≡ Menu

Hikmah, Faedah dan Jenis Sumpah

Hikmah

Alhamdulillah, penulis mengharapkan para pembaca sentiasa mendapat tau?k dan inayah daripada Allah. Semoga prestasi ibadah kita bertambah baik dan mantap dari hari ke hari berikutnya.
 
Sebagaimana yang dijanjikan, perbincangan masih lagi diteruskan berkenaan hikmah sumpah, faedah dan jenis-jenisnya.
 
Hikmah Bersumpah
 
Hikmah bersumpah amat banyak, antaranya untuk menguatkan dan menambahkan lagi kepercayaan orang yang bersumpah, dan menunjukkan bahawa beliau tidak berdusta dengan perkhabarannya.
 
Antara hikmahnya yang lain ialah:
 
1. Penguat keazaman orang yang bersumpah pada dirinya atau perbuatan sesuatu yang dia bimbang melakukannya atau meninggalkannya.
 
2. Menguatkan tuntutan daripada orang yang dituju sumpah itu atau selainnya, begitu juga untuk menggesanya bagi melakukan sesuatu atau menegahnya.
 
3. Menguatkan perkhabaran, mensabitkan atau mena?kannya. Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut, antara hikmahnya untuk menyelesaikan persengketaan dan menghilangkan pertengkaran dalam dakwaan.
Hal ini bertepatan dengan perbuatan Nabi s.a.w. yang bersabda kepada orang yang dituduh, yang bermaksud: “Bersumpahlah dengan Allah; tiada Tuhan yang sebenarnya kecuali Dia, apa yang baginya di sisi kamu sesuatu.”

faedah

Faedah-Faedah Bersumpah
 
Ibn Qayyim al-Jawziyah dalam kitabnya yang masyhur, al-Turuq al-Hukmiyah ? al-Siyasah al-Shar’iyyah menyebut beberapa faedah bagi sumpah, antaranya:
 
1. Menakutkan orang yang didakwa akan akibat bersumpah dusta. Ini menyeru mereka agar membuat pengakuan yang benar
 
2. Hukuman akan dikenakan atasnya jika dia enggan bersumpah.
 
3. Memutuskan persengketaan, dan dapat dituntut hal yang berkaitan pada ketika itu.
 
4. Menetapkan hak dan kebenaran dengannya jika ia dikembalikan kepada pendakwa dengan membawa seorang saksi.
 
5. Menyegerakan hukuman kepada pendusta yang ingkar daripada kebenaran.
 
Ini merupakan sumpah palsu yang membawa kepada kemurkaan Allah dan mengundang bala dengan segera.
 
Pembahagian Jenis Sumpah
 
Sumpah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu yang dikira dan terangkat sumpahnya sumpah lagha dan sumpah dusta. Inilah yang diijmak oleh ulama.
 
Dalam kitab al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah (jil. 18, hlm. 79) hak terbahagi kepada dua:
 
1. Hak bagi Allah.
 
2. Hak bagi hamba.
 
Hak bagi Allah terbahagi kepada dua:
 
1. Hudud dan tidak boleh bersumpah padanya. Ini kerana apabila seseorang enggan bersumpah, ia tidak membawa kepada sebarang sumbangan atau ikrar, yang syubhah, sedangkan hudud tidak boleh dilaksanakan jika terdapatnya unsur syubhah.
 
2. Hak harta benda, seperti dakwaan pemungut zakat terhadap tuan harta. Yang demikian itu merupakan ibadat seperti solat, justeru tidak perlu bersumpah.
 
Hak bagi hamba pula terbahagi kepada dua:
 
1. Yang membabitkan harta. Ini merupakan pensyariatan bagi sumpah tanpa khilaf antara ahli ilmu. Jika pendakwa tidak mengemukakan bukti, maka pihak yang didakwa boleh bersumpah dan lepas daripada dakwaan tersebut. Ini sebagaimana yang terjadi dalam kisah al-Hadrami dan al-Kindi yang berselisih pendapat berkenaan dengan tanah.
 
Yang tiada hubung kait dengan harta, seperti hukum qazaf dan qisas. Begitu juga biasa diketahui seperti nikah, cerai, rujuk, membebaskan hamba, Islam, murtad dan lain-lain. Hal ini terbahagi kepada beberapa
pendapat
 
1. Abu Hanifah dan mazhab Maliki:
 
Tidak perlu diminta bersumpah.
 
2. Mazhab Syafi’i dan Hanbali:
 
Boleh diminta bersumpah. Namun, terdapat satu pendapat dalam mazhab Hanbali bahawa tidak boleh diminta bersumpah kepada orang yang didakwa.
 
Sumpah yang Dibenarkan
 
Sumpah hanya dibenarkan dan disahkan apabila dibuat dengan zat atau sifat Allah s.w.t. Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. terserempak dengan Umar al-Khattab ketika dia sedang menunggang dan bersumpah dengan nama bapanya. Lalu Baginda bersabda, maksudnya: “Ketahuilah, Allah melarang kamu bersumpah dengan nama bapa kamu.
Sesiapa yang mahu bersumpah, bersumpahlah dengan nama Allah ataupun dia berdiam sahaja.” (Riwayat al-Bukhari no. 6270 dan Muslim no. 1646)
 
Ini bermakna, sumpah yang dibenarkan dan disahkan adalah mengikut cara yang dinyatakan tadi. Sumpah yang tidak
bertepatan dengan cara tadi adalah suatu kesalahan dan pelakunya berdosa.
 
Daripada Sa’ad bin Ubadah, katanya yang bermaksud: “Ibn Umar r.a. terdengar seorang lelaki berkata: ‘Tidak, demi Kaabah.’ Ibn Umar berkata: ‘Jangan kamu bersumpah dengan nama yang lain daripada nama Allah kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sesiapa yang bersumpah dengan nama lain selain nama Allah telah kufur atau syirik!” (Riwayat al-Tirmizi no. 1535)
 
Adab Bersumpah
 
Ada beberapa adab yang patut diamalkan ketika bersumpah. Adatradab ini ada yang wajib dipatuhi dan ada yang tidak.
 
Pertama: Hakim memberikan amaran tentang sumpah
 
Iaitu hakim digalakkan memberikan nasihat kepada orang yang mahu bersumpah dan mengingatkannya tentang kedudukan sumpah. Juga memberi amaran tentang sumpah yang berniat jahat iaitu sumpah palsu. Hakim juga perlu membacakan ayat-ayat dan hadis-hadis yang memberikan kesedaran dan amamn kepada pelaku.
 
Kedua: Bersumpah hanya ketika berada di pihak yang benar
 
Sekiranya pihak tertuduh diminta bersumpah dan dia tahu sumpahnya adalah benar, dia dibenarkan bersumpah. Dalam keadaan ini, dia tidak akan berdosa. Ini kerana Allah s.w.t. sendiri yang membenarkan sumpah dan Dia tidak membenarkan sumpah yang mengandungi dosa. Malah bersumpah ketika itu lebih baik daripada tidak bersumpah disebabkan oleh dua faktor:
 
i. Membela haknya supaya tidak disia-siakan kerana Allah melarang manusia mensia-siakan hak mereka.
 
ii. Menyelamatkan saudaranya yang zalim daripada melakukan kezaliman dan merampas harta orang lain. Ini sebenarnya merupakan nasihat dan bantuan iaitu dengan menghalang saudaranya daripada melakukan kezaliman.
 
Hakikat ini disokong oleh hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah mengarahkan seorang lelaki supaya bersumpah untuk mengambil semula haknya. Demikian juga, Umar bin al-Khattab r.a. pernah meminta Ubay r.a. bersumpah kerana sebatang pokok kurma dan kemudian dia menyerahkan pokok tersebut kepadanya.
 
Ketiga: Tidak bersumpah bohong
 
Ini kerana sumpah palsu yang digunakan untuk merampas hak orang lainatau mengambil harta orang lain dengan cara yang salah merupakan jenayah berat dan dosa besar.
 
Sekiranya tertuduh menyedari diaberbohong, wajib baginya tidak bersumpah. Sebaliknya, dia hendaklah mengakui hakikat scbenar dan mengembalikan hak tersebut kepada pemiliknya. Janganlah dia menjerumuskan dirinya melakukan dosa dan menderhakai Allah sehingga menyebabkan dia tidak memperoleh rahmatnya.
 
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan membersihkan mereka (daripada dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Ali ‘Imran 3: 77)
 
Rasulullah s.a.w. pula bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melafazkan sumpah sabr(sumpah yang dipaksa oleh hakim) sehingga menyebabkan dia mengambil harta seorang Muslim dengan cara yang jahat, dia akan menemui Allah dalam keadaan Allah memurkainya.” (Riwayat al-Bukhari no. 6229 dan Muslim no. 138)
 
Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘Ash r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Dosa besar ialah menyekutukan Allah, menderhakai ibu bapa, membunuh dan sumpah ghamus.” (Riwayat al-Bukhari no. 6298)
 
Cara Bersumpah
 
Seseorang yang bersumpah mungkin bersumpah terhadap tindakannya sendiri ataupun terhadap perbuatan orang lain.
Sekiranya sumpah tersebut merujuk tindakannya sendiri, dia hendaklah bersumpah secara tegas dan pasti sama ada untuk mengesahkan atau mena?kan sesuatu. Ini kerana pelaku mengenali dirinya dan mengetahui apa yang berlaku.
 
Dalam kes jual beli dia perlu berkata: “Demi Allah, saya telah jual dengan harga sekian.” Ataupun dia menafikannya dengan
berkata “Demi Allah, saya tidak jual dengan harga sekian.”
 
Sekiranya sumpah tersebut merujuk tindakan orang lain dan beitujuan mengesahkan tindakan tersebut seperti dalam kes jual beli, rampasan atau sebagainya, orang yang bersumpah hendaklah melafazkan sumpahnya secara tegas kerana perkataan tersebut mudah dikenal pasti. Oleh itu, orang yang bersumpah hendaklah berkata: “Demi Allah, dia telah menjualnya dengan harga sekian,” atau “Dia telah membelinya dengan harga sekian,” atau “Demi Allah, dia telah merampas barang tersebut.”
 
Sekiranya sumpah tersebut bertujuan mena?kan, orang yang bersumpah hendaklah mena?kan pengetahuannya tentang perkara tersebut. Ini kerana penafian sesuatu perkara secara muklak sukar untuk dibuat. Oleh itu, orang yang bersumpah hendaklah berkata: “Demi Allah, saya tidak tahu orang ini telah membuat bayaran.”
Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

AIA Careers
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Job Description. Ability to lead and manage ISO related activities and implement ISO to the organisation. To prepare and review related documents for ISO certification and audit p...

Uber
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 23 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Senior Back End Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Back End Developer. You will write robust, high quality, and production ready c...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: