php hit counter

Cara Cek Baki Pindah Kradit Melalui Maybank2u

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

cek baki maybank

 

MAYBANK2U ONLINE

Melalui Maybank2u, segala urusan perbankan menjadi mudah. Hanya akses ke laman web www.maybank2u.com.my dan segala urusan perbankan seperti pindahan baki, pertanyaan baki simpanan, laporan kehilangan kad ATM, pembayaran bil dan lain-lain servis lagi. Zaman sekarang, masa adalah sangat singkat. Kebanyakan pengguna Maybank tidak mampu untuk pergi ke bank untuk urusan perbankan.

Kebiasaannya, pengguna diperkenalkan dengan perbankan di kaunter cawangan, tetapi menerusi Maybank2u, urusan perbankan menjadi mudah. Perkhidmatan Maybank2u merupakan titik perubahan revolusi baharu dunia perbankan. Maybank2u adalah perkhidmatan yang selamat dan terjamin dalam talian. Kami telah bekerja terkini Internet teknologi keselamatan seperti penyulitan, kata laluan dan langkah-langkah keselamatan lain bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan transaksi anda.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Untuk membuka akaun maybank2u, pengguna perlu ke ATM cawangan Maybank atau di Kaunter cawangan Maybank. Anda dikehendaki untuk memohon nombor pin untuk membuka akaun baharu di maybank2u. Kemudian, anda diperlukan untuk buka laman www.maybank2u.com.my untuk membuat akaun baharu maybank2u. Tekan pada bahagian login dan klik pada first time login. Kemudian masukkan segala maklumat seperti nama akaun untuk didaftarkan, kata laluan dan nombor pin pendaftaran. Proses terakhir, anda dikehendaki memilih gambar sebagai langkah keselamatan ketika mengakses masuk ke akaun maybank2u anda.

Untuk melihat baki akaun, klik pada bahagian ‘my statement’. Selain itu, anda boleh memindahkan wang antara akaun bank anda kepada akaun pengguna lain samada bank sama atau bank lain. Untuk membuat sedemikian, anda perlu menekan pada ruangan ‘fund transfer’. Pindahan boleh dibuat kepada 2 jenis akaun iaitu bank yang sama atau bank lain. Pilihan untuk pindahan diaktifkan juga ada 2 iaitu pindahan segera dimana pengguna akan dicas RM2 manakala pindahan biasa akan dicaj RM0.10 untuk setiap transaksi.

Dengan adanya servis ini, pengguna tidak lagi perlu beratur panjang di mesin deposit wang tunai untuk memindahkan wang kepada akaun lain. Sistem perbankan online maybank bukan sahaj boleh memudahkan urusan antara bank dan pengguna, malah ia juga menjadi satu kemudahan bagi pengguna Maybank untuk membuat urusan lain seperti membuat laporan kehilangan kad ATM, melihat kadar matawang asing semasa, membayar pinjaman dan bil-bil dan seumpamanya. Platform mudahalih ini menjadi pencetus kepada revolusi perbankan masa hadapan yang mana akan memberi keselesaan penuh kepada pengguna Maybank.

3 thoughts on “Cara Cek Baki Pindah Kradit Melalui Maybank2u”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.