≡ Menu

Cara Mudah Membina List Responsif

Cara Mudah Membina List Responsif

Membina list yang responsif memerlukan perancangan yang agak teliti. Bukan terlalu teliti tetapi hanya sekadar sederhana sahaja. Kita sudah tahu kebaikan untuk membina list yang responsif. Sekarang, saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda hendak membina list yang responsif.

Pertama: Ketahui Latar Belakang Pelanggan Anda.

Untuk memastikan segala keinginan subscriber anda tertunai, kita perlu lakukan sedikit siasatan rambang mengenai personaliti subscriber anda berdasarkan produk atau niche anda.

Katakan anda mengumpul list dalam niche kuruskan badan. Anda boleh senaraikan seberapa banyak
kriteria yang mungkin ada pada mereka yang ingin menguruskan badan.

Contohnya di bawah:

1. Kebanyakan orang gemukadalah pendiam dan seorang yang gembira.

2. Mungkin perempuan atau lelaki.

3. Mungkin isteri yang berumur 30 tahun ke atas.

4. Kalau lelaki mungkin mengalami obesiti dari kecil atau selepas perkahwinan.

5. Sifat seorang yang mengalami obesiti adalah:-

  • Mudah sensitif
  • Rendah diri.
  • Pendiam.
  • Menyembunyikan perkara sebenar.
  • Sentiasa bernafsu untuk makan.
  • Sentiasa berada di dalam dilemma.

6. Tidak aktif bersukan.

7. Biasanya seorang yang bijak. Namun, kebanyakan darinya adalah kurang bijak dan malas.

8. Melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga.

9. Amat tidak selesa jika di beri tekanan.

10. Tidak ada masa untuk melakukan senaman.

Senarai kriteria di atas adalah contoh kriteria bagi bakal subscriber saya dalam bahagian niche kuruskan
badan. Selepas itu, saya perlu kecilkan lagi skop subscriber saya. Katakan produk yang saya  keluarkan adalah berbunyi begini, Program kuruskan badan melalui senaman.

Beradasarkan tajuk ebook saya, saya akan ramalkan golongan mana yang akan membeli ebook tersebut dari  saya. Saya kecilkan skop di atas kepadasenarai di bawah.

1. Golongan remaja dan lelaki.Perempuan selalunya tidak berminat untuk melakukan senaman terutamanya seorang suri rumah.

2. Mereka yang mempunyai banyak masa. Senaman memerlukan banyak masa untuk di adaptasikan dan sudah tentu mereka yang mempunyai banyak masa akan membeli produk ini.

3. Sudah bersedia sepenuhnya.Tajuk pada ebook ini menunjukkan bahawa mereka yang bersedia untuk memberi komitmen sahaja yang berminat untuk membelinya. Mereka bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu untuk menguruskan badan.

Amat penting untuk kita mengetahui dengan jelas apa yang subscriber kita mampu lakukan supaya
apabila kita menghantar emel kepada mereka, kita akan menggunakan ayat-ayat yang tepat.

Berdasarkan kriteria yang saya tulis di atas, saya fahambahawa mereka yang berbadan besar ini sensitif.
Jadi, ketika saya hendak menghantar emel kepada mereka, saya tidak akan sesekali mengecilkan hati mereka. Dengan ini, list saya akan menjadi lebih responsif dari biasa.

Kedua: Menghantar Emel Yang Menggoda.

Langkah kedua adalah menghantar emel yang menggoda.

Dalam melakukan godaan, anda perlu berfikiran seperti seorang professional. Ini untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Apabila anda menggoda pelanggan dengan sesuatu yang anda tidak dapat tunaikan,ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari.

Teknik menggoda ada beberapa bahagian yang anda perlu beri perhatian. Berdasarkan kriteria yang saya senaraikan di atas, saya tahu dengan jelas apa yang subscriber saya mahukan.

Ada 3 langkah yang selalunya akan menyebabkan manusia tergoda.

Langkah tersebut adalah.

1.Percuma

2.Mudah.

3.Cepat.

Sekarang, berdasarkan kriteria dalam langkah pertama, saya pilih beberapa jenis kriteria untuk  jadikan senjata dalam membentuk emel menggoda. Kriteria tersebut adalah sensitif, ingin kurus, tidak ada masa dan seorang yang bijak.

Sekarang, saya gabungkan 3 langkah menggoda dengan kriteria yang saya pilih untuk membentuk satu emel yang menggoda dan seterusnya membentuk satu list yang sangat-sangat responsif.

Lihat contoh emel di bawah.

[Badan Kurus] Tips pertama untuk kuruskan badan.

Assalammualaikum {First_name}

Harap sihat selalu.
Anda ingin kurus? Begitu juga dengan saya.
Saya selalu menganggap untuk kuruskan badan,
saya perlu berusaha kuat. Sebenarnya tidak, kerana,
untuk kuruskan badan , saya hanya perlu menjalani
beberapa prosedur yang ringkas sahaja.
Dengan mengikuti prosuder ini saya berjaya
mengurangkan berat badan sebanyak 5 KG dalam
3 hari sahaja. Saya sungguh terkejut kerana prosuder
yang saya jalani adalah tersangat ringkas dan saya
langsung tidak mengjangka bahawa kesannya secepat ini.
Saya langsung tidak mengambil sebarang ubat dan ia berlaku dalam keadaan semulajadi. Saya juga tidak mengeluarkan sebarang kos ketika mengikuti prosuder ini.

saya harap anda juga boleh mencuba prosuder ini

[Di sini anda letakkan link ke blog atau link download untuk pdf]

Saya harap anda mencuba dan memberi maklum balas Kepada saya.

Analisis Emel Di Atas.

Jika anda perhatikan emel di atas, saya terapkan segalam prosuder untuk menggoda pelanggan dan juga
menyentuh sifat peribadi subscriber saya. Jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya berjaya memperoleh berates-ratus maklum balas berdasarkan emel ringkas di atas. Yang pasti, saya telah memberi tanggapan yang baik pada subscriber saya.

Untuk memastikan anda sentiasa rapat dengan mailing list anda, anda juga boleh sentiasa menghantar emel menggoda ini kepada list anda. Untuk kesan lebih mantap, sentias bertanyakan perkembangan
mereka yang telah mencuba teknik yang anda cadangkan.

Cara Ketiga : Jadikan List Sebagai Rakan Anda.

Subscriber anda juga merupakan manusia dan mereka suka berinteraksi dan berkongsi masalah. Untuk mengambil sifat manusia yang lemah ini, anda boleh menjadikan merekasebagai rakan. Caranya adalah dengan membuka akaun facebook, twitter atau blog khas untuk mereka.

Hantar satu emel kepada subscriber anda dan jemput mereka untuk menjadi rakan anda di laman web sosial. Percayalah, mereka amat berterima kasih dengan anda kerana menjemput mereka untuk berkongsi masalah dengan anda. Selepas itu, anda ulang langkah pertama hingga ketiga. Lama kelamaan, list anda akan menjadi sangat responsif.

Tahukah Anda, 3 Cara Ini Tidak Akan Berjaya Jika Anda TIADA….SISTEM AUTORESPONDER.

Autoresponder akan menguruskan kempen pemasaran anda sepanjang masa tanpa kegagalan, yang juga
bermaksud anda sebagus jurujual 24jam untuk mempromosikan kempen pemasaran online anda. Pernahkah anda lihat surat jualan yang memberitahu anda bahawa mereka akan menjawab pertanyaan anda walaupun pukul 2 pagi? Jangan menganggap bahawa mereka terus berjaga sepanjang masa mengawasi peti surat mereka. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan autoresponder yang menghantar respon automatik ke sistem pertanyaan, dengan segera.

Kepada orang yang menerima, ini benar-benar ciri yang hebat. Mereka tidak perlu menunggu, mereka mendapat semua jawapan dengan segera. Semasa anda merancang untuk mengautomasikan tugas sebanyak mungkin demi menjimatkan masa untuk tugas penting yang lain, anda memang tidak boleh abaikan autoresponder.
Mari kita lihat beberapa faedah yang anda dapat dengan autoresponder:-

Ia Membina Squeeze Page

Inilah satu faedah terbaik. Pada squeeze page, anda memerlukan butang yang pelawat perlu isi dengan nama dan emel mereka. Autoresponder ada kod lazim yang anda boleh guna pada laman web anda yang mana menghasilkan borang-borang ini. Bukan itu saja, ia boleh merekodkan maklumat yang pelawat anda letakkan dan menyimpannya dengan selamat untuk komunikasi kemudian hari.

Ia Menghantar Jawapan Segera

Sebaik saja alamat emel diterima, autoresponder akan hantarkan mereka jawapan segera, yang mana secara automatik. Anda boleh tetapkan jawapan ini pada bila-bila masa supaya jawapan yang anda buat itu akan menuju ke orang-orang ini. Kata-kata ialah tugas anda, servis ialah tugas autoresponder.

Ia Meneruskan Kempen Pemasaran Emel Anda

Apabila anda hendak menghantar emel promosi selanjutnya kepada semua lead ini, anda tidak perlu mengisi semua alamat mereka secara manual. Autoresponder yang telah menyimpan maklumat mereka akan menghantar emel-emel ini kepada semua orang yang berada dalam senarai itu dengan segera.

Ia Mengesan Jawapan

Sebarang jenis respon yang emel ini terima akan direkodkan oleh autoresponder dan akan dilaporkan kepada anda. Anda tidak perlu mengesannya langsung. Hakikatnya, anda boleh mengautomasikan jawapan kepada mereka melalui autoresponder-autoresponder ini.

Perkara terbaik ialah tanggapan. Lead anda akan mengetahui betapa tekunnya anda tentang seluruh perkara ini.Mereka akan rasa gembira membuat bisnes dengan anda kerana ketepatan servis yang anda pamerkan melalui autoresponder yang hebat ini.
Jadi, dimana kita boleh dapatkan sistem ini?

Rakan saya Mr Boon Lee pemilik emelmatik penyedia systemautoresponder yang hebat ini sedang

mengadakan Promosi Ulangtahun Emelmatik ke 5. Ya, sudah 5 tahun ia emelmatik telah berkhidmatuntuk para Usahawan Internet (IM). Saya sendiri telah menggunakan systemini lebih 4 tahun.  Saya berani katakanabahawa systemautoresponder ini adalah yang terbaik.

Ini saat dan ketika yang amat sesuai untuk anda mendapatkannya. Harga PROMOSI yang datang setahun sekali. Tetapi harus diingat…tahun 2016 ini bakal menyaksikan pelbagai harga produk DINAIKKAN harga. Dan emelmatik juga tidak terkecuali. Nasihat saya, dapatkan segera!

Susahkah Menggunakan Emelmatik Ini?

Jangan risau, khidmat sokongan selepas jualannya amat membantu. Ianya terbaik.Selain dari boleh terus dapatkan bantuan khidmat teknikalnya yang cekap, kita juga dibantu melalui group fb. Selain itu tutorial lengkap boleh didapati di

Sudah Tidak Sabar Mendapatkannya?

Klik url ini >>http://emelmatik.com/hop.php?ref=syahrinamri dan buatlah tempahan.

Setakat ini sahaja artikel kali ini. Saya harap artikel ini dapatlah sedikit sebanyak membuka mata anda dan bersedia memulakan sesuatu yang GEMPAK 2016 ini. Ya, jangan lupa system autoresponder amat penting didalam perniagaan terutama perniagaan online. Dan http://emelmatik.com/hop.php?ref=syahrinamri system autoresponder terbaik di dalam Negara ini.

source

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment