≡ Menu

Dahsyatnya Sifat Jujur

abstract-wallpapers_00059

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Tawbah ayat 119, maksudnya: ”Wahai orang beriman,bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang benar.”

Abu Sulaiman berkata: “Jadikan kejujuran sebagai kenderaanmu, kebenaran sebagai pedangmu, dan  Allah sebagai tujuanmu.”

Jangan Sembunyikan

Nikmat Tuhanmu

Pada suatu hari, al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi  menyampaikan khutbah terlalun lama hingga  menyebabkan seorang daripada orang yang hadir  berkata: “Marilah kita menunaikan solat.  Sungguh, waktu tidak menunggumu dan Tuhan tidak
memberikan keuzuran kepadamu!”

Menyaksikan keberaniannya yang luar biasa itu,  al-Hajjaj memerintahkan agar orang tersebut  ditangkap. Tidak lama kemudian, keluarga Ielaki  tersebut datang. Mereka merayu kepada al-Hajjaj  agar melepaskan orang tersebut kerana dia  berpenyakit gila. Al-Hajjaj berkata: “Jika dia  benar-benar gila, aku akan lepaskannya dari  penjara.”

Tetapi yang menghairankan, lelaki itu berkata:  “Tidak patut bagiku apabila aku menyembunyikan  nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadaku  iaitu nikmat kewarasan berfikir dan bertindak. Dia mengaku dan berterus terang bahawa dia bukan  orang gila “Alhamdulillah, Allah telah  menjauhkan diriku daripada sifat gila.” Al- Hajjaj berasa kagum dengan kejujuran lelaki ‘ itu lalu membebaskannya tanpa mengenakan  sebarang tindakan terhadapnya. Begitulah,  kejujuran seseorang menjadi penyelamat dirinya daripada dipenjarakan dan penganiayaan.

Alam Murka dengan

Kematian Orang Beriman

Abu  Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengirim pasukan perang dan melantik ‘Asim bin  Thabit sebagai panglima. Beliau ialah bapa  saudara kepada Umar bin al-Khattab. Apabila  sampai di sebuah daerah antara ‘Asfan dengan  Makkah, mereka diberitahu bahawa sekumpulan musuh yang berjumlah sekitar 100 orang dari bani  Lihyan dengan bersenjatakan panah sedang  menjejaki mereka.

Bani Lihyan terus menjejaki ‘Asim bin Thabit dan pasukannya hingga mereka melalui sebuah lembah.  Di sana mereka menemui biji kurma dari Madinah. Mereka berkata: “Ini biji kurma Madinah. Hambat mereka sampai dapat!” Ketika ‘Asim bin Thabit  berserta pasukan bersembunyi di sebuah bukit,  bani Lihyan menemui mereka dan mengepung tempat  itu.

Pemimpin bani Lihyan berkata: “Kami berjanji  jika kalian turun dari bukit itu, maka kami  tidak akan membunuh sesiapa pun? ‘Asim bin Thabit berkata: “Kami tidak akan  mematuhi perdamaian dengan orang kafir.” Kemudian  ‘Asim bin Thabit berdoa “Ya Allah, khabarkan  keadaan kami ini kepada Nabimu.”

Akhirnya, bani Lihyan menyerang ‘Asim bin Thabit  dan tujuh orang tentera Muslim dengan anak panah  sehingga mereka mati syahid. Mereka membawa  jasad ‘Asim bin Thabit untuk dipersembahkan  kepada kaum mereka sebagai membalas dendam  kerana beliau ialah pembunuh salah seorang  pembesar orang kafir dalam perang Badar.

Allah mengutuskan pertolongan kepada ‘Asim bin Thabit  dalam bentuk sekumpulan lebah untuk  melindungi jasadnya. Orang kafir tidak mampu  melakukan apa-apa pun terhadap jasad ‘Asim bin Thabit.

Ibn Ishaq menyatakan: “Dahulu ‘Asim bin Thabit memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh  agar kaum Musyrikin tidak dapat menyentuh  tubuhnya untuk selama-lamanya.” Ketika Umar  mendengar berita kematian ‘Asim bin Thabit, Umar
berkata: “Allah akan melindungi kaum Mukminin  setelah kematiannya sebagaimana Allah melindungi mereka di dunia.” .

Ibn al-Jawzi berkata: “‘Asim bin Thabit bin Abi  al-Aflah termasuk dalam golongan orang yang baik,  sesuai dengan namanya, ‘Asim yang bererti  dijaga, maka Allah menjaga dirinya daripada  kezaliman orang kafir. Manakala Thabit bererti  tetap atau teguh, maka Allah meneguhkan imannya  kepada Islam. Al-Aflah bererti bahagia, maka  Allah membahagiakan dirinya dengan mati syahid.”

Beliau telah menjaga agama Allah, maka Allah pun  menjaga dirinya. Kerana kejujuran beliau  terhadap Allah s.w.t. dan Rasulnya, semua  makhluk murka pada hari kematiannya.

Sekumpulan lebah datang pada waktu siang untuk  melindungi jasadnya. Hujan lebat turun pada  waktu malam untuk menyelamatkan jasadnya  daripada diapa-apakan. Tidak ada satu orang  Musyrik pun yang mampu menyentuh rambutnya.  ‘Asim bin Thabit telah menguburkan impian  musuh-musuhnya.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

AIA Hong Kong
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Description. Company Name. AIA BHD Position Title. Branch Executive Department. Functional Area. Johor Bahru DU Customer Centre Reports to. Branch Head Current Job Grade Level CCB0...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 22 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

AmadeusITGroup
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Description. Summary of the role. The South East Asia (SEA) Marketing Manager is responsible for supervising and coordinating all marketing activities and act as a hand on all roun...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment