≡ Menu

Ciri-Ciri Artikel yang Menarik

Ciri-Ciri Artikel yang Menarik

Anda mesti meletakkan dalam minda bahawa pembaca hanya akan terus membaca artikel yang menarik. Artikel yang membosankan sering “dibakulsampahkan” oleh penerbit. Antara tip menghasilkan artikel yang menarik ialah:

• Judul yang relevan dan berkait dengan isi.

• Ringkas, singkat dan provokatif supaya mengundang rasa ingin tahu.

• Terbitnya bertepatan dengan masa.

• Ada lead atau intro atau entry point untuk masuk dalam tulisan dan memancing rasa ingin tahu pembaca. Lead boleh berbentuk petikan lagu, pantun, ayat al-Quran, hadis, ucapan tokoh atau berita.

• Data atau statistik yang tepat, bukan anggaran atau agakan.

• Buat kajian (R dan D) sendiri sama ada daripada data primer atau sekunder.

• Ada solusi atau penyelesaian dan tidak tergantung (suspend).

• Mengutarakan sudut pandangan yang berbeza atau unik (anti-suggestion) seperti menonggak arus.

Bagaimana Menerbitkan Tulisan Anda?

Penulis sering memberitahu, “Menyimpan karya yang baik seperti menyimpan masakan yang enak.” Apabila sejuk, nikmat rasanya akan hilang. Jadi, bagaimana menerbitkan tulisan anda?

• Hantar kepada penerbit buletin, majalah, tabloid, akhbar, stesen radio, televisyen dan sebagainya.

• Hantar kepada penerbit buku. Mengisi blog, laman web, Facebook dan sebagainya.

• Menerbitkan dan mengedarkan sendiri secara kecil-kecilan.

• Menubuhkan syarikat penerbitan sendiri.

• Berganding dengan penulis ternama.

• Menyertai pertandingan penulisan.

• Mohon menjadi kolumnis dalam majalah.

Tip Menerbitkan Tulisan Anda

• Hantar rencana yang terbaik untuk menaikkan moral anda.

• Sesuaikan dengan tema kolum yang anda pilih.

• Sesuaikan dengan ruang yang ada (bilangan perkataan atau karakter).

• Edit tulisan anda 3-4 kali. Rencana ini saya edit tiga kali sebelum saya hantar kepada editor majalah Solusi.

• Sanggup bersifat “kejam” dengan memotong tulisan yang tidak sesuai atau tidak perlu (kill your darling).

• Hantar dalam naskhah yang sempurna.

• Softcopy: CD, e-mel, pen drive.

• Hardcopy: Font, spacing, kertas yang bersih, cover letter dan pengeposan.

• Hantar biodata anda yang menarik termasuk gambar foto, kelulusan anda dan kejayaan (track record) anda dalam bidang penulisan.

• Tuliskan nama, alamat, nombor telefon rumah atau pejabat, nombor telefon bimbit dan e-mel dengan sempurna.

• Kirim lebih daripada satu rencana.

• Jangan sekali-kali kecewa menghantar rencana.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment