dengan sebab keluar walaupun keluar kerana qada hajat. Berbeza jika seseorang berniat kembali ketika tidur, maka dia tidak wajib memperbaharui niat kerana tidak putus iktikafnya yang telah lalu walaupun tempoh masa keluarnya lama.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

AIA Careers
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Job Description. Ability to lead and manage ISO related activities and implement ISO to the organisation. To prepare and review related documents for ISO certification and audit p...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Senior Back End Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Back End Developer. You will write robust, high quality, and production ready c...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 23 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment