php hit counter

Dominasi Wanita Dalam Kepimpinan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Dominasi Wanita Dalam Kepimpinan

‘Benar kata pujangga, tangan yang menghayun buaian bisa menggegar pelusuk  dunia‘. Umumnya, dunia sering mengentengkan keupayaan dan kredibiliti wanita dalam melunaskan tanggungjawab dan hak dalam masyarakat. Mentaliti umat sedunia masih dikekang dengan fikrah – gelanggang wanita adalah rumahtangga, dunia wanita adalah rakyat dalam dan keliling rumahnya sahaja. Dan hanya itulah! Dunia politik yang dikatakan penuh dengan kekerasan, kekuasaan,  kelicikan dan tipu daya pula hanya sesuai menjadi milik kaum lelaki, selain  berpandangan bahawa politik tidak ada kaitannya dengan Islam.

Kepemimpinan, hakikatnya adalah hak dan tanggungjawab setiap individu. Lelaki  mahupun wanita. Baik tua, apatah lagi yang muda. Atas kesedaran inilah, dunia kini menyaksikan ramai di kalangan wanita mula berani menyinsing lengan untuk terjun bersama dalam arena pentadbiran dan pemerintahan. Senario ini bukanlah satu perkara baru, bahkan telah wujud sejak sejarah belum mencatatkan kisahnya lagi. Ratu Balqis, antara nama wanita yang sebaris kaum Adam berkecimpung dalam kancah pemerintahan. Juga antara contoh wanita yang berjiwa waja, tekal dalam dunia politik.

Apabila muncul nama-nama Gloria Macapagal Arroyo (Filipina), Begum Khaleda Zia (Bangladesh), Begum Benazir Bhutto (Pakistan), Megawati Soekarnoputri (Indonesia), Margaret Thatcher (Britain),
Helen Clark (New Zealand), Sonia Gandhi (India), Chandrika Kumaratunga (Sri Lanka), Aung San Suu-Kyi (Myanmar) di pentas politik antarabangsa, dunia mula mengisyaratkan berbagai signifikan. Rata- ratanya mempertaruhkan sejauh mana figura-figura ini mampu bertahan dalam arus yang selama ini dipelopori oleh lelaki. Secara ticlak lansung, kenyataan ini menaja satu pemikiran yang sedikit pesimis terhadap kewibawaan wanita!

FAKTOR

Meneliti sedikit latar awal keterlibatan wanita-wanita sebagai ketua negara, kita dapati wujud beberapa faktor yang mendesak dan menuntut mereka terjun ke gelanggang politik negara dan akhirnya berentap di persada dunia. Hampir kesemua karier politik mereka tidak bermula secara sukarela. Mereka bangun untuk memperjuangkan sesuatu yang mungkinlelaki tidak menyanggupinya.

Gloria Macapagal Arroyo (Filipina – 2001 sekarang)

Ibu kepada tiga anak ini merupakan anak mantan Presiden Filipina, Dlosdado Macapagal. lstilah “ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi” mungkin paling sesuai untuk mendefinisikan detik awal Arroyo menceburi arena politik Filipina.

Begum Khaleda Zia (Bangladesh – 1991 hingga 1996)

Semasa suaminya, Ziaur Rahman menjadi Presiden Bangladesh,  Khaleda kurang menunjukkan minat untuk bergelut dalam kancah politik negara. Tetapi, selepas suaminya mati dibunuh dan berlaku rampasan kuasa oleh Jeneral Hossain Ershad, Khaleda dilantik sebagai Presiden Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP), menggantikan suaminya. Di situlah detik awal beliau berkecimpung dalam politik.

Hinggalah akhirnya beliau menduduki kerusi Presiden Bangladesh pacla 1991 hingga 1996, sebelurn digantikan oleh Syeikh Hasina Awami; juga seorang wanita,menggantikan tempat beliau.

Begum Benazir Bhutto (Pakistan)

Darah daging keturunan beliau sudah sebati dengan politik. Beliau juga merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Pakistan.

Megawati Soekarnoputri (Indonesia 2001-2004)

Diah Permata Megawati Setiawati Sukarnoputri (lahir 23 Januan 1947) dilantik menjadi Presiden Republik Indonesia pada 23 Julai 2001 adalah anak  kepada Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno. Ibunya, Fatmawati, merupakan satu daripada sembilan isten Sukarno. Ketika usianya 19 tahun, Sukarno digulingkan oleh rejim tentera yang diketuai oleh Suharto. Megawati  menjauhkan diri daripada politik selama  20 tahun dan lebih selesa dengan peranan sebagai suri rumah. Namun pengikut setia ayahnya menganggap beliau sebagai pewaris kuasa politik Sukarno

Megawati memilih menganggotai Parti Demokrasi Indonesia (PDI), sebuah parti pembangkang yang disokong rejim Suharto sebagai “bukti” bahawa proses demokrasi wujud di “Orde Baru” pemerintahan Suharto. Sebagai ganjarannya, Megawati dilantik ke parlimen Indonesia.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Pada tahun 1993, Megawati menjadi ketua parti PDI. Pada masa yang sama, umur Suharto menoecahi 72 tahun dan kuasanya tampak semakin lemah. Megawati memilih untuk menentang pemerintahan Suharto. Beliau menjadi popular, walaupun kurang pengalaman. Ini disebabkan pertaliannya dengan Sukarno, sifat peribadinya yang baik dan bebas daripada rasuah.

Pada tahun 1996,rejim Suharto kesal dengan keputusan mereka untuk melibatkan Megawati dalam arena politik dan memaksanya meninggalkan parti PDI. Ini rnenyebabkan rusuhan yang buruk di Jakarta. Megawati juga tidak dibenarkan untuk bertanding di pilihanraya umum Mei 1997. Akhirnya, Megawati juga telah membentuk parti politiknya sendiri, Parti Demokrasi Indonesia – Perjuangan (PDI-P) dan menggunakannya sebagai platform untuk menentang rejim Suharto yang dianggap autokratik.

Di pilihan raya umum Jun 1999, PDI-P  muncul sebagai parti yang terbesar tetapi tidak berjaya mendapat kedudukan majoriti di parlimen. Di bawah perlembagaan Indonesia yang baru, jawatan Presiden ditentukan oleh dewan perundangan (legislatif), dan Megawati mempunyai peluang besar untuk menjawat jawatan tersebut. Pada 23 Julai 2001, Megawati dilantik sebagai Presiden baru bagi Republik Indonesia.

Helen Elizabeth Clark (New Zealand – 1998 hingga sekarang) Beliau menceburkan diri dalam politik sejak muda. Berrnula dari tangga bawah, sebagai Ahli Eksekutif Parti New Zealand pada 1978, beliau naik bertakah-takah hingga akhirnya difikirkan layak untuk mengetuai pentadbiran New Zealand oleh rakyatnya melalui proses pilihanraya.

Aung San Suu-Kyi (Myanmar)

Beliau meneruskan perjuangan mendiang bapanya, seorang pemimpin nasionalis yang juga dike-nali sebagai Bapa Kemodenan Burma pada masa itu. Dengan menjadikan bapanya sebagai idola dan inspirasi (walaupun baru berusia 2 tahun ketika bapanya dibunuh), beliau terus gigih memimpin gerakan berhaluan kiri rakyat Myanmar dalam memperjuangkan kebebasan negara dari cengkaman pemerintahan diktator.

WANITA SEBAGAI TERAJU UTAMA KEPIMPINAN NEGARA

Keterlibatan wanita dalam kepimpinan bukanlah menjadi satu kesalahan. Islam sememangnya meletakkan kesamarataan hak yang adil dalam masyarakat berdasarkan ukuran tertentu. Contoh nyata dari sirah Rasulullah SAW dan sahabat menjadi dalil kepada keharusan pembabitan wanita dalam pentadbiran masyarakat dan negara.  Umumnya, pentadbiran negara merangkumi dua sudut:

Pertama :

Menggubalan undang-undang dan peraturan Mengenai penggubalan undang-undang, Islam tidak pernah melarang wanita menjadi penggubal undang-undang. Perkara sedemikian kerana penggubalan undang-undang memerlukan ilmu pengetahuan luas dan pemahaman mendalam terhadap tuntutan serta keperluan masyarakat. Dasarnya ialah ilmu. Tanpa diskriminasi gender, menuntut ilmu adalah obligasi primer.

Kedua :

Melaksana atau memantau pelaksanaan undang-undang (enforcement) Berkenaan soal pelaksanaan dan pengawasan, ha! ini tidak lepas daripada tugas amar makruf dan nahi mungkar. Kesemua umat yang mengakui ketauhidan kalimah syahadah, memikul tugas yang sama selaku daie dan khaira ummah.

Berbalik kepada persoalan – “Bolehkah seseorang wanita me-njawat jawatan kepimpinan umum (ketua negara)’?”, dapat kita uraikan dengan meneliti pula du’a lagi persoalah; ’Apakah syarat-syarat wajib sebagai ketua negara? Dan apakah matlamat daripada perlantikan seseorang ketua negara?

Ibnu Khaldun di dalam kitabnya Muqaddimah ada meletakkan beberapa syarat yang fleksibel untuk menjawab persoalan ini. Syaratwajib bagi individu yang mahu menjawat kedudukan ini ialah: berilmu, adil, berupaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab, sempurna pancaindera dan anggota zahir – supaya mudah berkhidmat dan memberi pandangan secara adil.

PANDANGAN

Realitinya, dunia hari ini bukan meragui kredibiliti wanita sebagai ketua negara. Cuma, dunia masih tertanya, adakah mereka sehebat Ratu Balqis? Paling tidak,  setanding dengannya. Barangkali inilah punca seakan-akan berlaku diskriminasi gender terhadap wanita. Sedangkan sebenarnya, Islam sangat adil dan memuhakan wanita. Wanita memang mampu memimpin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.