≡ Menu

Ikhlas

 “Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”

[Surah Al-Bayyinah :5]

Salah satu dari ‘Hiasan Hati’ (sifat-sifat yang terpuji) adalah  IKHLAS” 

“IKHLAS” ertinya melakukan sesuatu pekerjaan yang baik dengan tujuan semata-mata hendak mendampingkan diri kepada yang empunya alam ini (Allah). Sebesar-besar  kerugian bagi mereka yang tidak mengikhlaskan pekerjaannya penat dan sia-sia sahajalah segala amal pekerjaan yang dilakukannya, sekiranya didapati juga tujuannya untuk mendapatkan sesuatu di dalam dunia ini.

Dan keikhlasan itu juga dapat dirasakan dari seketul daging didalam tubuh jasad anak Adam dan itu adalah qalbu (hati).

 “Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” maksud Hadis.

 

Tentang ikhlas itu sendiri. Menumpukan niat bagi setiap ibadat atau kerja yang dilakukan semata-mata kepada Allah atau kerana Allah dan membersihkan hati dari dosa riak , ujub atau inginkan kepujian manusia. Dan ini adalah bagi orang-orang yang beriman.

Ketahuilah segala yang ada didalam dunia ini akan hancur, didalam Surah An-Nahl ayat 96 Allah Swt berfirman,

“Apa yang ada disisi mu akan binasa dan apa yang ada disisi Allah akan kekal”.

Seperti keterangan yang pernah saya terima dari seorang sahabat yang menjelaskan “Memang menjadi hukum alam sesuatu yang TIDAK hak/ikhlas akan hancur bila tiba waktunya.”

Dengan sebab itu Allah memerintahkan bagi hamba-hamba yang disayangiNya supaya mengikhlaskan hati dalam melakukan apa sahaja amal ibadat dialam dunia ini. Hamba yang bijak lagi bertuah sahaja yang dapat melakukan keikhlasan dengan bersungguh-sungguh.

 

Berkata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala

“Allah Swt ada mempunyai hamba-hamba yang berakal, apabila sudah berakal mereka itu beramal. Apabila sudah beramal mereka itu berikhlas. Maka ikhlas itulah yang menarik segala pintu kebajikan semua sekali.

 

Berkata Saidina Mu’adz RA

“Hendaklah engkau ikhlas pada ugama nescaya memada engkau dengan amal yang sedikit.”

Firman Allah didalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5 maksudhya:

“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”

Firman Allah didalam hadis Qudsi yg bermaksud:

“Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku, aku taruhkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba-hamba ku.”

 

Dan ikhlas itu mempunyai tiga darjat

  •  Darjat yg pertama: Bahawa mengerjakan oleh hamba akan amal ibadat semata-mata menjunjung perintah Allah Swt.
  •  Darjat yg kedua: Iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadat kerana menuntut pahala dan kerana lari dari siksa.
  •  Darjat yg ketiga: Ikhlas yang lebih rendah iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadat supaya memuliakan Allah Swt akan dia didalam dunia atau supaya selamat dia daripada kebinasaan dunia; misalnya membaca ia Surah An-Nas supaya dipelihara akan dia daripada waswas syaitan.

 

Selain daripada tiga darjat ini tiada dinamakan ikhlas bahkan adalah ia riak.

Ringkasnya IKHLAS itu ialah roh segala pekerjaan. Segala sesuatu yang dilakukan dengan keikhlasan akan menjadi benteng kapada keutuhan yang berterusan dan akan membuahkan hasil yang tenang, bahagia, syukur, bersungguh-sungguh, aman, damai, tenteram, tidak jemu, nikmat dan akan dapat dirasakan kelazatan dan kemanisannya dengan keikhlasan yang dicurahkan

Incoming search terms:

bermula ikhlas itu adalah dari suatu rahsia
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment