≡ Menu

Di Hong Kong Starbucks guna air tandas untuk buat kopi

air tandas

Media tempatan Hong Kong, Apple Daily mengeluarkan laporan mengenai salah satu cawangan Starbucks di Hong Kong menggunakan air tandas untuk membuat kopi.

Sebuah foto diambil di Starbucks di Menara Bank China. Kelihatan seorang kakitangan mengambil air dari sebuah paip yang dilabel ‘Starbucks Only’ yang terletak berhampiran tandas lelaki.

Starbucks guna air tandas untuk buat kopi
UPI melaporkan, wakil-wakil Jabatan Higienis Makanan dan Alam Sekitar Hong Kong berkata, sistem air yang digunakan Starbucks tidak memenuhi peraturan.
“Starbucks, anda perlu membuat sidang terbuka yang mengatakan perkara seperti itu tidak akan berulang lagi di mana pun. Pecat juga orang yang mengambil air di tempat seperti itu, “komen Duncan Yum di laman Facebook Starbucks Hong Kong.
images
Starbucks memberi respons berkenaan komen itu dan berkata akan menggunakan air penapisan sehingga ada pilihan lain yang boleh diterima. Ia terpaksa dilakukan kerana kekurangan sumber air di lokasi tersebut. “Tolong terima permintaan maaf kami berkaitan sumber air di Menara Bank China,” papar Starbucks.
starbucks boikot
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment