≡ Menu

Buku Pertama dan Terakhir

buku

Satu kalimat yang anda ucapkan sangat besar  kesannya kepada orang lain. Jika ia berbentuk celaan, ia akan terus kekal di benak orang yang mendengarnya hingga ke akhir hayat.  Namun jika ia sebuah motivasi, maka kata-kata itu mungkin boleh mengubah hidup  seseorang menjadi lebih sempurna.
 
Gurunya lalu mengambil buku itu dari tangannya, lalu membakarnya. Kejadian ini sungguh terkesan dalam hati Syeikh Sulaim. Jadilah buku tersebut buku pertama dan juga yang terakhir ditulis oleh beliau.
 
Kisah berikut mudah-mudahan menyedarkan kita tentang kesan dan impak kata-kata.
 
Ketika Syria masih berada bawah jajahan Turki Uthmaniah, lahir seorang ulama yang sangat handal. Beliau ialah Syeikh Sulaim al-Bukhari (w.1928M), tokoh yang membawa reformasi moden di Syria. Nama beliau sering kali dijajarkan bersama tokoh—tokoh terkenal seperti Syeikh Tahir al-Jazairi, Syeikh Jamaludin al-Qasimi dan ulama-ulama besar yang lain.
 
Namun, berbeza dengan para ulama tersebut, Syeikh Sulaim al-Bukhari tidak menulis buku. Padahal ilmunya sangat banyak dan ucapannya sangat fasih. Hingga beliau wafat pada tahun 1928M, beliau tidak meninggalkan buku-buku yang mengabadikan ilmu dan kepakarannya untuk umat.
Menurut Syeikh Ali al-Tantawi, ini disebabkan sebuah kejadian yang telah menimpa dirinya semasa beliau muda dahulu. Apabila masih bergelar pelajar di sebuah sekolah agama, Syeikh Sulaim pernah mengarang sebuah buku kecil tentang ilmu mantik. Buku itu ditulis dengan bahasa yang sangat mudah dan senang dibaca.
 
Beliau berjaya menjelaskan perbahasan-perbahasan sukar ilmu mantik dengan huraian yang mudah difahami. Namun, apabila beliau memperlihatkan buku itu kepada gurunya, bukan kata-kata pujian yang diterima, sebaliknya gurunya ini merendahkan dan menghinanya. Dengan kasar, guru ini berkata: “Wahai murid yang tertipu. Engkau ingat dirimu sudah layak menulis sebuah buku? Engkau belum tahu ini dan itu.”
 
Gurunya lalu mengambil buku itu dari tangannya, lalu membakarnya. Kejadian ini sungguh terkesan dalam hati Syeikh Sulaim. Jadilah buku tersebut buku pertama dan juga yang terakhir ditulis oleh beliau.
 
Kata-Kata Negatif
 
Kisah ini saya ambil daripada sebuah buku bertajuk Uluw al-Himmah, kawa Syeikh Muhammad Ahmad Ismail al-Muqaddam. Beliau menukilkannya daripada Syeikh Ali al-Tantawi, tokoh ulama dan sastera di Syria.
 
Mengucapkan kata-kata pujian dan sokongan sangat mudah. Namun hairannya, lidah kita sering kali sangat berat mengucapkannya. Kita lebih ringan mengucapkan kata-kata cemuhan dan sindiran, padahal kesannya sangat mendalam di hati pendengarnya.
 
Ibu bapa yang selalu mengeluarkan kata-kata negatif kepada anaknya akan membuatkan anak-anak berfikiran negatif. Mereka takut mencuba perkara-perkara baru yang dilihat tidak kreatif. Apabila besar nanti, anak itu tidak akan memiliki kepercayaan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup.
 
Seorang guru yang malas memberikan kata-kata motivasi dan pujian, hanya akan melahirkan murid-murid yang pasif dan lembap. Pada masa hadapan nanti, mereka tidak akan menjadi pemimpin-pemimpin kreatif yang akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.
 
Kerosakan yang dibawa oleh orang seperti ini lebih besar daripada kebaikannya. Sedapat mungkin, jauhkan diri dan keluarga anda daripada mereka kerana jiwa manusia sering kali meniru orang yang berada di sekitarnya.
 
Motivasi daripada Ayah
 
Saya masih ingat, orang yang selalu menyokong saya mempelajari bahasa Arab ialah ayah saya sendiri (semoga Allah merahmatinya dan menempatkan beliau di dalam syurga Firdaus). Beliau bukan ulama ataupun ustaz. Malah beliau tidak mengerti bahasa Arab kecuali hanya beberapa kalimat sahaja.
 
Namun begitu, setiap kali melihat saya membaca kitab-kitab Arab di rumah, beliau selalu memuji saya. Beliau juga melarang
ibu menyuruh saya melakukan kerja-kerja rumah apabila beliau melihat saya sedang sibuk membaca.
 
Apabila saya meminta untuk dibelikan kamus Arab, beliau tidak teragak-agak untuk memberikan saya wang. Padahal seingat saya, usia saya pada saat itu belum mencecah 12 tahun. Semua ini membuatkan saya lebih terdorong untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu-ilmu agama yang lain.
 
Namun apa komen seorang ustaz apabila ayah saya menceritakan semua ini kepadanya? Ustaz itu berkata: “Jangan biarkan anak kamu membaca kitab sendiri. Orang yang membaca tanpa guru, maka gurunya ialah syaitan!”
 
Alhamdulillah, ustaz itu bukan guru saya. Ucapannya tidak dapat menghalang saya daripada meneruskan bacaan. Namun saya boleh membayangkan, jika saya menurut ucapannya, nescaya pada saat ini saya tidak akan mampu membaca kitab-kitab Arab dan tidak mengetahui ilmu-ilmu agama melainkan perkara-perkara asas sahaja.
 
Tokoh Besar
Tokoh-tokoh besar tidak pemah memadamkan semangat orang lain. Sebaliknya, mereka selalu memberi sokongan dan galakan kepada setiap orang yang menuju ke arah perbaikan diri dan masyarakat.
 
Salah seorang tokoh itu ialah Syeikh Tahir al-Jazairi (w.1920M), seorang ulama besar dan sasterawan terbilang di Syria. Fikiran dan aktiviti dakwahnya berjaya melahirkan kebangkitan agama Islam di negeri Syam. Syeikh al-Jazairi tidak pernah sekalipun melemahkan semangat orang lain. Malah beliau selalu menemukan cara untuk membakar semangatnya menjadi lebih membara.
 
Suatu hari beliau berpesan kepada seorang muridnya yang mengajar bahasa Arab. Beliau berkata: “Jika seseorang yang datang kepada kamu dan ingin menguasai ilmu nahu dalam masa tiga hari, maka jangan katakan kepadanya: ‘Itu tidak mungkin!’ Ini kerana ucapan ini akan melemahkan semangatnya. Akan tetapi, ajarkan dia dan tanamkan kepadanya kecintaan kepada ilmu nahu. Mudah-mudahan setelah itu ia menjadi semakin tekun mempelajarinya.”
 
Mudahkan, jangan Disusahkan
 
Sungguh indah sekelompok umat yang setiap anggota dan ahlinya saling membantu dalam kebaikan dan nasihat-menasihati dalam kesabaran. Setiap kali seseorang antara mereka melangkah kepada kebaikan, semua orang memberi sokongan dan galakan, sehingga setiap kebaikan yang terlaksana, pahalanya akan dikongsi oleh semua umat.
 
Sikap inilah yang diinginkan oleh Nabi s.a.w. kepada umat Islam. Setiap kali mengutus seseorang untuk suatu urusan, Baginda selalu berpesan: “Sebarkanlah kegembiraan, bukan kesempitan. Mudahkanlah urusan dan jangan disusahkan.” (Riwayat Muslim)
 
Semoga kita menjadi orang yang selalu menebarkan kemudahan dan kegembiraan di hati saudara-saudara kita. Amin ya Rab al-’alamin.
Experteer GmbH
  |  Shah Alam, Selangor
 - 20 Oct 2017

Unser Auftraggeber ist eine international tätige Unternehmensgruppe mit knapp 600 Mitarbeitern an sieben Standorten in Europa, USA, Malaysia und China. Als global agierendes Untern...

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 17 Oct 2017

Description. Our client is a global leader in developing innovative and leading edge technology solutions for its international construction professionals. It consists more than20,...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 17 Oct 2017

Description. The Asset Manager is responsible for. Maximizing total return for each assigned asset through the analysis of property efficiencies and identifying opportunities for i...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 17 Oct 2017

Description. KL based roleLeading international financial company Excellent salary package This well known international financial services company in is looking for an experienced...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 17 Oct 2017

Description. Our client is a global leader in developing innovative and leading edge technology solutions for its international construction professionals. It consists more than 20...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment