≡ Menu

Cahaya Dalam Kegelapan Subuh

Cahaya Dalam Kegelapan Subuh

Carilah kekuatan di sebalik solat Subuh. Umat yang menjaga solat Subuh akan teguh. Sesungguhnya rahsia kekuatan ummah ada pada solat Subuh berjemaah.

Semasa keluar untuk solat Subuh benjemaah Rasulullah telah berdoa: “Ya Allah, berikan cahaya pada hati, lidah, telinga dan mataku. Ya Allah, berilah kami cahaya.” (Riwayat Muslim)

Yang dimaksudkan dengan cahaya itu bukanlah yang berbentuk tenaga seperti yang kita fahami mengikut ilmu sains, tetapi cahaya itu bermaksud hidayah, taufik serta pimpinan daripada Allah. Apabila seseorang mendapat cahaya pada hati dan seluruh pancainderanya, hidupnya akan sentiasa terpimpin ke arah kebaikan dan terhindar daripada kejahatan.

Cahaya itu sangat kita perlukan pada hari akhirat kelak, yakni ketika seluruh dan sepenuhnya bergelap apabila matahari, bulan, planet dan seluruh cakerawala digulung. Dalam keadaan yang maha gawat itu, orang Mukmin akan dibantu oleh cahaya daripada Allah untuk melepasi segala halangan dan akhirnya akan masuk ke dalam syurga. Sebaliknya, orang yang derhaka akan menghadapi banyak halangan dan akhirnya terjerumus ke dalam neraka.

Cahaya itu juga sangat kita perlukan ketika hidup di dunia ini terutamanya pada zaman fitnah yang menyerupai kegelapan malam. Inilah zaman yang menyaksikan orang yang khianat dan pelaku maksiat menjadi dominan di tengah-tengah masyarakat.

Abu Hurairah r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang menimpa umat-umat terdahulu.’ Sahabat bertanya: ‘Apakah penyakit—penyakit umat terdahulu itu?’ Nabi s.a.w. menjawab: ’Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut-menghasut sehingga terjadi zalim- menzalimi.”(Riwayat al-Hakim)

Soalnya, di mana dan bagaimana untuk mendapat cahaya itu? Rasulullah s.a.w. telah menjawab persoalan ini menerusi sabdanya: “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid untuk mengerjakan solat Subuh dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat.” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Individu yang konsisten mengerjakan solat Subuh berjemaah dijanjikan akan mendapat cahaya di akhirat. Namun, sebelum itu mereka akan mendapat cahaya di dunia lagi. Mata hati mereka akan celik ketika majoriti manusia buta untuk melihat kebenaran. Mereka berani melawan arus walaupun bilangan mereka sedikit kerana yakin akan firman Allah ini: “Dan jika kamu mentaati kebanyakan manusia di bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” (Surah al-An’am 6: 116)

Dengan cahaya daripada Allah itu, golongan minoriti yang istiqamah solat Subuh berjemaah ini akan mendapat kekuatan menghadapi fitnah akhir zaman. Semua itu akan melemaskan jiwa, fikiran dan emosi ke lembah tekanan, kebosanan dan kekosongan.

Ayuh bangun! Marilah solat Subuh berjemaah.

الصلاة خير من النوم

(solat itu lebih baik daripada tidur). Itulah kalimat yang hanya ada’ pada azan solat Subuh, tidak pada azan solat-solat yang lain. Dan inilah juga seruan Solusi edisi ke-36 ini. Marilah kita bongkar Misteri Solat Subuh. Jika tidak, umat Islam akan terus tidur… dunia dan akhirat kita akan terus mundur.

Experteer GmbH
  |  Shah Alam, Selangor
 - 20 Oct 2017

Unser Auftraggeber ist eine international tätige Unternehmensgruppe mit knapp 600 Mitarbeitern an sieben Standorten in Europa, USA, Malaysia und China. Als global agierendes Untern...

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. In order to achieve their vision of becoming the nation's leading technology financier, our respected client is seeking a finance professional who is adept in Sharia L...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. Objectives of the role In the Strategy service line, we focus on addressing issues and providing solutions at a strategic level for both the public and private sector....

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. Working hour. 5 days (Mon Fri, 8 30am to 5.30pm)13th month salary (AWS) Transportation allowance Medical and insurance coverage Performance bonus Main Responsibilities...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. Key job responsibilities include. Install and support LANs, WANs, network segments, Internet, and intranet systems. Install and maintain network hardware and software....

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment