≡ Menu

Generasi Terakhir Umat Manusia

Dzikir3

 
Ketika kiamat makin hampir, Nabi Isa a.s. yang akan turun kembali ke bumi dan orang yang beriman merupakan umat Islam yang terakhir. Setelah Allah s.w.t. mengutus hembusan angin lembut yang menyebabkan mereka semua meninggal dunia, maka pupuslah generasi tauhid di muka bumi ini. Islam, al-Quran dan akhlak mulia turut hilang dari muka bumi bersama-sama pemergian mereka.
 
Darjat keimanan sering kali beriringan dengan moraliti. Apabila keimanan kepada Allah merosot maka sifat dan kesopanan akan turut lenyap. Budaya dan gaya sihat hedonisme tersebar dalam segenap lapisan masyarakat. Kenikmatan jasadi menjadi tujuan utama hidup mereka.
 
Hanya orang kafir yang berbaki di muka bumi.  Semakin hari cara hidup mereka semakin jauh  daripada keredaan Allah s.w.t. Mereka tidak  mempercayai kewujudan Tuhan, malah tidak  mengamalkan nilai-nilai moral dan adab  kesopanan. Mereka hidup bagaikan haiwan yang hanya memuaskan hawa nafsu. Merekalah seburuk-buruk generasi manusia yang menjejakkan  kaki di atas bumi. Rasulullah s.a.w.  menceritakan keadaan umat terakhir ini dalam  pelbagai hadisnya. Dalam artikel ini, saya akan menceritakan sebahagian daripada sifat-sifat  mereka sebagai iktibar bagi kita semua.
 
Tak Kenal Allah
 
Sifat pertama yang paling kentara pada generasi  terakhir ini ialah kejahilan mereka tentang  Allah Tuhan Yang Maha Mencipta. Mereka tidak  mengenal Allah, bahkan tidak pernah menyebut  namanya dalam kehidupan. Mereka ateis dalam  darjat yang paling teruk. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w.  bersabda, mafhumnya: “Tidak akan berlaku kiamat  sehingga tidak ada lagi orang yang mengucapkan:  ‘Allah, Allah.”‘(Riwayat Muslim)
 
Kalimat tauhid telah lama hilang dari muka  bumi. Apatah Iagi solat, puasa dan ritual  ibadah dan hukum-hukum Islam yang Iain. Kaum  Muslimin sudah pupus sama sekali dan hanya  wujud dalam perbincangan sejarah sahaja.  Perbincangan mengenai kaum Muslimin pada waktu  itu sama seperti perbincangan mengenai suku primitif (asal) yang sudah tiada lagi.
 
Daripada Huzaifah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Islam akan luntur  seperti lunturnya tulisan di atas baju sehingga  tidak lagi diketahui solat, puasa, haji dan  zakat. Al-Quran akan diangkat pada satu malam  sehingga tidak tertinggal satu ayat pun bumi. Sehingga sekumpulan orang tua bercerita:  ‘Kami mendapati bapa-bapa kami berkata: ‘Lailahailallah’, maka kami pun mengucapkannya.”  (Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim)
 
Kaabah Runtuh
 
Jika kaum Muslimin telah tiada lagi, bagaimana  dengan syiar-syiar Allah di muka bumi? Kali  terakhir kota suci Makkah dikunjungi oleh  jemaah haji dan umrah adalah pada masa Nabi Isa  a.s. kembali ke bumi. Setelah mereka semua  meninggal dunia, kota Makkah sepi tanpa  pengunjung. Sepanjang puluhan tahun, tidak ada sesiapa pun lagi yang datang untuk berziarah,  apatah lagi untuk beribadah.
 
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri, Rasulullah s.a.w.  bersabda, mahumnya: “Tdak akan terjadi kiamat  sehingga tidak ada seorang pun yang pergi  menunaikan haji ke Baitullah.” (Riwayat Ibn  Hibban dalam Sahihnya)
 
Pada masa itu, tidak ada seorang pun yang  mengunjungi Makkah. Jangankan untuk beribadah,  untuk melihatnya pun mereka enggan. Ini  menunjukkan iman telah hilang sama sekali dari  hati seluruh umat manusia pada masa itu. Hati  mereka tidak lagi memberi ruang untuk agama dan spiritual.
 
Keadaan ini bertambah parah apabila sekumpulan  orang dari Habsyah (Ethiopia) datang ke Makkah  lalu meruntuhkan Kaabah. Mereka mencungkil satu  persatu batu-batu binaan rumah Allah ini untuk mencari harta karun yang dipercayai tertimbun  di bawahnya.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  “Seolah-olahnya aku melihat seseorang daripada  mereka, berkulit hitam dan renggang kakinya,  sedang mencungkil batu-batu Kaabah satu  persatu.” (Riwayat al-Bukhari)
 
Kota Berhantu
 
Begitu juga nasib kota suci umat Islam yang  kedua yakni Madinah al-Munawwarah. Kota yang  sekian lama meninggalkan kerinduan di hati umat  Islam ini dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Madinah pada masa itu tidak lebih daripada  sebuah kota “berhantu”. Tiada makhluk yang  berada di sana melainkan haiwan buas dan burung  liar.
 
Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim  daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w.  bersabda, mahumnya: “Mereka akan meninggalkan  Madinah dalam keadaan yang sangat indah. Tidak  ada yang tinggal di sana melainkan binatang buas dan burung-burung liar.”
 
Fenomena ini menunjukkan betapa kerasnya hati  manusia pada saat itu. Mereka tidak lagi  merindui Nabi s.a.w. dan para sahabat Baginda.  Kota Madinah yang dipenuhi cahaya keimanan  tidak dapat menembus kegelapan hati-hati
mereka. Seperti Makkah, Madinah akan menjadi sekadar suatu peninggalan sejarah.
 
Daripada Umar bin al-Khattab, Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud: “Seorang pengendera  nanti akan melalui pinggir kota Madinah dan dia  berkata: ‘Tempat ini dahulunya dipenuhi ramai kaum Mukminin.” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya)
 
Seperti Keldai
 
Darjat keimanan sering kali beriringan dengan  darjat moraliti. Apabila keimanan kepada Allah  merosot, maka sifat malu dan kesopanan akan  turut lenyap. Budaya dan gaya hidup hedonisme  tersebar dalam segenap Iapisan masyarakat.  Kenikmatan jasadi menjadi tujuan utama hidup mereka.
 
Fenomena ini memang telah berlaku kini, namun  ia akan semakin parah pada akhir zaman nanti.  Dek menjadi hamba hawa nafsu, mereka bukan lagi  manusia, malah lebih buruk daripada haiwan.  Zina, homoseksual dan pelbagai seks sumbang
berlaku saban hari tidak kira masa atau tempat.
 
Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah s.a.w.  bersabda, maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat  sehingga kamu (manusia) berzina di tengah-  tengah jalan seperti keldai.”
 
Abdullah berkata “Adakah perkara sebegitu akan berlaku?” Baginda s.a.w. menjawab: “Ya, itu pasti berlaku.” (Riwayat Ibn
Hibban)
 
Perilaku yang menjijikkan ini menjadi fenomena global. Ia berlaku di mana-mana dan dilakukan  oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal usia. Pada waktu itu, manusia yang terbaik antara mereka  ialah orang yang masih memiliki sedikit  perasaan malu. Mereka memang tidak dapat  melarang kemungkaran, namun hanya dapat berkata kepada pasangan yang sedang berzina:
 
“Cubalah menghindari jalan. Jangan halang orang yang sedang lalu-lalang.”
 
Memperlambat Kiamat
 
Segala yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w.  ini pasti akan berlaku. Ini kerana Baginda  telah melihat masa depan dan pelbagai kejadian  yang bakal berlaku dengan izin Allah s.w.t.  Baginda kemudiannya memberitahu umatnya bukan  dengan tujuan untuk menanamkan rasa putus asa, sebaliknya untuk satu hikmah yang Allah kehendak.
Kita memang tidak dapat mengubah realiti ini.  Kita juga tidak mampu menahan perjalanan masa.  Namun, ini bukan bermakna kita pasrah begitu  sahaja tanpa melakukan sesuatu. Paling tidak,  kita masih berkesempatan untuk memastikan zaman yang buruk itu tidak berlaku pada masa dan  zaman kita.
 
Saya pernah mendengar muhaddith dari Syam,  Syeikh Dr. Nuruddin ‘Itr berkata:
“Para penuntut ilmu ialah orang yang  memperlambatkan kedatangan kiamat. Merekalah  yang berjasa menyelamatkan dunia ini hingga ke  hari ini. Kalau bukan kerana mereka, dunia ini  telah lama hancur.”
 
Sebagai umat yang beriman dengan Baginda  s.a.w., kita wajib membekalkan generasi penerus  dengan ilmu dan iman agar mereka dapat  menghadapi pelbagai masalah pada masa depan  yang semakin mencabar. Kenalkan mereka dengan  Allah dan tanamkan dalam hati mereka dengan penghormatan terhadap syiar-syiar keagamaan.
 
Sungguh, setiap kali saya melihat orang yang  menyebarkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w., hati saya dipenuhi kegembiraan. Bagi saya, kita  mesti menggalakkan para pemuda mencintai Rasulullah. Perkenalkan mereka kepada sunnah  dan akhlak Baginda. Selagi cinta Rasul berada  dalam hati para pemuda, kedatangan kiamat dapat diperlambat.
 
Mabuk
 
Apabila dunia telah semakin rosak, maksiat dan  dosa telah memenuhi seluruh pelosok dunia,  Allah menjadi semakin murka kepada semua  makhluk yang berada di muka bumi. Pada waktu  itu, Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Israfil  untuk meniupkan sangkakala tanda kiamat.
 
Alam semesta mulai hancur berkecai dan  bintang-bintang berguguran. Tidak terbayang  ketakutan yang dirasakan setiap manusia pada  waktu itu. Mereka lari lintang-pukang dan  memekik bagaikan orang yang sedang mabuk, walhal mereka tidak
mabuk. Mereka berkeadaan demikian disebabkan  azab Allah yang sangat pedih.
 
Daripada Ibn Mas‘ud, Rasulullah s.a.w. bersabda  maksudnya: “Antara manusia-manusia yang paling buruk ialah mereka yang masih hidup sewaktu  berlakunya kiamat.” (Riwayat al-Bukhari)
 
Semoga Allah menjauhkan diri kita dan orang  yang kita cintai daripada kemurkaan dan  azabnya. Amin ya Rab al-‘a!amin!
Sayfol International School
  |  (Unspecified city),
 - 13 Dec 2017

Secondary Subject Teachers (Physics). Requirement. Bachelor degree. Qualified teacher status. At least 2 years of experience British curriculum and IGCSE. Start Jan 2018. Responsi...

Emerico Sdn Bhd
  |  (Unspecified city),
 - 13 Dec 2017

Innovative, Creative, Plan and Develop New Technology Products. Communicate with clients and study their requirements. Researches and prepares statistical reports on business case....

NTT DATA Services
  |  Cyberjaya, Selangor
 - 07 Dec 2017

ReqID. 12127. At NTT DATA Services, we know that with the right people on board, anything is possible. The quality, integrity, and commitment of our employees are key factors in o...

NTT DATA Services
  |  Cyberjaya, Selangor
 - 07 Dec 2017

ReqID. 12125. At NTT DATA Services, we know that with the right people on board, anything is possible. The quality, integrity, and commitment of our employees are key factors in o...

Keysight Technologies
  |  George Town, Penang
 - 06 Dec 2017

Internal JobDescription. 1. Provide mechanical engineering support to assembly lines for Microelectronics products by. a. Resolving problems with parts and assemblies, which do not...

Keysight Technologies
  |  George Town, Penang
 - 06 Dec 2017

JobDescription. Improves products, processes and components to meet agreed upon objectives. May redesign products or components to meet cost objectives, component technology obsole...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

manusia generasi terakhir umat
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment