php hit counter

Elakkan Terdedah Dengan Cuaca Panas

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

airSejak akhir-akhir ini, cuaca panas dan kurangnya hujan hampir berlaku di seluruh negeri di nagara kita. Keadaan seperti ini memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Malah kebanyakkan hospital dan kilinik dikunjungi orang yang mengalami masalah kesihatan seperti batuk, demam dan selsema akibat cuaca yang terlalu panas dan kadang kala tidak menentu. Sebahagaian besarnnya ialah golongan kanak-kanak yang sering mengalami demam dan batuk.

Datuk Dr. G Selvaraju iaitu Pakar Perubatan Pusat Perubatan Taman Desa berkata ketika ditemuramah oleh harian metro berkata bahawa cuaca panas dijangka berterusan hingga April. Cuaca panas ini bukan hanya menyebabkan tanaman serta sektor berkaitan akan terjejas malah mampu memberi kesan terhadap manusia jika tidak dipedulikan.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Kesan cuaca panas yang melampau akan menyebabkan seseorang akan kerap berpeluh dan akan menyebabkan cecair dalam tubuh badan akan berkurangan dan mengakibatkan mudah merasa letih dan tidak bertenaga. Oleh itu, sangat disarankan untuk minum banyak air bagi mengurangkan badan dehidrasi. Malah seseorang juga akan mudah sakit kepala, keletihan, hilang tumpuan, pening, kekejangan jika terlalu terdedah dengan cuaca panas yang melampau.

Oleh itu, bagi mengurangkan kesan yang akan dialami badan akibat cuaca panas ini banyak minum air kosong setiap 15minit tanpa mengira aktiviti yang dilakukan berat atau ringan, jangan tunggu sehingga dahaga. Minum air isotonik juga baik unuk menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika berpeluh. Memakai pakaian yang longgar, berwarna terang dan ringan untuk memudahkan pergerakan anda serta tidak membuatkan anda merasa panas. Hal ini kerana warna pakaian juga memberi kesan terhadap haba pada badan kita ketika terdedah dengan cahaya matahari.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.