≡ Menu

Cara Memasak Sambal Udang

Sambal Udang

Bahan-bahan

  1. 1 mangkuk udang segar
  2. 1 senduk cili kering*- potong kecil, rebus dan toskan
  3. 1 biji bawang besar*
  4. 2 ulas bawang putih*
  5. Sedikit belacan*
  6. 2 sudu air asam jawa
  7. 1 sudu santan pekat/ susu cair
  8. 2 sudu besar udang kering – tumbuk halus
  9. 1 biji bawang besar- dipotong bulat
  10. 1 ulas bawang putih – diketuk
  11. Garam, perasa

Cara-cara

  1. kisar bahan-bahan bertanda * hingga lumat/halus. Masukkan sedikit minyak masak untuk menghancurkan biji cili yang ada.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
  3. Tumis bawang putih yang diketuk hingga kuning. Kemudian barulah dimasukkan bahan-bahan yang dikisar tadi
  4. Masak hingga naik minyak/garing
  5. Tambah air asam jawa. Kacau rata dan masukkan garam dan perasa
  6. Kalau nampak kering sangat, boleh dimasukkan sedikit air.Masukkan udang kering yang ditumbuk halus tadi. Kacau lagi sikit, kemudian,
  7. Masukkan udang. Gaul rata
  8. Lepas tu, masukkan santan pekat, diikuti dengan bawang besar yang dipotong bulat.
  9. Kacau dan bolehlah diangkat.

Incoming search terms:

sambal udang
{ 2 comments… add one }
  • NATASHA July 10, 2012, 9:27 am

    great …………..

  • Agung January 30, 2013, 5:19 pm

    wao Mantep.Ilmu yg Berguna,,siiip

Leave a Comment